Thursday, March 7, 2013

novel tika rindu berlagu-lily suriani

novel tika rindu berlagu-lily suriani

aku beli novel tika rindu berlagu-lily suriani sebab kawan2 aku kata best. sebelum2 ni aku memang pernah baca karya lily suriani 'pelabuhan kasih'. ok je novel tu cuma tak berapa nak melakat di kepala jalan ceritanya. tapi novel tika rindu berlagu ni memang agak menariklah. start baca terus nak cepat habis, nak tahu sangat apa penghujung kisah adila dan naim. 

ok novel tika rindu berlagu-lily suriani mengisahkan tentang adila yang terbiasa memakai pakaian lelaki...ala2 tomboy lah juga. nama pun 'adi'..tapi kerja di kedai bunga. kemudian dia berkenalan dengan naim yang pada mulanya pelanggan kedai bunga tempat adila kerja tu. mula2 musuh tapi lama2 jadi kawan. kebetulan pula ayah naim tu kawan lama bapa adila. naim memang dah jatuh cinta dengan adila. dia tak kisah pun dengan penampilan adila yang brutal tu.

 ~ naim ~
novel tika rindu berlagu-lily suriani

 ~ adila & naim ~
novel tika rindu berlagu-lily suriani

mereka kemudian bertunang tapi naim hilang masa berkhemah dengan kawan2nya. adilla sangat sedih dan ternanti2kan kepulangan naim. beberapa bulan lepas tu, adila sudah bekerja di tempat kerja yang sama dengan najwan. najwan ni kawan baik naim. dia pun jatuh cinta dengan adila. lepas tu banyak fitnah yang melanda adila, sampaikan dia setuju nak kahwin dengan najwan. 

lepas kahwin, najwan bagitahu dia sebenarnya penghidap hiv positif. adila sangat marah dan kecewa tapi najwan sentiasa berusaha untuk menjadi suami yang baik. hinggallah adila pasrah terima najwan, malah adila banyak membimbing najwan kembali menunaikan segala suruhanNYA. tapi masa najwan dah sakit, dia tinggalkan adila sebab tak mahu menyusahkan adila lagi. semua hartanya dia beri pada adila. adila berusaha mencari najwan tapi tak jumpa. hinggalah dia berputus-asa dan berkerja di rumah orang2 tua. 

~najwan~
novel tika rindu berlagu-lily suriani

lepas tu naim muncul tapi dia tak kenal adila pun. naim datang sebab nak bagitahu tentang najwan. najwan sudah meninggal dunia dan family naim yang urusankan semua. naim cari adila pun sebab amanat najwan. adila pula sakit hati sebab naim tak kenal dia. sebenarnya naim sudah ditemui selepas 6 bulan hilang dalam hutan. tapi dia langsung tak ingat apa2. familynya berusaha pulihkan ingatannya. masa tu adila dah kahwin dengan najwan.

bila naim sembuh, banyak juga perkara dia masih tak ingat terutamanya siapa adila. dia tetap anggap adila balu arwah teman baiknya. melalui cerita keluarga dan adila dia tahu adila bekas tunangnya.walaupun dia tak ingat tapi terkilan juga kenapa adila cepat lupakan dia dan tak sanggup tunggu kemunculannya semula. adila berusaha nak kembalikan ingatan naim tentangnya tapi tetap gagal. naim akhirnya mengaku cintakan adila, dia tidak kisah pun dia tak ingat adila yang dulu. mereka kahwin juga akhirnya...dapat anak..the end...

komen, best novel tika rindu berlagu-lily suriani ni aku suka kisah naim dan adila. cuma ada satu yang aku tak rasa best masa najwan mati tu...adila macam tak sedih, dia terus fikir tentang naim yang tak ingat dia. sibuk cakap tentang tunang dia yang lupakan dia. macam tu ke perempuan yang baru kematian suami? tahulah dia tak cinta najwan tapi sekurang2nya takkan dia tak punya perasaan sesama muslim? tu je yang aku tak puas hati...lain2 memang best. kelakar pun ada juga part adila panjat pokok kelapa tu..hahaha...aku banyangkan pun, dah rasa malu. kalau panjat pokok jambu ke rambutan ke, ok la juga. ni kelapa...style panjat memang superb...hihi

~gambar selebriti sumber google ~

No comments: