Novel Cinta Mekar Di Hati-Rose Harissa
~ady rafizal & nur fasha ~
novel Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa
:epas 4 bulan, Fasha diculik (masa ni dia tengah mengandung) dan hampir dibunuh. Fahrin selamatkan dia dan bawa Fasha tinggal di pulau sibu. Ady Rafizal hilang arah dengan kehilangan Fasha. Lepas tu macam2 perkara terjadi pada Ady Rafizal, termasuk di sihir dan dipaksa kahwin dengan Tengku Alis. Ady Rafizal juga dikurung oleh ibunya dari keluar rumah. Dia benar2 sakit dan badannya semakin susut tak bermaya. Tapi mummy dan Tengku Alis tetap tak lepaskan Ady Rafizal. mereka buat begitu sebab mahu Ady lupa tentang fasha.
Tengku Razlan (ayah Ady Rafizal) datang selamatkan anaknya itu dari kejahatan bekas isterinya itu dan Tengku Alis. Ady akhirnya dibawa berubat dengan ustaz, selepas tu barulah dia sembuh. selepas lima tahun berlalu, Ady kembali hidup macam biasa tapi Tengku Alis masih lagi tergila2kan dia, Walaupun mereka sudah berpisah. Fasha pula masih tinggal di pulau Sibu dengan Fahrin dan adik2nya. Anak Fasha (Adri) pun sudah 4 tahun setengah dan sangat rapat dengan Fahrin.
Satu masa tu Ady datang ke pulau Sibu dengan rakan2nya dan tak sangka dia bertemu dengan Fasha di sana. So mereka pun berbaik dan pulang ke KL. Fahrin sangat sedih sebab sepanjang 5 tahun ni dia yang jaga Fasha dan Ardi dengan baik. Tengku Alis pula semakin marah dan buat macam2 fitnah untuk pisahkan Fasha dan Ady semula. Dia juga sakit hati bila mummy Ady sudah insaf dan berbaik2 dengan Fasha. Sebab fitnah juga, mummy Ady sakit strok.
Tengku alis juga pecahkan rahsia lama Fahrin. Fahrin yang diupah untuk bunuh Fasha (Tengku Alis yang suruh). Fasha sangat marah dengan Fahrin bila tahu hal itu. Tapi Ady memaafkan Fahrin sebab kalau tak kerana Fahrin selamatkan Fasha, mungkin benda lain yang akan berlaku. Lagi pun Fahrin jaga Fasha dengan Adri dengan baik selama ini. Malah dia berterim kasih kerana Fahrin selamatkan Fasha dari kejahatan Tengku Alis. Kalau Fahrin tak sembunyikan Fasha, Ady sendiri tak mampu jaga Fasha sebab sepanjang masa tu pun Ady sakit dan tak dapat lari dari genggaman Tengku Alis.
Tengku Alis nak langgar Adri tapi Fahrin selamatkan budak tu. Jadi, Fahrinlah yang kena langgar. Akhirnya Tengku Alis kena tangkap polis. Bila Fahrin dah sembuh dia pun balik ke pulau Sibu sebab tak mahu ganggu Fasha dan Adri lagi. the end...
Komen ~ macam aku cakap awal2 tadi memang novel Cinta Mekar Di Hati ~ Rose Harissa ni best. Aku suka watak Ady rafizal yang setia dan handsome macam Dennis Oh tu cuma nampak lembek sikit bila berhadapan dengan Tengku Alis. Kalau dia betul2 lawan Tengku Alis pada awalnya pasti dia boleh selamatkan diri dari kejahatan perempuan tu. Aku memang geram habis dengan Tengku Alis tu...tp paling geram dengan mummy yang macam buta dek kejahatan perempuan tu. Ady pun baik dengan Fahrin.
Dekat2 nak habis novel Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa ni, aku benci sangat2 dengan Fasha pula. Macam tak kenang budi, masa dia tahu kes lama Fahrin tu dia pula yang melebih2 benci dan hasut Ady agar tak maafkan Fahrin! Sudahlah Fahrin yang selamatkan dia dari di bunuh ( 2 kali lagi tu). Lepas tu masa kena racun, Fahrin juga yang selamatkan dia bagi dia minum susu. Kalau tak, doktor cakap memang mati si Fasha tu! Sepanjang 5 tahun tu pun Fahrin yang jaga dia dan Adri. Ahhh, geram betul kalau nak ingat sikap perempuan tu.
Watak Fahrin? Hmm...memang aku suka sangat2. Walaupun dia asalnya buat kerja menculik tapi akhirnya dia tak buat juga kerja tu. Malah selamatkan Fasha lagi dari kekejaman Tengku Alis. bagi aku, kalau dari segi pengorbanan, Fahrin lagi layak dapat Fasha. Tapi nak buat macam mana, hero tetap dapat heroinnya semulakan. Aku sedih baca bab Fahrin pergi tinggalkan Adri tu...kan Adri nangis masa tu...sob..sob...
~gambar selebriti sumber google
No comments:
Post a Comment