Wednesday, March 27, 2013

novel manisnya cinta diadaptasi ke filem

aku baru baca lama harian metro tadi, godek2 berita yg lepas2 terbaca la berita tentang fazura...ada cerita tentang fazura yang bakal buat penggambaran di turki dengan shahziey sam untuk filem manisnya cinta. diulang filem MANISNYA CINTA. sejak tahun lepas aku ternanti2 siapa yang bakal jadi hero filem ni sebab dari tahun lepas lagi memang dah tahu fazura yang dapat watak ifti tu. kat bawah ni petikan dari berita harian metro tu. nak baca semua berita tu klik SINI

Selain drama Kisah Cinta, Fazura bakal terbang ke Turki April ini bagi
menjayakan filem Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly di mana dia sekali lagi disatukan bersama Sam. 
"Saya teruja untuk berlakon di bawah arahan Bernard, saya tahu dia seorang yang bagus lagipun sejak tahun lalu lagi dia sudah menawarkan saya watak dalam filem Manisnya Cinta jadi rasanya tidak salah untuk saya mencuba," katanya.

kalau ikutkan aku tak berapa suka pun sam jadi nazmi tapi sebab nak belajar 'berlapang dada' aku ok kan je. walaupun rasa dia tak ngam berlakon cintan2 ni...tp ok la, muka dia pun memang muka panggungkan. maksud aku dia ni kan pelakon filem dan banyak filem2nya semua pecah panggunglah gitu. jadi haruslah dia terpilih sebab dia dah ada pengikut tersendiri. biasanya kan filem dan drama ni berbeza. tak semestinya pelakon drama yang meleTOP2 tu buat filem pun akan meleTOP2 juga. pelakon filem dan drama ada kelas tersendiri. err...tu pendapat aku la, semua orang masing2 ada pendapat sendiri.

aku pun ada tengok di fb penulis novel ni, ada gambar meeting tentang filem manisnya cinta. sam dan fazura pun sekali dalam tu. jadi memang sah2 la mereka hero dan heroinnya. takkan la sam jadi syahril atau farhan kan..kan. nak tgok gambar2 di fb penulis novel manisnya cinta, klik SINI 

kalau siapa belum pernah baca novel manisnya cinta ni, klik SINI untuk baca sinopsis penuh novel manisnya cinta-anis ayuni. aku suka novel manisnya cinta. harap2 sangat filem manisnya cinta pun akan best juga. biar meleTOP macam ombak rindu. agak2 filem ni ada lagu khusus tak macam ombak rindu? 

Tuesday, March 26, 2013

Novel Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara

Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara

Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara ni aku beli sama dengan novel Cinta Sekelip Mata-Hasreeyati Ramli tu. Aku suka tengok cover novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara ni, sangat2 lembut dengan warna birunya. Lepas tu ada salji2 lagi...memang cantik, aku suka tengok. Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara sangatlah tebal...harga rm28 (sabah sarawak). Inilah novel paling mahal aku beli setakat ni. Sekarang ni harga novel boleh tahan mahalnya. nasib baiklah minat...beli je la. lagi pun bukan selalu aku dapat beli novel.

~ hardy & raniya ~
Novel Jujur Aku Setia~Eka Fahara

Ok novel Jujur Aku Setia~Eka Fahara ni mengisahkan tentang Raniya yang dah lama tinggal di London. Dia ni frust bercinta dengan Johan. Johan balik malaysia lepas putuskan hubungan dengan Raniya. Raniya kemudian balik Malaysia dan tinggal dengan tok wan dan tok mama di rumah aunty Salmi. Orang tua ni makbapa Roziah, mak kepada Raniya. Dulu tok wan dan tok mama ni kerja di rumah bapa Salmi. Bila ibubapa Salmi meninggal, tok wan dan tok mama tetap tinggal di situ untuk jaga Salmi hinggalah Salmi berkeluarga. Kebetulan Roziah pun tinggal di luar negara dengan suami dan anaknya.

~ gambar sekadar hiasan ~
Novel Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara

Raniya kemudian berkonflik dengan hardy anak aunty salmi. mereka berebut2 nak jaga tok wan dan tok mama. secara tak sengaja hardy pula libatkan raniya dalam hubungannya dengan fasya. kemudian raniya bawa tok mama dan tok wan tinggal di kampung. hardy tak setuju dan sanggup bercuti semata2 nak duduk di kampung dengan kedua orang tua itu. hardy dan raniya selalu je bertengkar.

Tapi lepas fasya datang ke kampung dan siap menghina raniya, tok wan dan tok mama...hardy dan raniya mula saling menyukai. tapi selalu nak cover2 perasaan tu. hubungan mereka semakin rapat bila raniya balik ke london semula. masa di sana dia cerdera masa di ragut. hardy dan nadine datang temankan dia sampai dia pulih. lepas tu mereka pulang malaysia semula.

fasya semakin tergila2kan hardy. hardy putus dengan fasya dulu sebab fasya ada affair dengan johan sepupu fasya. tak sangka pula johan tu bekas kekasih raniya. fasya ni sanggup buat apa saja asalkan dapat hardy. dia kemudian fitnah hardy dengan buat gambar superimpose dia dengan hardy. sebenarnya gambar tu gambar fasya dengan johan. kerana fitnah tu, hardy terpaksa bersetuju kahwin dengan fasya. dalam masa yang sama raniya sanggup kahwin dengan anak tok ketua bagi mengelak fasya dari menganggunya lagi dan bagi hardy bertanggungjawab. 

tapi johan kemudian sedar tindakan fasya tu, dia tak sangka fasya semakin terpesong. jadi dia ugut fasya dan akhirnya fasya pun sedar dan mengaku fitnah hardy. dia kemudian minta maaf pada semua orang. lepas tu hardy pula kahwin dengan raniya. the end la...

Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara ni best, tapi sebab panjang sangat...aku cerita ringkas2 je. Aku suka sangat kalau novel karya Eka Fahara ni, tak pernah menghampakan. berbaloi harga rm28 dengan isinya yg best tu. kalau ada peminat novel yang tersesat di blog ini dan terbaca entry ni, silalah beli novel Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara ni kalau belum pernah baca. 

~gambar selebriti sumber fb in-trend ~

novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli

novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli

novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli ni aku beli februari lepas. masa tu singgah kejap di 1B, cuma sempat pergi kedai buku times tu je. novel melayu pula tak banyak di kedai tu. nak cepat masa tu, ambik je la novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli dengan novel jujur aku setia-eka fahara. dah takde pilihan masa tu. lagi pun masa tengok sinopsis novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli ni macam best je.

ok, novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli ni mengisahkan tentang safa yang pernah berkahwin dengan maliki masa mereka masih belajar di IPT dulu. family mereka pun tak tahu mereka ni kahwin. tapi sebab maliki kena ikut cakap bapa dia untuk lanjutkan pelajaran di luar negara, maliki buat keputusan untuk berpisah dengan safa. 

lepas berpisah tu, safa tahu dia hamil. farah banyak bantu safa masa tu. bila safa bersalin dia tak nak anak tu. dia minta farah bagi anak tu pada orang lain. tanpa pengetahuan safa, farah dan ikram yang jaga anak tu. lepas beberapa tahun, safa kerja di syarikat bapa maliki. mulanya maliki ingat safa kerja di situ semata2 nak cari dia. safa sikit pun tak peduli pada maliki. maliki kemudia ingat bapanya sukakan safa. kemudian, mereka dapat tahu mereka tu tak pernah bercerai pun. jadi mereka kembali tinggal bersama dan farah pun dah bagitahu yang dania tu anak safa dan maliki. 

err...lebih kurang macam tu la kisah dalam  novel sayang sekelip mata-hasreeyati ramli ni. sebenarnya aku tak masuk sangat dengan novel ni. tak tahulah kenapa. novel ni tebal sebab tu masa baca tu memang nak cepat habis je. aku pernah baca novel hasreeyati ramli dulu...novel laman rindu, aku rasa serasi dengan novel tu dan suka dengan cara hasreeyati mengolah cerita dalam novel tu. tapi dalam sayang sekelip mata ni, entah aku rasa macam baca novel penulis baru pula. novel ni ada tema yg kuat tapi cara penceritaan tu yang aku rasa tak best. tak tahu la...mungkin  aku sorang je yang rasa macam tu. lagi pun setiap pembaca ada pandangan dan pendapat masing2 kan. 

cover novel ni pun sedikit menganggu pembacaan aku. dalam novel penulis cakap maliki tu memang hensem  tapi sebab dah tertengok model lelaki di cover novel ni, membuat aku terbayang tu la maliki!!! ishh...jadi sepanjang baca asyik diganggu oleh muka model tu je. kalau hensem macam dazrin kamarudin, fahrin ahmad...ok juga la. ini...malas nak cakap la... bagi aku tak perlulah letak model lelaki tu, cukuplah letak model perempuan tu, lagi nampak menarik. 


