Sekitar Bandar Sandakan
Assalamulaikum? Holla, blog!
Kali ini saya buat entri tentang bandar Sandakan. Selalu asyik buat entri pasal novel saja. Sesekali nak buat entri lain pula.
Sandakan merupakan bandar di negara Malaysia yang paling ke timur dari aspek garis lintang dan bandar yang terletak paling timur bagi negeri Sabah. Terletak kira2 1,900km dari KL, ibu negara Malaysia dan hanya 28km dari sempadan Filipina. Bandar sandakan dulu pernah digelar 'little Hong Kong' dan sangat terkenal dengan makanan lautnya yang sangat murah.
Bandar sandakan sudah wujud sejak 1948 (sebagai residensi). Nama sandakan diambil dari perkatan sulu iaitu 'sandak' yang bermaksud 'pajak gadai'. Bandar ini bermula pada abad ke 15 dan dikuasai oleh kesultanan Sulu dan dibuka oleh suku kaum Taosug (suluk), pedagang dari Austria, German dan Scotland. 1879-1969, bandar sandakan dibawah kuasa British hinggalah Sabah menyertai Malaysia. Pendudukan Jepun 1942-1945 meninggalkan banyak peristiwa pahit terutamanya pada masyarakat cina di sandakan. Bandar sandakan juga pernah di bom dan dibakar pada perang dunia ke-2 dulu.
Dari segi kebudayaan, Sandakan sangat unik kerana terdiri dari pelbagai suku-kaum. Antaranya kaum cina yang telah lama menetap di bandar ini. Selain itu kaum lain seperti suluk, bajau, bisaya dan suku kaum sungai. Masyarakat sungai mereupakan etnik peribumi yang terbesar di sandakan. Sandakan juga terkenal dengan alam semulajadinya. Tak hairanlah ianya sering menjadi destinasi pilihan pelancong asing dari luar negara.
Ok, jom tengok gambar2 sekitar bandar Sandakan...
Sekitar Bandar Sandakan
Sekitar Bandar Sandakan
Sekitar Bandar Sandakan
p/s: ini cuma part 1, next entry akan ada part 2 dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment