Thursday, February 28, 2013

novel setulus hati-rozita abd wahab

novel setulus hati-rozita abd wahab

novel setulus hati-rozita abd wahab ni mengisahkan tentang zu ibu tunggal yang punya 2 anak (risya dan hakim). zu bercerai dengan zamri selepas zamri curang dan berkahwin lain. zu sangat rapat dengan abang keduanya zaidi. hinggakan isteri zaidi pun cemburu. zaidi sangat bertanggungjawab terhadap adik dan anak2 saudaranya.

nik azhan jadi bos baru di tempat zu (zu ni setiausaha). sebenarnya nik azhan ni kawan baik zaidi tapi dia lama duduk di luar negara. dia sebenarnya cinta zu dulu tapi dalam diam2 je. tak sempat nak luah perasaan sebab masa tu zu dah terima lamaran zamri. jadi zaidi cuba juga halang hubungan zu dengan zamri masa tu sebab dia rasa lelaki itu tak sebaik mana pun. lepas zu kahwin nik azhan bawa diri ke luar negara.

tak sangka pula bila dia kembali di malaysia, kerja satu pejabat dengan zu pula. tapi zu tak kenal dia pun. lagi dia teruja bila tahu zu dah berpisah dengan suaminya. nik azhan tak pernah pun lupakan zu selama ini. lepas tu hubungan dia dengan zaidi jadi rapat semula. dia juga mula rapat dengan anak2 zu. memang dia niat nak pikat zu.tapi dia ni slow sikit sebab dia nak zu suka dia dengan ikhlas, bukannya sebab dia ni teman baik zaidi. zaidi berpisah dengan helina dan tak izinkan anak2nya bertemu zaidi.

zu pula anggap nik azhan cuma sebagai bos dan kawan rapat zaidi. zu rapat dengan izham dan mereka rancang nak kahwin. tapi kemudian lucia bekas isteri izham datang semula. selama ini tiada siapa yang tahu izham pernah berkahwin waktu bertugas di sabah. izham terpaksa memilih kembali pada lucia kerana anak mereka sakit jantung dan izham juga tak mahu lucia kembali pada agama asalnya. zu sangat kecewa dan terluka. mujurlah ada zaidi yang banyak nasihatkan dia. nik azhan pula baru tahu yang zu hampir kahwin dengan izham. dia rasa geram sebab zaidi tak bagitahu hal itu. zaidi kemudian kahwin dengan nabila, girlfriend lamanya dulu. 

lepas tu nik azhan lagi serius untuk dapatkan zu. zaidi pun banyak bantu dia. akhirnya zu dan nik azhan kahwin. masa tu zamri datang balik ganggu zu. zaidi pula sakit buah pinggang yang sudah teruk. zu pun dermakan buah pinggangnya. zamri pula bawa lari hakim dan menghasut anak2nya agar membenci nik azhan. masa zu di hospital, nik azhan dan family yang jaga risya. nik azhan juga selesaikan hal zamri yang bawa lari hakim. zu sangat terharu dengan sikap ambil berat nik azhan terhadap anak2nya. the end...

komen tentang novel setulus hati-rozita abd wahab, suka sangat2 dengan nik azhan yang masih sudi menyambung cintanya dengan zu biarpun perempuan tu janda anak dua. hmm...ni baru setia namanya. sebenarnya, waktu beli novel ni, aku memang rasa novel ni tak best sebab penulisnya pun aku tak pernah baca karya2nya sebelum ni. tapi mula je baca, terus aku rasa tertarik nak baca sampai habis. memang puas hati dan rasa berbaloi beli novel setulus hati-rozita abd wahab ni.

Wednesday, February 27, 2013

novel indahnya kasih-kreisya reisya


novel indahnya kasih-kreisya reisya

novel indahnya kasih-kreisya reisya ni sambungan novel kisah kasih (novel pertama kreisya reisya). novel kisah kasih ni antara novel terbest yang pernah aku baca. kalau nak baca sinopsis novel kisah kasih, klik je kat SINI. dalam novel indahnya kasih-kreisya reisya ni aizat dan farah sudah berkahwin. macam2 suka duka dalam perkahwinan mereka.

~ ini syah E @mr archer @aizat dan puteri ~
novel indahnya kasih-kreisya reisya

ni aku letak sinopsis yang tertera dibelakang novel indahnya kasih-kreisya reisya ....aku malas nak buat sendiri sebab dah ingat2 lupa kisah dalam novel ni. apa yang aku ingat aizat tetap lelaki yang baik dan penyabar dalam melayani karenah farah. ibubapa farah dah berpisah dan berkahwin dengan pasangan masing2. farah akhirnya dapat keluarga baru.

ini sinopsis belakang novel indahnya kasih-kreisya reisya :

Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seseorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu penuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan.

Detik masa pun berlalu...

Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hati, menyulam kembali khayalan cinta Puteri yang terbina di alam remajanya. Terus mempercayai bahawa cinta luhur itu tetap wujud sebagaimana kisah-kisah dongeng semalam, Puteri melangkah ke alam perkahwinan. Dari dunia khayalan, dia mula mengenali realiti hidup sebenar.

Dia mulai belajar menjadi seorang suri di hati puteranya. Buat Puteri, perkahwinan itu bukan lagi satu fantasi. Di sini... di dunia yang baru ini, ada warna-warna kehidupan yang tersendiri. Dia perlu belajar menjadi seorang wanita matang seiring usianya. Dan sebagai suami, Aizat cuba membentuk permaisuri hatinya menjadi seorang wanita yang bernama isteri sejati.

komen aku novel ni memanglah tak best sangat macam novel kisah kasih tu. tapi aku suka sangat sebab nak tahu kisah lanjutan syah E dan puteri. lagi pun aku rasa rindu sangat dengan syah E...hihihi. kiranya novel indahnya kasih~kreisya reisya  ni dapatlah hilangkan rindu dendam di hati.

~gambar selebriti sumber google~

novel sedetik cinta-kreisya reisya


ini novel ke 3 kreisya reisya yang aku baca. novel sedetik cinta-kerisya reisya ni aku beli tahun 2005, dah lama. aku suka sangat cover novel ni...cantik sangat pemandangannya. lepas tu ada 2 orang dibawah pokok tu, naik basikal. suka sangat... aku rasa cover novel alaf yang dulu2 lagi nampak kemas dan sesuai dengan isinya.

novel sedetik cinta-kreisya reisya ni mengisahkan tentang sophie yang putus cinta dengan lelaki inggeris bernama keyrill. dia kemudian bertemu dengan akimi, bos di tempat kerjanya. tapi lelaki itu sudah berkahwin tapi tak punya anak. dia ajak sophie kahwin, pada mualanya sophie nak terima tapi kemudian dia tidak sanggup melukai isteri lelaki tu. 

akimi pun senyap kebetulan isterinya sudah disahkan hamil. then keyrill muncul balik tapi sophie frust lagi bila keyrill sudah berkahwin biarpun dalam hati keyrill dia sebenarnya masih sukakan sophie. tapi akhirnya mereka berdua jadi kawan baik dan keyrill sengaja kenalkan sophie dengan micheal. micheal tu bos baru tempat sophie kerja. 

tu la kisah sophie dalam novel sedetik cinta...banyak part yang komedi juga dalam ni. cuma aku frust sikit sebab sophie tak kahwin dengan keyrill pun. tapi memang dalam hidup ni, kita tak selalu dapat apa yang kita mahu.

novel cinta marissa-kreisya reisya

novel cinta marissa-kreisya reisya

novel alaf 21 ni terbit 2002. cuma rm12 je masa tu...sekarang novel alaf semua dah rm 20 ke atas. agak2... 4, 5 tahun akan datang harga novel dah cecah rm 30 ke atas pula. cakap tentang novel cinta marissa-kreisya reisya  ni mengisahkan tentang marissa anak orang berada yang putus cinta dengan rahimi. dek sebab tu dia bawa diri dan menjauhkan diri dari familynya. dia tinggal menyewa dengan adiba dan bekerja di kedai bunga milik espariza. 

marissa yang agak brutal tu berkenalan dengan iqbal pemilik kedai buku yang selang 2 kedai dari kedai bunga milik espariza. iqbal sukakan marissa tapi waktu dia nak luahkan isihatinya, marissa pula ada masalah dengan keluarganya. lepas tu marissa ditimpah musibah, dia dinodai oleh samseng jalanan. sebelum tu dia bertengkar dengan iqbal. 

iqbal rasa bersalah dan tak jumpa marissa. raja badri pula melamar marissa, tapi marissa tolak. family marissa ingat marissa tunggu iqbal sebab tu dia tolak raja badri. then iqbal lamar marissa tapi marissa tolak juga. iqbal frust sangat. lebih2 lagi bila marissa nak ke uk sambung belajar tapi sebelum pergi dia jumpa iqbal. dia sebenarnya sangat malu dengan iqbal tentang peristiwa hitam itu sedangkan iqbal tak kisah dengan semua itu. marissa sendiri sedih untuk berpisah. dia tak pasti penghujung cintanya dengan iqbal.

