Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara
Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara ni aku beli sama dengan novel Cinta Sekelip Mata-Hasreeyati Ramli tu. Aku suka tengok cover novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara ni, sangat2 lembut dengan warna birunya. Lepas tu ada salji2 lagi...memang cantik, aku suka tengok. Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara sangatlah tebal...harga rm28 (sabah sarawak). Inilah novel paling mahal aku beli setakat ni. Sekarang ni harga novel boleh tahan mahalnya. nasib baiklah minat...beli je la. lagi pun bukan selalu aku dapat beli novel.
~ hardy & raniya ~
Novel Jujur Aku Setia~Eka Fahara
Novel Jujur Aku Setia~Eka Fahara
Ok novel Jujur Aku Setia~Eka Fahara ni mengisahkan tentang Raniya yang dah lama tinggal di London. Dia ni frust bercinta dengan Johan. Johan balik malaysia lepas putuskan hubungan dengan Raniya. Raniya kemudian balik Malaysia dan tinggal dengan tok wan dan tok mama di rumah aunty Salmi. Orang tua ni makbapa Roziah, mak kepada Raniya. Dulu tok wan dan tok mama ni kerja di rumah bapa Salmi. Bila ibubapa Salmi meninggal, tok wan dan tok mama tetap tinggal di situ untuk jaga Salmi hinggalah Salmi berkeluarga. Kebetulan Roziah pun tinggal di luar negara dengan suami dan anaknya.
~ gambar sekadar hiasan ~
Novel Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara
Raniya kemudian berkonflik dengan hardy anak aunty salmi. mereka berebut2 nak jaga tok wan dan tok mama. secara tak sengaja hardy pula libatkan raniya dalam hubungannya dengan fasya. kemudian raniya bawa tok mama dan tok wan tinggal di kampung. hardy tak setuju dan sanggup bercuti semata2 nak duduk di kampung dengan kedua orang tua itu. hardy dan raniya selalu je bertengkar.
Tapi lepas fasya datang ke kampung dan siap menghina raniya, tok wan dan tok mama...hardy dan raniya mula saling menyukai. tapi selalu nak cover2 perasaan tu. hubungan mereka semakin rapat bila raniya balik ke london semula. masa di sana dia cerdera masa di ragut. hardy dan nadine datang temankan dia sampai dia pulih. lepas tu mereka pulang malaysia semula.
fasya semakin tergila2kan hardy. hardy putus dengan fasya dulu sebab fasya ada affair dengan johan sepupu fasya. tak sangka pula johan tu bekas kekasih raniya. fasya ni sanggup buat apa saja asalkan dapat hardy. dia kemudian fitnah hardy dengan buat gambar superimpose dia dengan hardy. sebenarnya gambar tu gambar fasya dengan johan. kerana fitnah tu, hardy terpaksa bersetuju kahwin dengan fasya. dalam masa yang sama raniya sanggup kahwin dengan anak tok ketua bagi mengelak fasya dari menganggunya lagi dan bagi hardy bertanggungjawab.
tapi johan kemudian sedar tindakan fasya tu, dia tak sangka fasya semakin terpesong. jadi dia ugut fasya dan akhirnya fasya pun sedar dan mengaku fitnah hardy. dia kemudian minta maaf pada semua orang. lepas tu hardy pula kahwin dengan raniya. the end la...
Novel Jujur Aku Setia-Eka Fahara ni best, tapi sebab panjang sangat...aku cerita ringkas2 je. Aku suka sangat kalau novel karya Eka Fahara ni, tak pernah menghampakan. berbaloi harga rm28 dengan isinya yg best tu. kalau ada peminat novel yang tersesat di blog ini dan terbaca entry ni, silalah beli novel Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara ni kalau belum pernah baca.
~gambar selebriti sumber fb in-trend ~
No comments:
Post a Comment