Wednesday, March 27, 2013

novel manisnya cinta diadaptasi ke filem

aku baru baca lama harian metro tadi, godek2 berita yg lepas2 terbaca la berita tentang fazura...ada cerita tentang fazura yang bakal buat penggambaran di turki dengan shahziey sam untuk filem manisnya cinta. diulang filem MANISNYA CINTA. sejak tahun lepas aku ternanti2 siapa yang bakal jadi hero filem ni sebab dari tahun lepas lagi memang dah tahu fazura yang dapat watak ifti tu. kat bawah ni petikan dari berita harian metro tu. nak baca semua berita tu klik SINI

Selain drama Kisah Cinta, Fazura bakal terbang ke Turki April ini bagi
menjayakan filem Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly di mana dia sekali lagi disatukan bersama Sam. 
"Saya teruja untuk berlakon di bawah arahan Bernard, saya tahu dia seorang yang bagus lagipun sejak tahun lalu lagi dia sudah menawarkan saya watak dalam filem Manisnya Cinta jadi rasanya tidak salah untuk saya mencuba," katanya.

kalau ikutkan aku tak berapa suka pun sam jadi nazmi tapi sebab nak belajar 'berlapang dada' aku ok kan je. walaupun rasa dia tak ngam berlakon cintan2 ni...tp ok la, muka dia pun memang muka panggungkan. maksud aku dia ni kan pelakon filem dan banyak filem2nya semua pecah panggunglah gitu. jadi haruslah dia terpilih sebab dia dah ada pengikut tersendiri. biasanya kan filem dan drama ni berbeza. tak semestinya pelakon drama yang meleTOP2 tu buat filem pun akan meleTOP2 juga. pelakon filem dan drama ada kelas tersendiri. err...tu pendapat aku la, semua orang masing2 ada pendapat sendiri.

aku pun ada tengok di fb penulis novel ni, ada gambar meeting tentang filem manisnya cinta. sam dan fazura pun sekali dalam tu. jadi memang sah2 la mereka hero dan heroinnya. takkan la sam jadi syahril atau farhan kan..kan. nak tgok gambar2 di fb penulis novel manisnya cinta, klik SINI 

kalau siapa belum pernah baca novel manisnya cinta ni, klik SINI untuk baca sinopsis penuh novel manisnya cinta-anis ayuni. aku suka novel manisnya cinta. harap2 sangat filem manisnya cinta pun akan best juga. biar meleTOP macam ombak rindu. agak2 filem ni ada lagu khusus tak macam ombak rindu? 

No comments: