Wednesday, February 27, 2013

Novel Indahnya Kasih-Kreisya Reisya


Novel Indahnya Kasih-Kreisya Reisya

Assalamulaikum? Holla, blog!

Novel Indahnya Kasih-Kreisya Reisya ini sambungan novel Kisah Kasih (novel pertama Kreisya Reisya). Novel Kisah Kasih ini antara novel terbest yang pernah saya baca. Kalau nak baca sinopsis penuh novel Kisah Kasih, klik je kat SINI. Dalam novel Indahnya Kasih-Kreisya Reisya, Aizat dan Farah sudah berkahwin. Banyak suka duka dalam perkahwinan mereka.

Ini saya letak sinopsis yang tertera dibelakang novel Indahnya Kasih-Kreisya Reisya. Saya malas nak buat sendiri sebab dah ingat2 lupa kisah dalam novel ni. Apa yang saya ingat Aizat tetap lelaki yang baik dan penyabar dalam melayani karenah Farah. Ibubapa Farah dah berpisah dan berkahwin dengan pasangan masing2. Farah akhirnya dapat keluarga baru.

Ini sinopsis belakang novel Indahnya Kasih-Kreisya Reisya :

Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seseorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu penuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan.

Detik masa pun berlalu...

Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hati, menyulam kembali khayalan cinta Puteri yang terbina di alam remajanya. Terus mempercayai bahawa cinta luhur itu tetap wujud sebagaimana kisah-kisah dongeng semalam, Puteri melangkah ke alam perkahwinan. Dari dunia khayalan, dia mula mengenali realiti hidup sebenar.

Dia mulai belajar menjadi seorang suri di hati puteranya. Buat Puteri, perkahwinan itu bukan lagi satu fantasi. Di sini... di dunia yang baru ini, ada warna-warna kehidupan yang tersendiri. Dia perlu belajar menjadi seorang wanita matang seiring usianya. Dan sebagai suami, Aizat cuba membentuk permaisuri hatinya menjadi seorang wanita yang bernama isteri sejati.

Komen saya novel ini memanglah tak se'best' macam novel Kisah Kasih. Tapi saya suka sangat sebab nak tahu kisah syah E dan puteri. Lagi pun saya rasa rindu sangat dengan syah E...hihihi. Kiranya novel Indahnya Kasih-Kreisya Reisya  ini dapatlah hilangkan rindu dendam di hati.

No comments: