Monday, March 7, 2011

mentor 5


aku minat tengok mentor sejak season 1 lagi...masa pija nyanyi. seronok tengok masa tu. masa musim 2 Fiq pun lagilah suka tengok. cuma mentor 4 yang aku tak tengok sebab kurang menarik.


sihah,ratnah,aiman,ayish,iqa & salma

mentor 5 kali ni, sejak episod ujibakat lagi aku memang dah tengok. teruja sikit masa tengok ujibakat di sabah tu. lawaklah orang sabah menyanyi...buat orang pecah perut ketawa. ada yang suka2 datang, nama mentor pun langsung tak tahu.


salma

lepas tahu erra fazira ambil orang tawau jadi protegenya, terus tambah semangat nak tengok mentor 5. ye lah mentor 4 kan takde orang sabah tersenarai...kali ni rasa terubatlah juga kekecewaan tahun lepas tu.

semalam episod pengenalan mentor 5 dengan protege masing2. lamanya nak tunggu erra keluar dengan protegenya tu. aku enjoy juga masa tengok peserta ujibakat tu nyanyi lagu dato sharifah aini tu.

memang ok habis...harus tv3 buat pertandingan lagu2 70an, bagi peserta macam budak tu masuk. tapi mak dia pula yang rosak, nangis masa duet dengan dato sharifah!

masa tengok sihah dengan Iqa nyanyi terus dalam hati kata "wow! bakal juara ni." memang takde peluanglah protege erra. tapi bila tengok salma muncul dan nyanyi...hmmm, saingan sengit nampaknya.

tak sangka pula salma tu nyanyi bagus macam tu sekali. ingatkan ala-kadar macam anum af8 dan mas af2 saja. rupanya2 lagi up byk dari tu. bertuah juga erra dapat protege suara ada umph...macam tu.

harap2lah episod akan datang dia nyanyi lagi bagus dari semalam. jangan episod pengenalan je best lepas tu prestasi terus menurun. selalu ramai peserta macam tu. mana yang mula2 tengok lembik2 pula yang makin lama makin baik dan muncul juara.

tak kisahlah siapa yang menang mentor 5, asalkan salma tu nyanyi bagus dan orang terhibur, itu dah cukup baik biarpun tak menang. semalam sihah paling ramai penyokong...biasalah bekas budak perlude af, memang dah ada peminat.

tapi aku suka sihah juga sebab berbakat. Iqa pun sama...cuma style nyanyi sebijik camelia. ratnah, oklah cuma terlebih bergerak...macam muzikal aku rasa persembahannya semalam.
ayish protege noh tu...macam ek lah pula. adoiii...noh pun asyik buat lawak yang dia sendiri je ketawa besar!

aiman?ini lagi seorang yang menang dari segi rupa. macam aliff aziz lah. aku suka juga dengar suara dia tapi macam takde semangat je rupa dia tu tu. lagu bukan main rancak tapi pergerakan, macam orang sakit pun ada!

harap2lah lain persembahan dia ni tujuk bakat sebenar. jangan bagi malu rahim maarof...sudahlah. minggu depan bolehlah tengok kumpulan A buat persembahan.

p/s: seronok tengok pija, fiq dan black buat persembahan pembukaan semalam...rock giler beb!

gambar sumber : google




4 comments:

mr_mrs mikko said...

huhu... eyaaa,ada ku tinguk tu ujibakat dia d sbah...
ada lagi yang mengamuk sbb dia pnduduk tetap.. nda laayaaak.

LennMommaChubby said...

power suara dia ni.... meremang bulu roma.... huhuh

kak bz said...

mr_mrs mikko,
ya tu la paling lucu ujibakat di sabah, sampai ajai sama adam pun ikut ketawa...

kak bz said...

lennMommaChubby,
bleh tahan kan suaranya...harap dpt bagi saingan sengit sama protege lain tu..