4 tahun kemudian dia pulang dan ke rumah iqbal. ada majlis perkahwinan di situ. tapi dia hairan kenapa dia tidak dijemput. dia ingatkan iqbal yang kahwin...frust, rupanya ishaq adik iqbal yang kahwin dengan adiba. iqbal masih setia tunggu marissa. the end...

lebih kurang macam tu la kisah dalam novel cinta marissa-kreisya reisya ni, aku baca sekali imbas je untuk buat entry ni. nak baca balik, ambik masa lama pula. tapi memang best juga novel cinta marissa-kreisya reisya ni...kulit pun hijau muda, cantik.

novel sayang sepenuh hati-eka fahara

novel sayang sepenuh hati-eka fahara

rasanya ini novel eka fahara yang aku paling suka setakat ni. novel sayang sepenuh hati-eka fahara ni, mengisahkan tentang aira yang belajar di new zealand. dia ni dah bertunang dengan fauzien tapi kemudian pertunangan mereka putus bila fauzien curang dengan rakan baik aira sendiri. aira kecewa sangat sebab dia sangat setia dengan fauzien. dia cuba mencari apa silapnya dia.

masa aira ke kelab malam, untuk mengubat hatinya yang kecewa dia bertemu dengan adin. tapi aira tak ambil tahu sangat lelaki itu sebab dia masih sedih dengan perbuatan fauzien. masa balik ke new zealand untuk sambung belajar, dia berjumpa dengan adin lagi dalam flight. adin sangat gembira sebab dia memang tertarik untuk rapat dengan aira. sedangkan aira tetap dingin dan tak kenal dia pun.

kebetulan pula, adin pun sambung belajar di tempat aira. kawan baik aira, nini pula adik sepupu adin. aira dan nini tinggal menyewa di rumah kak salwa, rakan baik adin. adin dan tunang salwa, manan pun tinggal di rumah besar itu bersama orang gaji kak salwa. tapi walaupun serumah aira tak pernah rapat pun dengan adin, kebetulan mereka masing2 sibuk dengan kuliah. tapi adin memang sentiasa cari peluang untuk mendekati aira.


~  adin dan aira ~
novel sayang sepenuh hati-eka fahara

lama2 tu mereka jadi rapat juga dan adin banyak nasihatkan aira. bila aira rapat dengan jamal, adin cemburu dan mereka sering bertengkar sebab aira kadang2 suka keluar ke pesta2 yang di anjurkan rakan2 mereka. adin tak mahu aira terlalu bebas dan hanyut dalam keseronokan macam tu. jadi dia ajak aira kahwin. family di malaysia tak tahu apa2 pun. cuma kak salwa, manan, nini saja yang tahu adin dan aira sudah bernikah.

lepas tu suri, adik sepupu adin mengandung. untuk menjaga aib keluarga adin terpaksa bernikah dengan suri tanpa pengetahuan aira. nini sangat marahkan adin dan bertindak pindah rumah. aira pula hairan sebab dia tahu nini sangat rapat dengan adin. adin pula buat2 bodoh je bila nini pindah rumah. tapi masa tu adin memang agak berubah dan sentiasa resah. suri muncul di rumah kak salwa dan mengaku sebagai isteri adin. aira sangat terkejut, lebih2 lagi bila melihat suri mengandung. adin cuba terangkan hal sebenarnya tapi bagi aira adin tetap tak jujur padanya. dia sangat sedih dan tinggal dengan nini.

setahun kemudian, aira dah balik malaysia dan kerja bersama2 dengan nini juga. fauzien datang semula dan cuba dapatkan aira balik tapi aira tak layan pun. mak aira pula pelik kenapa aira tak mahu pun fikir tentang kahwin lagi. ada yang meminang pun semua ditolak. adin kerja di jepun, dia pulang malaysia untuk jumpa aira. ini pun atas bantuan nini sebab aira tak mahu ingat adin lagi. tapi adin tak putus asa dia tetap cuba dapatkan aira balik. dia dah bercerai dengan suri. dia kahwin pun sebab nak jaga aib suri dan tak mahu anak suri tu tak ada bapa. 

