ini terminal feri di pekan menumbok. masa ni aku jalan2 je, bukan nak pergi labuan pun. kecil je pekan menumbok ni. oklah juga suasananya pun aman je. aku suka kawasan laut macam ni, panoramanya cukup indah dan menarik. bagi akulah peminat pantai dan laut. tempat ni terkenal juga dengan makanan lautnya. pekan menumbok ni terletak di muara sungai klias.
mengikut sejarah, kononnya nama pekan menumbok berasal dari seekor ikan besar (ikan menumbok) yang terdampar di perkampungan ini. ada juga yang mengatakan nama pekan menumbok ni di ambil dari kejadian pertembungan air sungai padas damit yang mengalir deras ke muara sungai dan bertembung dengan air laut yang pasang ketika tu. Pertembungan itu kononnya mengakibatkan tumbukan kuat dan deras di muara itu. dari situlah nama menumbok itu wujud.
daerah menumbok ini mempunyai keluasan 74 batu persegi atau 19,165 hektar terletak di barat daya negeri sabah, iaitu di bahagian pedalaman kawasan kuala penyu. jarak kk dengan pekan menumbok 165km. pekan menumbok juga berhadapan dengan pulau labuan dan menjadi pintu masuk untuk ke tanah besar sabah. terdapat 2 buah sungai utama di daerah menumbok ini iaitu sg klias dan sungai padas damit.
aku snap gambar rumah yang cantik tu
jadual feri di pekan menumbok
terminal feri pekan menumbok
terminal feri pekan menumbok
tepi jeti
nun jauh di sana...
terminal feri pekan menumbok
pekan menumbok
ini gerai makan tempat aku singgah. biasa je, masakan pun ala-kadar je
tapi layanan dia bagus. ramah je pakcik tu...dia layan dia juga
yang masak
ingatkan si tanggang je disumpah jadi batu...rupanya ada juga ketam, ikan, kerang, sotong dan
penyu disumpah jadi batu...hahaha...derhaka juga rupanya dorang ni
aku ada kawan di kg.mempakul. apa khabar dia sekarang ya?
pekan menumbok
2 comments:
pegi sabah selalu jugak, tapi Labuan belum pernah lagi. Pergi naik feri paliong sesuai ke, naik flight ye?
dua2 pun bleh klu nak ke labuan. tp slalu org pilih naik feri atau speed bot berbanding flight sbb murah hihi
Post a Comment