Novel Rindu Di Awan Biru-Meen Zulaikha
Assalamualaikum? Hallo, blog!
Novel Rindu Di Awan Biru-Meen Zulaikha ni mengisahkan tentang Hanan yang mengalami kepahitan hidup masa zaman kanak-kanan. Ibunya di madukan dan ayahnya langsung tidak bertanggungjawab terhadap mereka adik beradik. Ini mebuat Hanan fobia untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.
Dia yang berkerja di syarikat pelancongan bertemu dengan Akmal yang kebetulan bertugas sebagai pilot. Dari pertemuan itu, Akmal terus jatuh cinta dengan hanan. Perhatian Akmal membuat Hanan menerima Akmal dan masa di Turki, mereka bernikah di masjid biru berwalikan adiknya Adi yang kebetulan bertugas di sana. Hubungan mereka sangat bahagia hinggalah satu masa Hanan tahu yang Akmal sebenarnya sudah berkahwin tapi tidak punya zuriat. Hanan kecewa tapi dia tetap sayangkan Akmal. Akmal pula cuba berterus terang dengan keluarganya dan isteri pertamanya tapi isteri pertama Akmal lebih dulu bertindak.
Maira (isteri Akmal) menfitnah Hanan dengan mengupah Bahari (lelaki yang tergila2kan Hanan dulu) kononnya dia tidur dengan Hanan bila Akmal fly. Akmal salah sangka dan percaya terus menceraikan Hanan dengan talak 3. Maira sangat berpuas hati dan Bahari pun rasa puas sebab dapat balas dendam dengan Hanan yang menolak cintanya dulu.
Hanan sangat sedih. Akmal pula menyesal bila tahu semua itu fitnah yang dibuat oleh Maira. Lantas dia mengupah teman baiknya Shah untuk menjadi cina buta. Shah setuju kerana waktu itu dia sangat terdesak bila perniagaannya lingkup akibat ditipu. Hanan mula buka lembaran baru dan dia berkenalan dengan Ridz. Ridz tertarik dengan Hanan dan tak lama lepas tu mereka kahwin. Lepas tu pula rahsia pecah bila Hanan terjumpa cek Akmal yang disimpan oleh Ridz. Rupa2nya Ridz ni Shah kawan Akmal tu (ridzwan shah). Hanan sangat kecewa dan rasa tertipu dia lari dari Ridz dan menghilangkan diri.
Ridz sangat menyesal tak sempat terangkan hal sebenar pada Hanan. Sebenarnya memang mulanya dia mahu bantu Akmal tapi lepas bertemu dengan Hanan, dia jatuh cinta dan ikhlas terhadap Hanan. Malah cek yang Akmal bagi itu pun memang dia mahu pulangkan bila bertemu dengan Akmal nanti. Sayangnya Hanan pula yang jumpa cek itu.
2 tahun kemudian, mereka bertemu di majlis perkahwinan kawan lama Hanan. Hanan tak peduli pun dengan Ridz tapi Ridz terus tangkap Hanan tak bagi perempuan tu lari lagi. Lepas tu Ridz terangkanlah apa sebenarnya yang berlaku. Ridz juga tak pernah berubah sepanjang 2 tahun ini. Akhirnya mereka pun berbaik semula. the end...
Komen: Saya jatuh cinta habis dengan Ridz walaupun wataknya tak banyak dalam ni tapi saya tetap puas hati dia akhirnya dapat juga bersama dengan Hanan. Mula2 saya teruja juga dengan kapten Akmal tapi lama2 makin menyampah pula. Lebih2 dengan Maira dan Bahari, bencinya. Cover novel ni saya suka sangat, cute. Tapi saya tak suka nama Hanan tu, tak cantik langsung. Apa2 pun saya memang puas hati dengan novel Rindu Di Awan Biru ni. Terus teringat kisah cinta ratu rock Ella dan kapten Azhar. Ok, bye.
No comments:
Post a Comment