Thursday, February 28, 2013

Novel Setulus Hati-Rozita Abd Wahab

Novel Setulus Hati-Rozita Abd Wahab

Assalamualaikum? Holla, blog!

Novel Setulus Hati-Rozita Abd Wahab ni mengisahkan tentang Zu ibu tunggal yang punya 2 anak (Risya dan Hakim). Zu bercerai dengan Zamri selepas Zamri curang dan berkahwin lain. Zu sangat rapat dengan abang keduanya Zaidi. Hinggakan isteri Zaidi pun cemburu. Zaidi sangat bertanggungjawab terhadap adik dan anak2 saudaranya.

Nik Azhan jadi bos baru di tempat Zu (Zu ni setiausaha). Sebenarnya Nik Azhan ni kawan baik Zaidi tapi dia lama duduk di luar negara. Dia sebenarnya cinta Zu dulu tapi dalam diam2 je. Tak sempat nak luah perasaan sebab masa tu Zu dah terima lamaran Zamri. jadi Zaidi cuba juga halang hubungan Zu dengan Zamri masa tu sebab dia rasa lelaki itu tak sebaik mana pun. lepas Zu kahwin Nik Azhan bawa diri ke luar negara.

Tak sangka pula bila dia kembali di Malaysia, kerja satu pejabat dengan Zu pula. Tapi Zu tak kenal dia pun. Lagi dia teruja bila tahu Zu dah berpisah dengan suaminya. Nik Azhan tak pernah pun lupakan Zu selama ini. lepas tu hubungan dia dengan Zaidi jadi rapat semula. Dia juga mula rapat dengan anak2 Zu. Memang dia niat nak pikat Zu.Tapi dia ni slow sikit sebab dia nak Zu suka dia dengan ikhlas, bukannya sebab dia ni teman baik Zaidi. Zaidi berpisah dengan Helina dan tak izinkan anak2nya bertemu Zaidi.

Zu pula anggap Nik Azhan cuma sebagai bos dan kawan rapat Zaidi. Zu rapat dengan Izham dan mereka rancang nak kahwin. Tapi kemudian Lucia bekas isteri Izham datang semula. Selama ini tiada siapa yang tahu Izham pernah berkahwin waktu bertugas di sabah. Izham terpaksa memilih kembali pada Lucia kerana anak mereka sakit jantung dan Izham juga tak mahu Lucia kembali pada agama asalnya. Zu sangat kecewa dan terluka. mujurlah ada Zaidi yang banyak nasihatkan dia. Nik Azhan pula baru tahu yang Zu hampir kahwin dengan Izham. dia rasa geram sebab Zaidi tak bagitahu hal itu. Zaidi kemudian kahwin dengan Nabila, girlfriend lamanya dulu. 

Lepas tu Nik Azhan lagi serius untuk dapatkan Zu. Zaidi pun banyak bantu dia. Akhirnya Zu dan Nik Azhan kahwin. Masa tu Zamri datang balik ganggu Zu. Zaidi pula sakit buah pinggang yang sudah teruk. Zu pun dermakan buah pinggangnya. Zamri pula bawa lari hakim dan menghasut anak2nya agar membenci Nik Azhan. Masa Zu di hospital, Nik Azhan dan family yang jaga Risya. Nik azhan juga selesaikan hal Zamri yang bawa lari Hakim. Zu sangat terharu dengan sikap ambil berat Nik Azhan terhadap anak2nya. 

Komen tentang novel Setulus Hati-Rozita Abd Wahab, suka sangat2 dengan Nik Azhan yang masih sudi menyambung cintanya dengan Zu biarpun perempuan tu janda anak dua. Hmm...ni baru setia namanya. Sebenarnya, waktu beli novel ni, saya rasa novel ni tak best sebab penulisnya pun saya tak pernah baca karya2nya sebelum ni. Tapi mula aje baca, terus saya rasa tertarik nak baca sampai habis. Memang puas hati dan rasa berbaloi beli novel Setulus Hati-Rozita Abd Wahab ni. 

Untuk peminat novel melayu, saya memang cadangkan korang beli novel ini. Tak rugi sebab ceritanya sangat menarik. Ok, bye.


No comments: