Wednesday, March 20, 2013

novel cinta jangan kau pergi-norhayati berahim

novel cinta jangan kau pergi-norhayati berahim

kali ni aku nak buat entry tentang novel cinta jangan kau pergi-norhayati berahim. novel ni terbitan NB kara...sebelum2 ni aku ada beli novel norhayati berahim terbitan alaf21. tajuknya novel egois dan novel cinta pertama. dua2 novel tu best terutamanya novel cinta pertama tu. novel cinta pertama ni pernah dibuat drama di tv1 dulu. tajuknya tak tercapai akalmu lakonan ady putra sebagai carl laksmana dan lisdawati sebagai iman. tak tahulah kenapa tajuknya ditukar dan nama hero pun dari carl zafran kepada carl laksmana.

ok novel cinta jangan kau pergi-norhayati berahim ni mengisahkan tentang zulfa yang masa di australlia  berkawan baik dengan maria. mereka ni serumah dan zulfa ni tomboy sampai mereka dianggap pasangan lesbian. masa tu zulfa ni suka dengan qosim tapi qosim ni selalu memperlekehkan zulfa dan siap fitnah zulfa dan maria. qosim juga malu kalau nak rapat dengan zulfa, lebih2 lagi bila rakan2 mereka kata zulfa syok dengan dia. 

bila habis belajar, zulfa tinggal di cameron highland dan kerja di kebun bunga sebagai penyelidik. dia rapat dengan anak bos kebun bunga tu, park kuen. bos dia pun baik dengan zulfa. dr sufian pula kematian isteri masa isteri dan anaknya tu nak bercuti di cameron. kebetulan zulfa pun nampak kemalangan tu. dr sufian ni dulu gila duit bila isteri dan anak2nya mati baru dia insaf. dia suka zulfa. qosim pun datang semula nakkan zulfa. rupanya qosim dan dr sufian ni adik-beradik. qosim burukkan lagi zulfa bila tahu abangnya pun suka zulfa. akhirnya zulfa tolak kedua2nya. dia kemudian melilih park kuen sebab lelaki itu sentiasa ada disisinya selama ini.

komen~entah kenapa aku rasa novel cinta jangan kau pergi-norhayati berahim ni biasa2 je...nasib baiklah aku ni peminat tulisan norhayati berahim jadi, best ke tidak novelnya aku tetap juga baca sampai habis. 

2 comments:

Norlia Yusof said...

lately ni ramai pula yang cari novel ni, kenapa ye?

bz the witch said...

ramai ke yg cari? tapi tak hairanlah sbb
sekarang ramai yg suka baca novel sejak
trend novel diadaptasi menjadi drama tv