Sunday, March 24, 2013

novel pergilah sepi-fauziah ashari


novel pergilah sepi-fauziah ashari

novel pergilah sepi-fauziah ashari ni antara novel alaf yang terawal aku miliki. masa tu aku suka sangat novel pergilah sepi-fauziah ashari ni. cover pun cantik, tepi pantai. masa ni tak banyak pilihan novel, tak silap 2 novel je alaf 21 terbit dalam sebulan. novel pergilah sepi ni novel pertama fauziah ashari yang aku baca sebelum ombak rindu.

novel pergilah sepi-fauziah ashari ni mengisahkan tentang afiqah yang frust bercinta dengan zek. lepas tu dia ni bermasalah dengan azi rakan serumahnya yang selalu mengajak teman2 lelakinya datang ke rumah. syafiq pula anak orang kaya yang ditunangkan dengan zuraini, pilihan ibunya. syafiq kemudian ternampak afiqah di airport dan terus jatuh cinta. dia gila bayang dengan gadis yang dia tak kenal tu. syafiq ni kawan azi, satu malam tu dia datang cari azi dan tak sangka terjumpa afiqah. kemudian dorang kena tangkap basah.

sebenarnya dah lama rumah sewa tu kena intip pegawai maksiat sebab gara2 azi yang selalu bawa lelaki datang rumah. tak sangka pula afiqah dan syafiq pula yang  terkena. tapi syafiq tak kisah dan sedia kahwin dengan afiqah. afiqah terpaksa setuju dan sangat sedih bila ibubapa sendiri memandang serong padanya. lepas kahwin syafiq layan afiqah dengan baik tapi afiqah masih tak dapat terima syafiq. mereka kemudian gaduh bila syafiq cemburu dengan zek.

adik beradik dan ibu bapa syafiq pun mula tak suka syafiq bila izham teman lelaki salina buruk2kan afiqah. tapi akhirnya mereka tahu juga izham tu dah kahwin dan saja burukkan afiqah sebab takut afiqah buka rahsia izham yang dah berkeluarga tu. akhirnya mereka berbaik juga. 


Novel Egois-Norhayati Berahim

Novel Egois-Norhayati Berahim

Novel Egois-Norhayati Berahim ni keluaran alaf21. Lama punya...novel Egois-Norhayati Berahim ni mengisahkan tentang Fikri dan Atia yang bekerja sebagai remiser saham. fikri ni dah lama cintakan atia tapi tiap kali fikri meluahkan perasaannya, atia mesti buat endah tak endah saja. sebenarnya atia juga suka fikri cuma dia ni ego sikit tak nak tunjuk rasa hatinya.

fikri kemudian buat cerita yang dia kononya dah bertunang. dengan cerita tu dia harap yang atia akan menangis dan mengaku dia cintakan fikri. tapi atia sikit pun tak tunjuk dia frust kalau di depan fikri. atia yang kecewa selalu pulang ke kampung dan rapat dengan sepupunya azali. dalam masa yang sama lokman, lelaki kaya pun sukakan atia. 

hubungan atia dan fikri makin renggang. atia sering mejauhkan diri dari fikri. azali kemudian ajak atia kahwin. atia yang kecewa tu terima je. tapi kemudian tak jadi bila rahsia pecah, azali tu abang kandung atia tapi lain emak. bapa atia pernah kahwin dengan mak azali sebelum dia kahwin dengan mak atia. atia tambah2 frust dan menerima cadangan kawannya untuk kerja di hong kong.

fikri pula risau bila tahu atia nak berhenti kerja. rancangannya langsung tak menjadi malah membuat atia makin jauh dari dia. fikiri kemudian menculik atia atas bantuan siti dan ikram. mereka tinggal di rumah baru fikri, masa tu barulah fikri berterus terang tentang pembohongannya mengenai tunangnya itu. dia buat semua tu sebab terlalu cintakan atia. atia marah sangat tapi dalam masa yang sama dia terima juga fikri. 

lepas tu ada pencegah maksiat datang, dorang pun kena kahwin dalam masa terdekat. bila mereka dah kahwin, baru fikri dan atia tahu yang tangkap dorang malam tu bukan orang jabatan agama tapi kawan2 ikram. ikram dan siti yang rancang lebih sebab takut atia masih tak maafkan fikri. fikri terkejut tapi dia tetap berterima kasih pada siti dan ikram, kalau tak belum tentu dia dapat kahwin dengan atia dengan secepat itu.

Komen~Dulu aku sangat minat novelis Norhayati Berahim ni. Sekarang pun minat cuma dah lama tak beli novelnya. Ada satu lagi novelnya yang aku suka 'Cinta Pertama' hero dia nama Carl Zafran. Novel Cinta Pertama ni pernah diadaptasi dalam drama RTM yang tajuknya 'Tak Tercapai Akalmu' lakonan Ady Putra dan Lisdawati.

Wednesday, March 20, 2013

Sekitar Bandar Sandakan

Sekitar Bandar Sandakan

Sandakan merupakan bandar di negara Malaysia yang paling ke timur dari aspek garis lintang dan bandar yang terletak paling timur bagi negeri Sabah. Terletak kira2 1,900km dari KL, ibu negara Malaysia dan hanya 28km dari sempadan Filipina. Bandar sandakan dulu pernah digelar 'little Hong Kong' dan sangat terkenal dengan makanan lautnya yang sangat murah.

Bandar sandakan sudah wujud sejak 1948 (sebagai residensi). Nama sandakan diambil dari perkatan sulu iaitu 'sandak' yang bermaksud 'pajak gadai'. Bandar ini bermula pada abad ke 15 dan dikuasai oleh kesultanan Sulu dan dibuka oleh suku kaum Taosug (suluk), pedagang dari Austria, German dan Scotland. 1879-1969, bandar sandakan dibawah kuasa British hinggalah Sabah menyertai Malaysia. Pendudukan Jepun 1942-1945 meninggalkan banyak peristiwa pahit terutamanya pada masyarakat cina di sandakan. Bandar sandakan juga pernah di bom dan dibakar pada perang dunia ke-2 dulu.

Dari segi kebudayaan, Sandakan sangat unik kerana terdiri dari pelbagai suku-kaum. Antaranya kaum cina yang telah lama menetap di bandar ini. Selain itu kaum lain seperti suluk, bajau, bisaya dan suku kaum sungai. Masyarakat sungai mereupakan etnik peribumi yang terbesar di sandakan. Sandakan juga terkenal dengan alam semulajadinya. Tak hairanlah ianya sering menjadi destinasi pilihan pelancong asing dari luar negara.

Ok, jom tengok gambar2 sekitar bandar Sandakan...


Sekitar Bandar Sandakan


Sekitar Bandar Sandakan

Sekitar Bandar Sandakan


p/s: ini cuma part 1, next entry akan ada part 2 dan seterusnya.

novel cinta jangan kau pergi-norhayati berahim

novel cinta jangan kau pergi-norhayati berahim

kali ni aku nak buat entry tentang novel cinta jangan kau pergi-norhayati berahim. novel ni terbitan NB kara...sebelum2 ni aku ada beli novel norhayati berahim terbitan alaf21. tajuknya novel egois dan novel cinta pertama. dua2 novel tu best terutamanya novel cinta pertama tu. novel cinta pertama ni pernah dibuat drama di tv1 dulu. tajuknya tak tercapai akalmu lakonan ady putra sebagai carl laksmana dan lisdawati sebagai iman. tak tahulah kenapa tajuknya ditukar dan nama hero pun dari carl zafran kepada carl laksmana.

ok novel cinta jangan kau pergi-norhayati berahim ni mengisahkan tentang zulfa yang masa di australlia  berkawan baik dengan maria. mereka ni serumah dan zulfa ni tomboy sampai mereka dianggap pasangan lesbian. masa tu zulfa ni suka dengan qosim tapi qosim ni selalu memperlekehkan zulfa dan siap fitnah zulfa dan maria. qosim juga malu kalau nak rapat dengan zulfa, lebih2 lagi bila rakan2 mereka kata zulfa syok dengan dia. 

bila habis belajar, zulfa tinggal di cameron highland dan kerja di kebun bunga sebagai penyelidik. dia rapat dengan anak bos kebun bunga tu, park kuen. bos dia pun baik dengan zulfa. dr sufian pula kematian isteri masa isteri dan anaknya tu nak bercuti di cameron. kebetulan zulfa pun nampak kemalangan tu. dr sufian ni dulu gila duit bila isteri dan anak2nya mati baru dia insaf. dia suka zulfa. qosim pun datang semula nakkan zulfa. rupanya qosim dan dr sufian ni adik-beradik. qosim burukkan lagi zulfa bila tahu abangnya pun suka zulfa. akhirnya zulfa tolak kedua2nya. dia kemudian melilih park kuen sebab lelaki itu sentiasa ada disisinya selama ini.

komen~entah kenapa aku rasa novel cinta jangan kau pergi-norhayati berahim ni biasa2 je...nasib baiklah aku ni peminat tulisan norhayati berahim jadi, best ke tidak novelnya aku tetap juga baca sampai habis. 

Tuesday, March 19, 2013

ikan bakar sim-sim

 ikan bakar sim-sim

salam selasa untuk diri sendiri..hari ni mendung je...harap2lah hujan sebab aku lagi suka suasana hujan. sejuk dan bila tengok hujan tu rasa damai je. udara lepa hujan pun macam nyaman je. tu yang aku suka kalau musim hujan...ok, ahad lepas aku makan2 di pasar sim-sim. kalau datang pasar sim-sim, sudah semestinya nak makan ikan bakar. tempat ni memang terkenal dengan 'ikan bakar sim-sim'. tempat lain ada juga ikan bakarnya macam di pasar malam dekat pejabat pos tu dan di batu 5. tapi ikan bakar sim-sim lagi menjadi pilihan utama kalau nak rasa ikan bakar yang sedap.

aku bukanlah penggemar ikan bakar pun. tapi kalau ada peluang makan...memang aku tak tolak pun. lagi pun aku suka makan ikan bakar di sim-sim ni. banyak pilihan...lepas tu ada sedia sayur2 kampung lagi macam jantung pisang, labu, nangka..siap dengan sambal belacan dan sambal belimbing/tomato untuk cecah ikan bakarnya. di pasar ikan bakar sim-sim ni pun paling best kalau tambah nasi free je. dorang kira sepinggan je. jadi bagi yang kuat makan memang sesuai makan di sini. tak perlulah malu2 nak minta nasi sebab memang dorang sedia nasi tambahan dalam besen yang dihidang dengan menu2 yang kita minta tu. memang macam makan di rumah rasanya.

ahad tu memang ramai orang, biasalah tengah hari memang ramai pengunjung...hujung minggu pula tu. tapi dalam pic yang aku ambil ni tak nampak meriah sebab aku segan nak snap gambar meja2 bahagian dalam yang ramai orang. harga ikan bakar sim-sim pun berpatutan...tak mahal tak murah. tapi kebanyakan orang datang sini bukan sebab harganya tapi sebab rasanya yang sedap. layanan pun bagus..kejap je order sampai. lagi aku suka tempat ni, banyak kucing...ada yang comel2, rasa nak bawa balik je. tapi ada juga yang comot sikit~


 ikan bakar sim-sim

ikan bakar sim-sim

ikan bakar sim-sim

ikan bakar sim-sim

kalau korang datang ke Sandakan, jangan lupa makan di sini. Sedap dan murah...harga sangat berpatutan. nama tempat ni Pasar Sim-Sim...bersebelahan dengan perkampungan air sim-sim. kampung air sim-sim antara penenmpatan awal di bandar sandakan.



Monday, March 18, 2013

jodoh episod 7

~ azlan iskandar ~

tengah layan 'happy ghost v' di tv3 sekarang ni, sambil2 tu taip tentang drama jodoh episod 7 yang main 9pm tadi. aku tak berapa enjoy tengok cerita jodoh episod 7 tadi. ingatkan olly betul2 menang bersih...rupanya dia kena pilih sebab en azlan nak dia jadi spy untuk tengok2 katya. arrghh...terus bertambah2 rasa tak suka pada katya. 

dalam drama jodoh episod 7 tadi tu, olly dah ok...dani datang dengan kawan serumah olly. sempat lagi dani bagi amaran pada en azlan jangan lebih2 bila dengan olly. dani pun suruh olly buat betul2 dalam program jodoh tu, kalahkan semua peserta lain. sempat lagi cakap, "3 ribu satu episodkan?"...(cehhh...mata duitan punya dani. kesian olly yang bodoh2 tu). masa penyingkiran, comel pula tawarkan diri untuk keluar. siap suruh en azlan pilih elle lagi sebab kononnya elle tu baik. semua peserta lain2 tu jeling2 tak suka pada elle.

olly dah balik rumah jodoh, lepas tu cabaran seterusnya mereka kena buat cerita lawak bagi en azlan ketawa. macam2 lah dorang buat. elle tak buat apa2 selain geletek en azlan. olly pula buat teka-teki, hani pula tiru semua gaya peserta. anna buat cerita tentang perempuan gemuk dalam lif. masa giliran katya, ceritanya tentang dia putus dengan ex boyfriend dia. betul2 tak ada lawaknya pun, tak ada siapa yang gelak kecuali en azlan yang memang gila dengan katya!

lepas tu sibuk pula en azlan tanya pada kru jodoh, kenapa ada orang kutuk katya? katya tu macam mana? betul ke katya macam tu? bla..bla..bla.. keputusan pun dibuat, hani dan olly menang. mereka bersantai2 di taman macam tepi tasik gitu. mula2 dengan hani, tengah berbual2 tentang hani tu en azlan sibuk lagi tanya pasal katya. giliran dengan olly pula, lagilah en azlan banyak tanya pasal katya. rupanya dia pilih olly sebab dia nak olly jadi spy untuk tengok2kan katya. en azlan pun mengaku dalam ramai2 peserta tu katya yang dia suka. (mood terus jatuh atas lantai masa ni...mencinya...)

kemudian penyingkiran, anna dan hani yang terakhir. en azlan tanya pada hani dan anna, kenapa mereka patut kekal di situ, si anna terus teresak2...(tak suka tengok anna dlm citer ni...). en azlan pun tak suka lawak bodohnya yang menghina orang asli tu. tapi kemudian en azlan bagi dia cincin dan hani yang out. 

~anna & azlan~

kesimpulannya~aku betul2 hangin tengok en azlan dalam drama jodoh episod 7 tadi. ada pula selamatkan anna yang jahat tu. lepas tu lagi menyampah tengok dia ketawa syok sendiri masa giliran katya buat cerita yang kononnya lawak tu. dah la tu keputusan cabaran dorang tu memang tak tulus. boleh pula suruh olly jadi spy untuk katya. adoiii...sakit jiwa aku tengok!

si dani lagi la menyampah...tak tulus lagi cinta kat olly. olly pun satu, bengong habis...tak sedar2 yang dani cuma ambik kesempatan je atas duit dia. pendek kata episod tadi betul2 buat aku emo tahap tapir!

 ~gambar sumber google~


Sunday, March 17, 2013

novel tarikh luput cinta-lynn dayana

novel tarikh luput cinta-lynn dayana

aku suka novel tarikh luput cinta-lynn dayana ni sebab cover dia cantik dan comel. lagi pun aku memang suka novel2 lynn dayana. tajuknya pun nampak lain dan unik. cuma aku penat sikit nak baca perbualan antara iman dan airel juga antara airel dan rezzal...terlalu banyak loyar buruk, boring juga. tapi macam mana pun aku memang suka novel ni. 

novel tarikh luput cinta-lynn dayana ni tentang imanina, airel dan rezzal yang di tawarkan dengan wang 22.5 juta oleh tuan hj kamarul, seorang jutawan yang tak punya waris. dia memilih mereka bertiga ada sebab2 yang tersembunyi. untuk dapatkan wang tu, mereka bertiga kena bersaing untuk tingkatkan jualan dalam  3 syarikat tuan hj kamarul yang masing2 diuruskan oleh imanina, airel dan rezzal. dalam masa yang sama faizal anak angkat tuan hj kamarul berniat hendak bolot harta dia bekerjasama denga sarina pembantu peribadi tuan haji kamarul. 

 ~airel ~
novel tarikh luput cinta-lynn dayana

rancangan jahat faizal dan sarina mula goyah bila faizal jatuh cinta dengan imanina. lina yang diupah oleh mereka untuk menjatuhkan rezzal juga jatuh cinta dengan rezzal. dalam masa yang sama, macam2 kejadian buruk menimpah mereka bertiga. airel dan rezzal beberapa kali hampir terbunuh. airel pula jatuh cinta dengan iman tapi iman sukakan hilman peguam tuan hj kamarul. sayangnya hilman dan bertunang dan masa hilman kahwin, iman pula di culik oleh faizal.

~ imanina ~
novel tarikh luput cinta-lynn dayana

rezzal dulu yang tahu faizal dan sarina dalang disebalik kejadian malang yang tak habis2 menimpah mereka. so dia ekori faizal dan jumpa imanina. rezzal sempat berhubung dengan airel. lina juga datang ke tempat persembunyian faizal tu. lina dan faizal bertengkar dan rezzal keluar dari tempat dia bersembunyi tu untuk selamatkan lina yang nak dibunuh oleh faizal. tapi tak sempat bila faizal tikam lina. lepas tu dia tembak rezzal pula sebelum dia pula ditembak mati oleh polis.

~ rezzal ~
novel tarikh luput cinta-lynn dayana

iman rasa sangat bersalah dan susah nak terima kenyataan tu. kalau rezzal tak datang selamatkan dia mesti reezzal tak kena tembak. rezzal koma di hospital dan tak punya harapan untuk sedar lagi. akhirnya rezzal dimatikan memandangkan dia penderma organ. semua orang sangat sedih terutamanya ibu rezzal, airel dan imanina.

semua terbongkar dan sarina sudah ditangkap. tuan hj kamarul tak sangka hal itu terjadi. rahsia juga terbongkar yang mak iman tu bekas girlfriend tuan hj kamarul. bapa rezzal pula adik angkat hj kamarul. dia tak suka mak rezzal tu sebab baginya perempuan tak setia. bila bapa rezzal mati kemalangan, hj kamarul tuduh mak rezzal tu pembawa malang dan menyalahkan mak rezzal sebabkan adiknya mati. airel dipilih oleh tuan hj kamarul pula sebab mak airel tu kahwin dengan kawan baik hj kamarul yang kaya. bila bapa tiri airel tu mati, semua harta jatuh pada mak airel. itu yang dia dendam pada 3 wanita tu dan berniat balas dendam pada iman, rezzal dan airel.

tapi kemudian tuan hj kamarul insaf dan minta maaf dengan mereka semua. hj kamarul pun meninggal dunia.. lepas tu, airel dan iman nak keluar dari syarikat tu tapi kena bayar 1 juta untuk saman. tapi kontrak tu batal kalau iman dan airel berkahwin. iman memang nak tarik diri pun tapi dia tak punya duit sebanyak tu. airel je yang releks sebab dia tak kisah kena kahwin dengan iman. tp akhirnya mereka kahwin juga dan lepas tu terbongkar lagi satu rahsia. sebenarnya tuan hj kamrul tak ada pun bagi syarat saman 1 juta dan kontrak kena kahwin tu. mak airel yang rancang masa hj kamarul dah insaf. lagi pun mak airel tahu airel memang cintakan iman dan iman pun suka airel cuma tak mengaku. 

komen~aku suka airel dan sangat2. kesian denga rezzal. sedihlah cara wataknya ditamatkan. aku tak dapat bayangkan kalau aku menghadapi situasi macam tu...rasanya tak sanggup sama sekali. aku benci faizal dan sarina tapi lagi benci sangat dengan lina. bagi aku sebab lina rezzal mati...rezzal pun satu, dah lina tu jahat pun dia suka juga perempuan tu. arrghhh lelaki memang selalu buta bila jatuh cinta!

~gambar selebriti sumber google~

novel ceritera rindu-leeya myra

novel ceritera rindu-leeya myra

ini novel ke3 leeya myra yang aku baca selepas novel izinkan aku bahagia. novel ceritera rindu-leeya myra ni masa tengok covernya terus takde mood nak baca. entah, aku memang ada masalah sikit bila tengok cover novel yang ada model manusia. kalau model tu ala2 macam neelofa ke..diana amir ke...aku boleh juga terima. ini.....hmmm...malas nak cakaplah. aku rasa kalau takde model tu lagi menarik cover ni pada mata aku. 

ok, novel ceritera rindu-leeya myra ni mengubat hati aku yang rasa sedih dengan novel izinkan kubahagia. bukan apa lepas baca novel mencari cinta, karya pertama leeya myra tu...aku rasa teruja nak baca novel kedua penulis ni. mesti best macam novel mencari cinta juga. tapi lepas baca novel izinkan kubahagia, aku rasa hampa sangat sebab novel tu tak best pula. itu yang buat aku macam kurang beria2 nak baca novel ketiga leeya myra, kena pula cover yang ada model tu..

tapi takde mood pun aku baca juga...2,3 muka surat terus rasa teruja pula nak tahu siapa 'pakcik' tu. makin lama baca...terus jatuh cinta dengan bos imanina, si amin tu. ok,  novel ceritera rindu-leeya myra ni tentang imanina yang tinggal di rumah anak yatim lepas kematian ibubapanya dalam kemalangan. iman ni ada neneknya tapi iman tak tinggal situ sebab nenek dia tak islam. mak iman ni cina, tapi masuk islam bila kahwin dengan bapa iman.

masa makbapa iman meninggal, masa tu pakcik mat kawan makbapa iman ada kat situ juga. nenek iman tu cakap pakcik mat tulah yang sebabkan makbapa iman tu meninggal. walaupun iman tak faham apa sebenarnya yang berlaku tapi dia mula simpan dendam dengan pakcik mat. iman mula tinggal di rumah anak yatim masa umur 12 tahun. masa tu muncullah pakcik yang sering tulis surat dan bagi hadiah pada iman. sejak tu iman berutus surat dengan pakcik yang sangat mengambil berat tentang kehidupannya di rumah anak yatim tu.

sampailah iman tingkatan 4, hubungan surat2 tu makin akrab. iman teringin nak kenal siapa pakcik. dia berharap mereka dapat berjumpa satu hari kelak. hinggalah iman sudah dewasa dan habis belajar. kemudian dia berkerja di red publications milik amin. iman tak suka bos dia ni sebab selalu kenakan iman lepas tu tau pula ambil berat tentang iman, lebih2 pula tu. lepas tu siap kenalkan iman dengan mak dia lagi. amin sebenarnya memang jatuh cinta dengan iman.

masa amin ajak iman makan di rumah keluarganya, iman nampak gambar pakcik mat. barulah iman tahu amin ni anak pakcik mat. iman terus tak layan amin. nenek iman pula dah insaf tapi koma, iman sangat sedih sebab menyesal tak dapat bercakap dengan neneknya tu. lepas tu nenek dia mati dan wasiatkan harta pada iman. wan radzi pula sukakan iman. dalam masa yang sama, iman masih juga berutus surat dengan pakcik. dia memang meluahkan semua tentang dirinya pada pakcik. tapi pakcik tak suka bila iman banyak menulis tentang wan radzi.

iman sebenarnya mula keliru dengan perasaannya pada pakcik. dia sayangkan pakcik dan pakcik sajalah tempat dia meluahkan segalanya. lepas tu iman baca diari ibunya. dia tahulah kisah lama makbapanya dengan makbapa amin. mak amin tu dulu suka bapa iman. tapi bapa iman pilih mak iman. bila makbapa iman ada masalah dengan perniagaan, bapa makbapa iman minta tolong dengan bapa amin. tapi bapa amin tak nak tolong sebab dipengaruh oleh mak amin. hinggalah makbapa iman terbunuh sebab dikejer pemiutang. iman lagilah tambah dendam. 

dia kemudian buat perancangan untuk musnahkan keluarga amin, dia ajak amin kahwin. amin terkejut tapi dia happylah sebab dia memang sayangkan iman. iman pula berlakon dia memang suka sangat denga amin. iman juga tak tulis surat dengan pakcik lagi. sampai pakcik tulis surat berkali2 tapi iman terus senyap. lepas kahwin iman dalam diam2 mulakan rancangannya dia buka syarikat raihana InR dalam diam2 untuk bersaing dengan red publications malah menarik 2 editor terbaik syarikat tu ke syarikat iman tu.

lepas tu dia minta amin lantik dia jadi orang ke2 syarikat amin tu. bila amin takde dia sengaja kucar-kacirkan syarikat amin tu. dalam masa yang sama iman berperang dengan perasaannya terhadap amin. amin ni lelaki baik dan sayang habis dengan iman. iman juga meluahkan segala rancangannya pada pakcik tapi surat2 tentang rancangan2 jahat iman tu, iman tak pos dia cuma kumpul dalam peti yang berkunci. syarikat iman makin teruk, mak amin pula strok gara2 iman yang sengaja mengungkit kisah lama mak amin tu.

tapi dalam masa yang sama iman makin sayang dengan amin. rahsia iman terbongkar bila amin baca surat2 iman dalam peti tu. amin sangat kecewa bila tahu niat sebenar iman kahwin dengan dia. bukan sebab cinta atau sayang tapi cuma nak balas dendam. tapi amin maafkan iman dan minta iman berubah dan buang rasa dendam tu. iman tak dapat buang rasa dendam tu, malah sengaja menyakitkan hati ibu amin yang sakit itu. amin kecewa dan tinggalkan iman. masa tu baru iman insaf, dia pun dah mengandung tapi dah terlambat sebab amin dah tinggalkan dia. iman lebih kesal bila tahu yang amin tu adalah pakcik.

sebenarnya pakcik mat sangat rasa bersalah kerana tak dapat menolong makbapa iman bayar hutang dulu. lepas makbapa iman meninggal dia murung dan cari iman di rumah anak yatim tu. tapi dia tak tunjuk diri sebab tahu iman dan neneknya menyalahkan dia sebagai penyebab kematian makbapa iman. jadi dia tulis surat sebagai 'pakcik' dan mengambil berat atas keperluan iman masa tu. pak mat meninggal dunia sebab sakit jantung masa iman form 4. pak mat amanahkan amin terus jadi pakcik sebab dia tak mahu iman rasa keseorangan. iman betul2 tak sangka dan dia tambah sedih dan rasa bersalah sangat. dia cuba cari amin tapi tak jumpa.

iman pun tulis surat pada pakcik sebab itu saja caranya dia berhubung dengan amin. dia cuba pujuk amin tapi  tak dilayan, semua suratnya pun tak dibalas. iman pasrah, dia kembali menghadapi hidup sendirian. dia juga masih setia mengutus surat pada pakcik biar pun tak pernah dibalas lagi. masa iman dah nak bersalin, barulah amin datang dan maafkan iman. lepas tu prolog, mereka dah berbaik dan punya anak. endingnya, iman letak surat untuk pakcik dalam bakul di bilik kerja amin. lepas tu pula, ada part iman ambik surat balasan dari pakcik (dari bakul tu juga). ok, tamat dah...

komen~ untuk novel ceritera rindu-leeya myra~banyak part melibatkan amin dan iman di pejabat aku suka. kelakar betul terutamanya masa iman dan firdaus lekat ISBN di belakang buku. tiba2 amin datang dan suruh firdaus buat kerja dia sendiri. amin pula yang beria tolong iman. lagi masa amin belikan sushi untuk iman, iman makan dengan firdaus. muka amin terus ketat bila tengok, lepas tu fidaus yang tak tahu sushi tu amin beli, selamba katak je jemput amin makan sushi. hihihi..bengong betul hahaha

banyak part yang lain lagi aku suka...pendek kata semualah yang libatkan amin dan iman aku suka. cuma bab yang iman 'jahat' aku tak suka...kesian sangat dengan amin. lepas baca novel ceritera rindu-leeya myra ni juga aku terus rasa rindu sangat nak tulis surat macam iman tu. tapi aku nak tulis untuk siapa ye? hmm...

novel gelora-ma lee chuswan

novel gelora-ma lee chuswan

kali ni entry aku tentang novel gelora-ma lee chuswan. novel ni lama punya...90an, terbitan karangkraf (masa ni novel semua nipis je isinya). aku conteng cover tu sebab tak suka tengok gambar perempuan tu. novel ni ada diterbitkan semula dengan cover baru yang simple.

novel gelora-ma lee chuswan ni mengisahkan tentang mila nur adam yang bersengketa dengan adam, anak angkat ibubapa mila. mila ni tak suka adam, lebih2 lagi bila dia dah kerja di syarikat bapanya. adam pula bos dan mereka sering bertengkar tak kiralah di office atau rumah. lepas tu bapa mila tunaikan wasiat arwah mak mila yang mahu adam kahwin dengan mila. adam setuju je tapi mila tak sebab dia benci adam. tapi bila bapa mila sakit akhirnya mila setuju juga.

~ adam & mila ~
novel gelora-ma lee chuswan

lepas kahwin pun mereka tetap gaduh dan cuma pura2 depan bapa mila saja. mila tuduh adam kahwin dengan dia sebab mahu bolot harta mereka.adam yang marah masa tu terus mengaku dia memang nak harta. lagilah mila benci dekat adam. lepas tu bapa mila pula mati sebab sakit jantung bila zurina beritahu tentang hakikat perkahwinan mila dan adam. zurina ni sepupu mila yang sejak dulu memusuhi mila.

zurina juga mengaku dia yang tulis surat cinta dan bagi gambar seksi mila pada adam masa mila di sekolah menengah dulu. masa tu sampai kecoh, mila malu dan adam pula fikir mila memang gilakan dia. itulah yang buat mila benci adam sampai sekarang. adam pula fikir mila ni bermasalah dan cuba membimbing mila ke jalan lurus semula. tu yang dia cuba jaga segala tingkah-laku mila masa mila belajar di luar negara dulu. 

zurina juga sakit hati sebab adam memang cintakan mila tapi sebab status dia anak angkat membuat dia membataskan perasaannya. ayahnya mila pun pernah cakap hal tu tapi benci mila menutup fikiran rasional mila.zurina mati kemalangan dan insaf tapi dia tak sempat minta maaf dengan adam. adam yang kecewa hilangkan diri. dia juga kecewa bila tahu surat2 dulu bukan mila yang tulis sedangkan surat itulah yang buat dia membina impian. mila dah sedar dan rasa bersalah dengan adam. syarikat pun kucar kacir sebab adam dah serahkan semua pada mila.

mila hilang kecerian hidup...hinggalah satu hari tu, suzie temukan mila dengan adam semula. lepas sesi soal menjawab dan pengakuan, mereka akhirnya berbaik semula. the end...

komen~aku memang suka novel gelora-ma lee chuswan ni...ada konflik tapi ringkas je cara penyampaiannya. mungkin itu cara novel lama dulu. kalau novel sekarang terperinci habis konfliknya, sampai rasa bosan pun ada nak baca konflik yang panjang berjela2 sedangkan isu sebenarnya ringan je. saje agaknya nak bagi novel tebal. oh, berbalik pasal novel gelora-ma lee chuswan ni, aku suka juga nama mila nur adam tu...nama tu pun ibupa mila ambil sempenan nama adam. hihi..sesuailah gitu.

 ~gambar selebriti sumber google~

Thursday, March 14, 2013

novel kejora di langit cinta-anis ayuni

novel kejora di langit cinta-anis ayuni

novel kejora di langit cinta-anis ayuni~ini novel anis ayuni yang ke11. cover novel ni langsung tak cantik...entahlah, macam tak menarik je aku tengok. tapi tajuk ada kejora2 memang superb.lain sikit dari tajuk2 novel anis ayuni yang sebelum2 ni. lepas tu novel ni ada bookmark dan poskad lagi. suka sangat...teringat dulu2 semua novel alaf ada bookmark free diselitkan.

novel kejora di langit cinta-anis ayuni mengisahkan tentang nur faradila dan khalish. mereka jumpa di kota mekah, masa tunaikan umrah. sejak tu mereka mula tertarik cuma khalish ni macam slow sikit...dah bertahun baru tunjuk betul2 serius nak bercinta dengan faradila. khalish ni duduk di terengganu jadi susah sikitlah nak jumpa dila yang duduk di kl. 

lepas tu, datuk azlan suka pula pada dila. datuk azlan ni bapa pelajar di sekolah dila. dila ambil berat dengan pelajar2nya termasuk ibrahim hakimi (anak si datuk azlan tu). siap bagi tuisyen khas lagi di rumah dila. haneen adik dila meninggal dalam kemalangan. dila sangat sedih dan mak dila pun mengalami kemurungan. dila kemudian bawa rania tinggal dengan mereka. rania ni anak bapa dila dengan isteri keduanya dulu. mula2 mak dila tak terima tapi lama2 terima juga budak tu yang seolah menganti kehilangan arwah haneen.

khalish dan dila kahwin, mak dila agak sedih sebab perkahwinan itulah yang ditunggu2 oleh arwah haneen dulu, dia memang sudah lama berharap dila menerima khalish. mak dila pula akhirnya kahwin dengan datuk azlan. akhir cerita, khalish buka butik di kl sebab tak mahu berjauhan dengan dila lagi. the end...

komen~aku suka novel kejora di langit cinta-anis ayuni ni. tiap novelnya tak pernah menghampakan...cerita pun tak boring, sentiasa ada kelainan. tak rugi beli. aku sedih masa haneen mati...rasa macam tak patut je anis ayuni matikan watak haneen dengan tragedi tu. tapi mungkin nak bagi real, sebab dalam hidup kita ni selalu berlaku perkara2 yang tak kita jangka. novel ni pun banyak cerita tentang batik2 lukis tangan. kira dapat jugalah sedikit ilmu bila baca novel ni.

cuma...aku tak berapa masuklah dengan nama khalish tu. semacam je aku rasa, pelik...tak sedap, tak hensem, tak macho...kena pula kerja dia lukis batik! err...tapi tu masalah akulah...tiap pembaca mesti ada rasa lain2 bila baca novelkan. apa pun aku memang suka novel kejora di langit cinta-anis ayuni ni... tak sabar nak tunggu novel terbaru anis ayuni lagi.  

novel masih setia-aisya sofea

novel masih setia-aisya sofea

ini novel masih setia-aisya sofea yang paling baru aku baca. masa tengok tajuk terus rasa nak beli sebab mesti happy ending dengan hero atau heroin yang setia. memang tak sabarlah nak baca... tapi hampir 2 minggu lepas beli baru berpeluang baca sampai habis. 

novel masih setia-aisya sofea ni menceritakan tentang miera yang diawal cerita agak jahat sikit sebab selalu lawan cakap bapa dia. lepas tu selalu balik lewat malam. dia ni marah bapa dia yang dia ingat ada skandal dengan perempuan lain. tapi kemudian dia tahu juga hal sebenar, bapa dia setia apa dengan mak miera. miera je yang sangka buruk dengan bapa dia.

lepas tu mereka beraya di padang. miera nak dijodohkan dengan rudi oleh nenek mereka. masa di sana juga ada gempa bumi. miera terlibat dengan kerja sukarelawan dan bertemu dengan Dr.Malik (doktor dr malaysia). mereka sama2 membantu mangsa2 gempa terutamanya kanak2 yang kehilangan makbapa. mula2 kenal je miera dah suka Dr. Malik. mereka rapat dan Dr Malik pun suka miera tapi sayangnya Dr. Malik dah ada tunang. 

rudi juga sering datang melawat miera. dia masih berharap miera akan menerima cadangan keluarga mereka untuk berkahwin dengan rudi. mereka ni dari suku minang. tapi akhirnya miera tolak juga permintaan itu. bila balik malaysia, hubungan dengan Dr.malik pun terputus. tapi masa di airport, miera sempat diperkenalkan dengan mia tunang malik. sebenarnya bapa tiri Dr.Malik ni jiran sebelah rumah miera. 

miera kemudian dapat tahu yang mia ni tak setia dengan DrMalik. dia ada affair dengan abang fendi kawan sekolah emi (kakak miera). miera cuba bagitahu pada malik tp lelaki tu tak percaya malah anggap miera sengaja buat2 cerita. miera rasa sedih lebih2 lagi bila mia kata miera sengaja buat begitu sebab miera cintakan malik. miera sedih lepas tu tak mahu berhubung dengan malik lagi. masa majlis kahwin kak emi, malik datang dia cuba pujuk miera. dia dah putus pun dengan mia yang tak setia tu. akhirnya mereka berbaik juga dan kahwin. ending novel ni, miera mengandung anak kembar...the end.

komen~aku macam tak happy sangat baca novel masih setia-aisya sofea ni. boring pun ada juga...sebab cara miera main tarik tali tu sama je macam watak2 perempuan dalam novel2 aisya sofea yang lepas2. tak ada kelainan. marah tapi layan juga. bosanlah...macam dah hafal sangat perangai heroin aisya sofea ni. lepas tu konflik dalam novel ni pun tak kuat sangat, biasa2 je. macam tak ada idea je...

macam mana pun aku suka part mereka di padang tu...melibatkan Dr.Malik dan miera dengan budak2 mangsa gempa bumi tu. masa tu watak hero betul2 nampak menarik...aku tabik aisya sofea ni kalau bab menggambarkan perwatakan hero memang superb. 

~malas nak ambik gambar, sedut je dari google~

Wednesday, March 13, 2013

novel horizon cinta-umi azrini

novel horizon cinta-umi azrini

novel horizon cinta-umi azrini~ini antara novel alaf21 yang aku palingggg suka. aku jatuh cinta dengan watak si parut petir~ezo~kapten zariz. aku dah 2 kali beli novel ni...novel pertama tu, orang pinjam tapi sampai sekarang tak pulangkannya. sob..sob...sedih bila banyak novel2 aku tak dipulangkan. kadang2 malas dah nak bagi pinjam tapi kalau tak bagi, kata kedekut pula. dah pinjam, buat macam harta sendiri...langsung tak pulangkannya...argghh! oleh kerana rindu sangat dengan e-zo, aku pun beli semula novel horizon cinta-umi azrini ni. nasib baiklah ada stok. kalau tak...meroyan la seorang2 ingat e-zo hihi.

cakap tentang novel horizon cinta-umi azrini ni, ceritanya tentang kehidupan e-zo anak muda yang sangat minat dengan dunia pelayaran. kisahnya bermula dengan pertembungan tak sengaja dengan zara di traffic light. kemudian di kedai muzik...mereka berebutkan cd celine dion. pertengkaran berlanjutan sampailah di atas kapal LNG, puteri zamrud. e-zo sebenarnya pegawai kedua dan zara adik kapten jonathan. zara saja nak ikut belayar dengan abangnya. tak sangka dia bertemu dengan musuhnya itu.

novel horizon cinta-umi azrini

di atas kapal, zara ramai peminat cuma dia agak terkilan sebab e-zo sorang saja yang langsung tak peduli kehadirannya di kapal itu. zara pula sengaja minta abangnya bagi tugas khas pada e-zo untuk temankan zara melihat2 kapal besar itu. e-zo bengang betul dengan zara yang dirasanya sering menganggunya. galley terbakar dan kebetulan zara terkurung di stor makanan kering. e-zo yang selamatkan dia tapi zara degil tak mahu kalah dengan e-zo, sampai e-zo hilang sabar dan sembur zara dengan pemadam api. habis rambut, muka dan badan zara bersalut karbon dioksida kering itu. lepas tu e-zo terus angkat zara keluar dari kawasan kebakaran tu. masa tu zara terjerit2 minta dilepaskan. sampai tempat orang berkumpul selamba katak je e-zo cakap zara histeria takut api. 

~aku terbayang Zara macam dia ni hehe...~
Novel Horizon Cinta-Umi Azrini

zara makin sakit hati dengan e-zo lebih2 lagi bila kes 'histeria' tu dijadikan bahan gurauan masa taklimat pemadam api dan latihan kebakaran. raynold ng (ketua jurutera) sukakan zara dan anti habis dengan e-zo. rantai zara hilang, spotcheck dibuat disetiap kabin. e-zo kemudian dituduh mencuri sebab ada kerosang milik zara ditemui di kabin e-zo. sebenarnya kerosang tu jatuh masa e-zo dan zara bertengkar di lobi hotel dulu. memang niat e-zo nak bagi semula tapi dia lupa sebab sibuk dengan kerja2 di kapal itu. raynold tak puas hati dia tetap tuduh e-zo masih sembunyikan rantai tu. dia paksa stephen gibson (chief officer) untuk memberi hukuman pada e-zo dan e-zo tak kan dapat belayar buat sementara. 

mujurlah ada tuan najmi (chief steward) yang terjumpa rantai zara itu tersangkut di timbol pintu surau. sebenarnya zara yang cuai, malam tu dia keluar jalan2 dan terhenti di surau. masa tu e-zo solat, dia terpegun tengok e-zo masa tu. e-zo pun selamat dari dijatuhkan hukuman tapi dia makin tak suka dengan zara dan menganggap zara betul2 membawa malang padanya. raynold pun makin benci dengan e-zo. dia pasangan tali barutnya (malfoy dan draco) untuk menjaga tingkah-laku e-zo.

zara rasa sangat bersalah dengan e-zo lebih2 lagi bila e-zo sentiasa mengelak dari bertembung dengannya. lepas tu, zara mandi di kolam renang tengah2 malam buta. e-zo yang bertugas di rumah kemudia perasan zara yang lemas. dia pun pergi selamatkan zara. masa zara masih tak sedar diri, e-zo tampar zara 3 kali untuk lepaskan geramnya pada gadis tu. mula tercetus gossip di atas kapal tu kononnya e-zo ada affair dengan zara. membuat raynold tambah cemburu.

~zara~
novel horizon cinta-umi azrini

dalam satu insiden, zara hampir kena petir masa nak pungut keronsangnya yang jatuh di lantai dek bahagian luar. masa tu hujan lebat. keadaan sangat bahaya. e-zo yang kebetulan nampak, selamatkan zara. malfoy, darco dan raynold ng lagilah meletop marah pada e-zo dan laporkan hal tu pada kapten. kebetulan masa tu e-zo dalam tugas tapi untuk selamatkan zara dia terpaksa tinggalkan kerjanya seketika pada malfoy dan draco. kapten jonathan sangat marah kerana e-zo langgar peraturan dan dia hukum e-zo dengan menarik shore leave pemuda itu di jepun nanti. e-zo sangat sedih dan zara makin rasa bersalah.

zara kemudian meluahkan hal tersebut dengan puan noraini. atas bantuan tuan najmi, e-zo dapat juga turun di jepun. dia jalan2 dengan zara, puan noraini dan tuan najmi. masa ni e-zo dah mula berbaik dengan zara. dia bertembung dengan malfoy dan draco. malfoy sempat ambik gambar e-zo masa makan di restoran jepun. then masa atas kapal (dah berlayar semula)...tersebarlah cerita yang e-zo dating dengan zara di jepun. raynold buat aduan pada kapten jonathan tapi tak ada bukti. gambar yang ditunjukkan tu pun muka e-zo tak nampak sebab dia tutup muka dengan menu makanan.

sepanjang perlayaran pulang, e-zo dan zara mula akrab. zara pun kawan dengan geng2 e-zo. raynold tambah bengang dan selalu bagi macam2 tugas pada e-zo. malah siap bagi hukuman untuk kerja lebih masa pada e-zo. sampai pelabuhan bintulu, e-zo dan zara pun berpisah. tapi mereka masih saling berhubung. sampailah 4 bulan kemudian, e-zo pulang bercuti dan sambung ambil kurus di ALAM. masa ni e-zo dan zara makin rapat. bila e-zo nak p berlayar semula barulah dia orang meluahkan perasaan masing2.

lepas beberapa bulan, e-zo pulang dari berlayar. hubungan mereka makin rapat dan kapten jonathan pun tahu hal tu, dia tak suka zara kawan dengan e-zo. zara kusut dan terpengaruh dengan gambar2 yang dikirimkan oleh raynold dan malfoy yang kononnya e-zo playboy siap dengan gambar2 e-zo di kelab malam dengan perempuan gro. dia gaduh dan putus dengan e-zo. e-zo frust dan balik kampung datuk dia di pahang. zara pula bertemu dengan tarawis (geng e-zo). melalui terawis zara tahulah dia dah salah sangka. sebenarnya terawis pinjam duit lintah darat. tak sangka pula lintah darat tu geng raynold dan malfoy. malfoy yang sengaja minta gro2 tu himpit e-zo dan malfoy ambil gambar. atas bantuan terawis, zara pun ke kampung e-zo untuk minta maaf. 

e-zo ajak zara nikah tapi lepas tu dia baru tersedar yang zara berlainan agama. so dia tak nak desak zara. naiima muncul, e-zo terkejut sebab naiima ni ex-girlfriend e-zo. naiima ni rakan niaga zara dalam jualan langsung. naiima goda e-zo semula, dia ni perempuan jahat. zara kecewa dan minta e-zo kembali pada naiima sebab dia tak mahu jadi penghalang. sangka zara naiima ni baik. zara tak mahu jumpa e-zo lagi. tapi satu hari tu e-zo datang di pejabat zara dan bagi buku2 agama. dia ajak zara nikah dan berjanji akan bimbing zara. tapi zara tak mahu menghampakan naiima dan tolak lamaran e-zo itu. e-zo sangat sakit hati dengan zara dan lepas tu mereka berpisah.

2 tahun lepas tu, mereka bertemu semula. e-zo dan jadi kapten...kapten zariz~ zara pula dah masuk islam. kapten jonathan tak terima zara pada mulanya tapi lepas pulang dari belayar kapten jonathan berubah dan terima zara dengan baik. kononnya kapten jonathan diserang lanun, peristiwa tu yang buat dia terima zara yang memeluk agama islam tapi zara tak pasti sangat apa peristiwa yang abangnya hadapi masa tu sebab abangnya tak mahu bercerita tentang hal itu lebih lanjut. e-zo yang masih sayangkan zara ajak zara datang ke rumah datuknya. masa di pantai dia korek2 isihati zara dan sekali lagi lamar. zara tak bagi jawapan pun membuat e-zo kecewa lagi.

masa hantar pakaian dibilik e-zo, zara ternampak nota e-zo tentang luahan hatinya terhadap 'biskut marie'. zara mula rasa sedih dan rasa e-zo ada orang lain dan dia tertanya2 kenapa e-zo masih mahu melamarnya masa di pantai. dia kemudian ambil keputusan hendak pulang ke kl. e-zo makin marah dengan sikap zara itu.
masa tu juga zulaikha datang dan zara cemburukan zulaikha yang cantik dan bersopan santun tu. dia juga panggil e-zo dengan panggilan 'abang iz'. dia juga gemar makan biskut marie dan menyakinkan zara zulaikha la gadis dalam nota luahan e-zo itu.

dalam perjalanan pulang kl, kereta singgah di stesen minyak. zara rasa lama sangat e-zo dan pak naufal kembali ke kereta. dia pun call telefon e-zo tapi hp e-zo ada dalam kereta dan masa zara tengok skrin hp tu dia perasan gambar untuk no hp zara sepinggan chee cheong fan dengan nama 'biskut marie'. zara terkejut dan faham sekarang. dia yakin dengan cinta e-zo itu. dia sengaja tinggalkan pesanan di mailbox hp e-zo. then bila e-zo naik kereta semula hp e-zo berbunyi dan berkali2 dia dengar pesanan suara tu. lepas tu mereka berhenti di tepi jalan, e-zo minta zara keluar. zara yang rasa bersalah sangat dengan e-zo mula terfikir yan e-zo nak tinggalkan dia ditengah2 jalan ni.

dia yang panik terus minta maaf banyak2 pada e-zo dan meluahkan rasa hatinya pada e-zo. macam2 dia kata sampai e-zo tak sempat nak cakap apa2 pun. lepas tu spontan ajak e-zo nikah. e-zo terkejut tapi happy dia tak sangka lepas 3 kali lamarannya ditolak sebelum ni oleh zara, tiba2 zara pula yang lamar dia~ the end...

p/s~aku sebenarnya lagi suka suasana masa dorang atas kapal zamrud tu. banyak yang aku baru tahu tentang hal2 pelayaran ni. sumpah! sebelum ni aku tak tahu pun ada ALAM tempat belajar hal2 belayar ni, hahaha...betapa bengong juga aku selama ni. lagi satu banyak part yang aku suka dalam novel ni terutamanya masa zara konon histeria tu, masa e-zo bagi belon tu pun aku suka juga...ahh semua pun aku suka. cuma part yang libatkan naiima saja yang aku hangin habis.

~gambar maja salvador, kapal LNG sumber google~

Tuesday, March 12, 2013

jodoh episod 6

tadi tengok episod 6 drama jodoh. memang kelakar habis episod kali ni...aku betul2 enjoy. ketawa sampai sakit perut masa olly kentut dalam van tu, sampai en azlan dan 2 kru jodoh cepat2 buka tingkap hahaha.  lepas tu masa olly pi tandas en azlan dan 2 kru tu kutuk kentut olly yang boleh tahan baunya tu, siap kata olly makan banyak telur..hahaha.

jodoh episod 6 kali ni, olly dan pesrta lain kena jawap kuiz. kumpulan dibahagi 2 dan kumpulan olly yang menang sebab olly banyak jawap soalan2 tu. lepas tu kumpulan olly kena bertanding sesama sendiri. elle tak berapa suka olly sebab dia memang yakin olly dapat jawap semua soalan. 

jodoh episod 6


olly pun kata pada kawan2nya, dia tak jawap soalan2 tu sebab dia tak nak dating dengan en azlan. masa kuiz tu, olly mula2 diam je tapi lama2 dia je yang jawap soalan2 tu sebab katya,elle dan hani tak tahu jawap. olly rasa semua soalan tu senang2 je tp kawan2nya tak tahu jawap sebab tu la dia yang jawap semua. en. azlan pun tercenggang juga olly yang bagi penerangan panjang lebar tentang soalan terakhir tu. akhirnya olly la yang memang dan dapat keluar tengok wayang dengan en azlan.

jodoh episod 6

olly dan en azlan

anna main taktik kotor lagi. dia masukkan julap dalam air oren olly. tapi dia minta comel yang bagi pada olly. masa olly nak keluar dia minum air tu. dalam perjalanan dia sakit perut, cirit birit sampai 2 kali berhenti sebab nak ke toilet. sebab dah lewat mereka tak jadi tengok wayang. atas arahan nora, en  azlan bawa olly pergi klinik. lepas tu mereka makan burger je sambil berbual. kelakarnya, en azlan cakap olly suka dia. olly pula cakap en azlan perasan. olly kemudian pengsan dan kena tahan di wad sebab di syaki keracunan makanan. nora minta en azlan jaga olly masa tu dan sengaja takutkan en azlan untuk bertanggungjawap tentang keadaan olly. nora saja je cakap supaya en azlan jaga olly agar penonton lagi suka tengok en azlan yang ambil berat tentang olly. 

jodoh episod 6

jodoh episod 6

jodoh episod 6


lepas tu, berita olly sakit sampai di rumah jodoh. anna sikit pun tak rasa bersalah dengan perbuatannya. comel cuba nak report perbuatan anna dan 3 lagi rakannya itu tapi dorang pula yang ugut comel yang dapat susah sebab camera nampak comel bagi air tu pada olly.

olly dan en azlan

p/s~aku tak sabar nak tengok episod minggu depan, nampak macam olly lagi yang dapat dating dengan en azlan. comel pula macam dah kena out...kesiannya. aku makin tak suka anna, licik sangat. dahlah kenakan katya, lepas tu olly lagi...geram sangat dengan minah tu. 

~ gambar sumber astro gempak ~


Friday, March 8, 2013

tips meningkatkan keyakinan diri

 ~dazrin kamarudin~

salam jumaat..kali ni aku nak kongsi tips meningkatkan keyakinan diri. tips ni aku jumpa di laman web iluvislam. sebelum ni asyik buat entry tentang novel je kan...jadi hari ni ubah sikit haluan tu. lagipun, mood baca novel aku 'kosong' hari ni...esok2lah sambung buat entry novel tu. ok, di bawah ni tips meningkatkan keyakinan diri tu. jom kita peraktikan...
  1. anggap diri anda yang diciptakan oleh ALLAH adalah sama dengan orang lain, tiada yang kurang dan         tiada juga lebihnya.
  2. orang lain boleh buat, kenapa anda tak boleh buat? pedulikan apa orang lain nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat. 
  3. apa kekurangan /kelemahan yang ada pada diri anda perbaikinya. jangan biar ia sifat itu kekal tanpa sebarang usaha dari anda.
  4. jangan takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. berani!
  5. elakkan perasaan malu yang tak bertempat. ketepikan! tonjilkan diri anda.
  6. lakukan riadah ringan sebelum melakukan perkerjaan. ianya sebagai warm up dadn dapat mengaktifkan seseorang.
  7. kemas diri dan anggap diri anda terbaik hari itu. ya saya boleh!
  8. apa bila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. jangan terlalu kaku.
  9. apabila melakukan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilnya yang anda dapat lepas melakukan kerja tersebut.
  10. sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu kerja. masa itu emas! setiap waktu berharga!  
~ dazrin kamarudin~

oppss!...dazrin kamarudin  tiada kaitan dengan article tips meningkatkan keyakinan diri tu, saja je aku letak gambar dia sebagai hiasan.

~gambar selebriti sumber google~