salam tahun baru 2014 untuk yang baca entry ini. happy tak korang dihari pertama untuk tahun baru ni? aku tak happy sangat sebab ada perkara yang men'touching'kan perasaan aku awal pagi tadi. comel gitu, awal tahun sambut dengan berita yang menyakitkan hati. untuk hilangkan rasa tak sedap, aku buat entry ni sambil dengar lagu SEPERTI RIHANNA-MEGABOYS
macam cantik jer
macam comel jer
dia berjalan
seperti rihanna
terhiburlah juga...hilang sikit semut2 dalam hati ni. oklah, kali ni aku nak kongsi sinopsis novel the wedding breaker karya evelyn rose. aku baru je baca novel the wedding breaker ni bulan 10 hari tu. tu pun lepas tahun novel the wedding breaker ni diadaptasi jadi drama. kebetulan my sis pun beli lepas tahu najwa latif pun suka novel the wedding breaker ni, tu yang dia beli. aku tumpang baca je la...hehe.
aku tak kenal pun penulis ni, entah penulis baru agaknya. maklumlah sebelum ni aku taksub dengan novel2 alaf21 je. tapi sejak akhir2 ni aku dah malas nak belek buku alaf sebab MAHAL. novel the wedding breaker ni mengisahkan tentang ariana rose yang kerja kat putrajaya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. dia terhutang budi dengan juwita sebab selamatkan dia masa kena ragut. so, dia tolong juwita agar tak jadi kahwin dengan tengku adam kamil. masa hendak nikah, ariana datang menyamar sebagai girlfriend adam. lepas tu mengaku mengandung anak tengku adam lagi. majlis pun kecoh dan juwita tak jadi kahwin dengan adam.
ariana dan juwita happy sebab berjaya dalam rancangan mereka tu. sebaliknya tengku adam dan family terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang menghentam mereka. tapi sebenarnya tengku adam memang kaki perempuan pun dan terlalu jauh terpesong dari islam. dia upah pengawal cari arianna dan menculik gadis tu. tengku adam cuba juga berlembut dengan arianna tapi arianna tetap tak mahu cakap siapa yang upah dia. dia tak mahu menyusahkan juwita. tengku adam siap bawa ariana jumpa doktor untuk periksa ariana tu mengandung ke tidak.
doktor tu kawan bapa tengku adam. dia memang tahu tengku adam kaki perempuan. so, dia kenakan tengku adam dengan mengatakan ariana memang mengandung! tenguk adam terkejut tapi dia memang tak ingat pernah tidur dengan arianna. ariana pula tetap mengaku dia pernah tidur dengan tengku adam, walaupun dalam hati dia sudah takut dengan keputusaan doktor tu. tengku adam marah dan fikir ariana diupah oleh ramzul musuh dia dalam bisnes. dia juga sakit hati bila arianna tetap berdegil. so, dia pun meniduri ariana.
tengku adam pelawa ariana jadi perempuan simpanannya tanpa rasa bersalah sikit pun. tapi ariana tak mahu dan sangat kecewa dengan semua perkara yang menimpahnya. mereka kemudian bertemu semula, tengku adam mula syok dengan arianna. sedangkan ariana buat2 tak kenal lelaki itu. bagi tengku adam, ariana sudah jadi haknya. dia asyik kejar ariana je. lepas tu cemburu lebih2 dekat harith dan sesiapa juga yang cuba mendekati arianna. sebenarnya adam nak juga kahwin dengan ariana tapi dia malu sebab ariana cuma orang biasa, kerani di putrajaya lepas tu bapa pula buka gerai makan je. dia tak nak diketawakan sebab family adam kan kaya.
tengku adam banyak bantu ariana dalam kerja2 kebajikan tapi arianna masih tidak menerimanya. satu malam tu tengku adam mengamuk selepas menghadiri majlis lelong. masa tu ariana datang dengan harith dan kebetulan rapat dengan ramzul dan adiknya. tengku adam datang ke rumah ariana dan cuba rogol dia lagi. tapi ariana terjatuh dan pengsan masa tengku adam kejar dia. tengku adam pun menyesal. sepanjang malam dia jaga ariana yang tidur itu.
esoknya arianna sedar dan terus lari pulang kelantan rumah mak dia dan bapa tiri dia dato jusoh. tengku adam kehilangan jejak ariana dan dia sangat menyesal. bapa adam pun jumpa doktor peribadi dorang tu, doktor tu ceritalah tentang adam pernah bawa arianna ke kliniknya. dia cakap ariana kelihatan seorang gadis yang baik dan dipaksa oleh adam. sebab tu dia sengaja kenakan adam dengan mengatakan ariana mengandung. doktor tu menasihati agar bapa adam, kahwinkan saja adam dengan ariana. bapa adam pun setuju, lagi pun dia berharap sangat agar anaknya itu berhenti dari tabiat buruknya yang suka tidur dengan semua perempuan.
family adam pun carilah siapa tu ariana rose hussien. hussien tu bapa kandung ariana tapi dah cerai dengan mak arianna. mak ariana kahwin dengan dato jusoh. bapa adam pun berkenalanlah dengan dato jusoh tu. lepas tu mereka pergi kelantan dan pinang arianna. ariana pula setuju je bila familynya pun setuju. dia mahu lupakan kisahnya dengan adam tu. tapi dia tak tahu pun siapa tunangnya. lagipun mak dia kata tunang ariana tu orang biasa je. adam kemudian jumpa ariana masa ariana datang kl untuk ambil barang dia. adam sangat frust bila ariana kata dia dah bertunang. adam pun frust dan sangat menyesal. adam sebenarnya tak setuju dengan rancangan familynya menjodohkan dia dengan anak dato jusoh tu. tapi lepas frust tu, dia ikut jelah. dia tak tahu pun tunang dia ariana. dia cuma tahu nama ariana hussien. family adam pula cuma kata nama tunang dia rose. jadi adam pun fikir nama tunang dia rosnah jusoh!
lepas ni, adam sangat2 berubah dan jadi islam sangat2. sampai buat umrah lagi. lepas tu, mak bapa dia hairan kenapa adam tak pernah tanya tentang tunang dia? sampaikan makbapa dia fikir mereka dah salah pinang orang. so, mak dia sengaja letak gambar bertunang ariana di dinding rumah. pagi esoknya adam tekejut dan terus sujud syukur dan pi solat. dia happylah dengan semua tu. dia tak call ariana sebab takut arianna akan tahu. sebab dia yakin kalau ariana tahu, mesti ariana tak nak dia. arianna pula selalu mimpi kahwin dengan adam. lepas tu mereka pun kahwin, barulah ariana terkejut tapi dia tetap terima adam juga. mereka dapat anak lelaki 3 orang, asyraf,aqeel dan afzal. the end....
komen~ oklah, novel the wedding breaker memang menarik. tak rugi beli. banyak dialog yang aku tersenyum2 sendiri masa bacanya. antaranya yang adam fikir nama tunang dia ROSNAH JUSOH tu...hahaha..lawak juga adam tu. lagi satu aku suka masa hp arianna berdering tu...masa tu dorang kat restoran
Adam tersenyum nakal sambil matanya tidak lepas dari memandang wajah yang selalu didambakannya itu"Kring! Kring! Kring!"Adam mengerutkan dahi. Bunyi apa itu? Apa punya kuno bunyi telefon bimbit seperti itu. Dipandangnya Ariana yang sedang kalut membuka beg tangannya. Panggilan dijawab.Oh my God...Its her mobile's ringtone! Pekik Adam dalam hati sambil matanya tak lepas memerhati tindak tanduk Ariana
Sebenarnya banyak lagi dialog antara Tengku Adam dengan Ariana yang mencuit hati. Drama dia kat tv3 mesti ramai yang suka tengok. setakat ni tak banyak yang berubah, semua ikut novel. cuma dalam novel watak ramzul (arja lee) dan adik dia (aku lupa nama adik dia tu) tak banyak mana. tapi dalam drama ni watak nabila huda tu pula sangat penting. oklah tu, aku suka nabila ni berlakon..sesuai apa watak pun. aku tak tengok sangat drama ni sebab 7pm aku layan 8tv, layan drama kantonis...^___^
watak fathia sebagai ariana tu oklah juga. cuma aku tak minat keith foo, sorry pada yang minat keith foo. Sekarang sangat ramai yang gilakan keith foo. aku terbayang aqasha bila watak kasanova. lagu tema drama tu, aku tak dengar sebab tak minat dayang. Tapi secara keseluruhan drama ni memang ok.
3 comments:
aqasha? pls lah., , Keith Foo mmg layak bawa watak TAK..lagu Dayang tu mmg best..tease awak mmg x brapa sgt kot..sorry..Keith Foo kini menjadi kegilaaan para wanita...kalau Aqasha..tak pastilah..mesti boring..mcm dlm Bicara hati..
hi, apa jd dgn watak nabila ngan abg dia? sy pun tak suka keith foo..hahaha..actually ada lakonan aqasha dlm drama tajuk bicara hati -aqasha & fazura klu tak silap
bicara hati hero nya shanaz ahmad la .. drama bicara ht by osman ali... ade biacara ht lain ke yg aqasha & fazura tu..? xperasan lak..
Post a Comment