Monday, April 13, 2015

Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Happy sangat sebab dah habis baca novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa. Novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa mengisahkan tentang Amyra yang bercinta 7 tahun dengan Haidar. Tapi kemudian putus sebab Haidar kata tak sekufu. Amyra kemudian bertemu dengan ZAIM ARMANI, arkitek anak Tan Sri dan Puan Sri. Dalam masa yang sama juga Amyra bertemu LEONARD, pemilik perusahan ukir mengukir kayu. Zaim ada Sara tapi macam hubungan tu ibarat telur dihujung tanduk. Sara si gila glamour. Yang selalu Irina kutuk 'Sara Iman yang tak beriman.' 

Lepas putus hubungan dengan Sara, Zaim teruskan niat nak lamar Amyra. Sebelum ini pun memang Zaim dah usha Amyra. Cuma Amyra tak layan aje. Leo pula si pengukir kayu yang gila kerja sangat2. Sampai takde kawan, takde masa bersosial...kawan dia pekerja kat bengkel dia ajelah (pekerja Indonesia). Tapi bestnya Leo ni alim dan kuat agama. Amyra kata dia tak perlu tengok rancangan 'tanyalah ustaz' sebab dah ada Leo yang boleh bagi dia ceramah agama! Irina suka sangat dekat Leo. Dia sengaja cerita lebih2 tentang Zaim pada Amyra agar Amyra suka Zaim dan tak layan Leo.

Tapi kemudian Leo hantar proposal lamaran pada Amyra. Malamnya pula Zaim datang melamar dengan bunga dan cincin. Leo nampak dan terus blah. Leo kena tangkap khalwat dengan Liana. Lepas hal ni selesai, Amyra bagi jawapan pada Leo dan Zaim. Leo dah merajuk awal2 tapi Amyra bagi jawapan pada proposal dia. Irina frust gila tengok gambar kahwin Leo, nangis2 mengadu pada Zaim. Zaim lagi terkejut sebab tak percaya tengok Amyra dalam gambar tu. Dorang pun layanlah rasa sedih tu sampai terlupa diri. Sebelum Leo kahwin, terbuka rahsia yang Leo tu keturunan bangsawan keraton. 

Jujur, yang bab akhir2 ini Saya tak baca sangat. Entah rasa macam malas nak baca. Banyak sangat cerita tentang kebaikan2 Leo yang Amyra tak sangka2.  Penulis seolah2 nak menunjukkan Leo memang lagi baik dari Zaim. Tapi saya tak happy baca sebab rasa terluka dengan nasib menimpa Zaim. Amyra pula seolah tak tahu hormat perasaan Zaim. Zaimkan terluka, tak perlu cakap atau komen apa pun masa Zaim bagi kad tu. Terima kasih cukuplah. Ini sempat lagi dia cakap Zaim memang patut dah lama kahwin dengan Irina. Dia lupa agaknya Zaim pernah lamar dia dan tengah frust! Memang kalau novel dua hero, mesti ada yang tak puas hati. Nak buat macam mana, dah penulis yang buat jalan cerita macam tu...terima ajelah walaupun tak suka.

Saya tak pastilah korang yang sokong Zaim sejak novel ini masih dalam pembikinan dulu, lepas baca novel ini masih suka dia ke tak? Tapi saya tetap suka  ZAIM ARMANI. Ini pendapat dan pandangan sayalah...novel ini memang hero dia dua2 meletop. Mula2 baca bab2 awal di Novelkreatif-KN dan dalam fanpage Rose Harissa pun, saya dah jatuh suka dekat dua2 hero ni. Mula2 memang suka Leo sebab Amyra memang nampak awal2 dah macam senang dengan Leo. Terutama masa kereta Amyra rosak dan Leo hantar. Leo sempat singgah solat di masjid yang berhampiran dengan rumah Amyra. Dari situ saya dah yakin endingnya, Amyra dengan siapa. 

Saya baca novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa sampai habis sebab nak tahu kenapa boleh jadi macam tu sedangkan dari bab awal sampai nak habis Rose Harissa cukup cantik lukis watak Zaim. Saya suka sangat bila Amyra datang rumah Zaim...mak bapa Zaim yang kaya raya tu layan dan sayang dia. Tak tahu nak kata apalah...memang tak sangkalah pula, hujung2 sisi jahat Zaim terkeluar pula. Sedangkan Leo taklah banyak sangat menonjolnya dalam setiap bab. Kenapa Rose Harissa tak biarkan Zaim sorang-sorang aje? Tanpa ada calar hitam macam tu? Biar bersih aje sampai habis? Tak kisahlah pun kalau Amyra tak pilih dia, kan. Janji reputasi Zaim tak jatuh. Kesian yang sokong Zaim sebelum ni. Mesti terkejut bila penulis buat Zaim 'berdosa' di hujung cerita. Tabik untuk Zaim sebab tetap bertanggungjawab dengan apa yang dia telah buat.

Lepas letak novel ini, fikiran saya pun mula merewang. Selepas beberapa tahun Amyra kahwin dengan Leo, Amyra mula rasa menyesal sebab Leo sangat2 gila kerja dan masih meneruskan sikap yang tidak suka bersosial dan bergaul dengan ramai orang. Leo juga suka mengongkong Amyra dan anak mereka. Leo juga dalam diam-diam punya sisi buruk. Pendek mereka tak bahagia mana pun. Akhirnya Amyra berpisah dengan Leo yang mula menjadi seorang psiko. Then Amyra jumpa Zaim semula yang sudah jadi bapa tunggal. Zaim cerai sebab Irina yang tak mampu mencintai Zaim. Dia cuba mencari kebahagian lain. Tapi hubungan dia dan Zaim tetap baik. Amyra jatuh cinta dengan Zaim tapi Zaim tak ada rasa cinta dengan Amyra lagi. Then Amyra sangat menyesal kerana melukai Zaim dahulu. Dia sudah terlepas cinta sejati yang sepatutnya dia miliki dulu. Hahaha....gitulah ending yang ada dalam kepala saya. Pendek kata saya nak Amyra menyesal sebab memilih Leo dan bukannya Zaim.😼😼😼😼

Saya memang selalu sambung cerita novel kalau rasa tak puas hati dengan endingnya. Tapi sambung dalam kepala otak ajelah! Tapi dalam novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa, bukan saya tak puas hati ending yang Rose Harissa buat. SETUJU SANGAT cuma tersambung cerita dalam otak tu sebab rasa kesian sangat2 dekat Zaim. 

Oklah, bebel banyak pun tak guna. Jangan lupa beli novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa. Cover sangat cantik dan comel. Cuma bila nampak papan hijau tu tak pasal2 saya terus ingat cover novel Cinta Pandang Ke-2 Laila Kamila pula. Hijau dia tu mengingatkan saya pada papan hijau zaman sekolah. Jangan lupa beli...RM22 aje. Ahli KN murah sikit kalau beli online , RM18 tak salah. Kalau Sabah/Sarawak RM25...ahli RM22. Beli jangan tak beli.

 Zaim mengayat Amyra...

Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa
 Ini perbualan Zaim dan Amyra yang saya rasa sangat menyentuh hati

 Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa
 Masa ini saya harap sangat Amyra pilih Zaim 😢😢😢

 Ini pun buat saya terharu sebab mak Zaim suka kat Amyra

Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa

3 comments:

Mas Donda said...

Membaca novel dapat memperkaya kasanah batin dan melembutkan jiwa peduli terhadap sesama manusia. Tema cinta adalah tema yang paling banyak dibaca dan diminati.

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

macam seronok ja. nak cari lah :)

Nur Nadheera said...

Terbaik !!!