aira tetap tolak adin walaupun dalam hati dia masih sayangkan adin.masa nini datang ke rumah aira, dia bawa adin. aira terkejut dan takut kalau2 familynya akan tahu kisah mereka di new zealand dulu. dalam satu insiden, kaki adin terseliuh. kakinya pernah cedera masa main ragbi di u dulu. jadi mak aira tolong urutkan, masa tu si adin ni tak malu2 peluk tangan aira. aira pula balik2 tersasul panggil adin tu 'abang'. mak aira dan bapa tiri aira dah mula syak aira dengan adin ada sesuatu. akhirnya pecah rahsia juga, mereka tu pernah bernikah dan adin tak pernah ceraikan aira pun. aira terkejut, then mereka pun berbaik. 

apa lagi ya? oh, mak adin pun ok jer bila tahu aira tu isteri adin. dia sangat gembira tengok adin yang bahagia bila dengan aira berbanding waktu kahwin dengan suri dulu. then end la...

komen? best novel sayang sepenuh hati-eka fahara ni...aku suka baca kisah tentang adin yang ambil berat sangat dengan orang2 kelilingnya. puas hatilah dengan novel ni. cuma aku tak suka cover novel ni, macam semak je. nasib baik juga model tu tak tunjuk muka dia. kalau tunjuk, memang tambah semaklah aku rasa cover novel ni..hihi. aku lagi suka cover novel yang simple tapi cantik. kalau nak letak model pun jangan la besar sangat gambarnya...

~gambar selebriti sumber google~ Hiasan semata2...

Tuesday, February 26, 2013

novel ruang rindu-rozita abd wahab


novel ruang rindu-rozita abd wahab


ini novel rozita abd wahab yang kedua aku baca selepas novel setulus hati beberapa tahun yang lalu. novel ruang rindu-rozita abd wahab ni mengisahkan tentang lia yang agak tomboy. masa di u dulu dia bercinta dengan amir tapi putus sebab mak amir tak suka lia. 

camelia kemudian ditunangkan dengan halil, anak cikgu hasnah. cikgu hasnah bimbang dengan perangai liar halil jadi dia pilih camelia bekas anak muridnya yang agak brutal itu menjadi pendamping halil. cikgu hasnah yakin perempuan tegas macam camelia memang sesuai untuk mengubah sikap nakal halil itu. camelia pula tak suka halil dan sentiasa mencari jalan untuk putuskan pertunangan mereka.

 ~halil dan camelia~
novel ruang rindu-rozita abd wahab

masa camelia ke jb untuk bertemu dengan amir dia berjumpa dengan halil dan anita. anita mengaku halil itu tunangnya. camelia pun happy dan punya alasan untuk putuskan pertunangan. halil pula masa tu dah mula jatuh cinta dengan camelia. dia rasa gadis yang suka berpakaian lelaki itu cukup menarik. pertunangan mereka putus tapi halil berusaha untuk mendapatkan camelia semula dengan bermacam2 cara. bos camelia pula ambil kesempatan untuk lamar camelia bila dia tahu camelia sudah putus tunang. fahmi pula (sepupu halil) sering buruk2kan halil depan camelia.

halil pindah dari jb ke kl semata2 nak dekat dengan camelia tapi dia kecewa bila dia tahu camelia kenalkan amir padanya. pula tu mengaku yang mereka nak kahwin dan sudah lama bercinta. amir memang nak kahwin dengan camelia tapi buat kali kedua mak amir tolak camelia. kemudian camelia sedar dengan kebaikan halil dan restu ibubapa halil. walaupun camelia ala2 tomboy tapi makbapa halil sangat sukakan camelia. begitu juga halil yang tak pernah pun mempertikaikan penampilan camelia yang tak feminin tu.

halil dapat tahu yang family camelia buat kenduri. halil ingatkan itu majlis kahwin camelia dan amir. dia sedih dan tak mahu kehilangan camelia jadi dia datang ke majlis tu dan jumpa camelia. camelia terkejut lebih2 lagi bila halil merayu2 agar camelia jangan kahwin dengan amir sebab dia tak boleh hidup tanpa camelia. camelia terkejut tapi dia faham. then, mereka pun berbaik dan halil terus ajak camelia kahwin. 

lepas tu, halil salah sangka ingatkan camelia ada hubungan lagi dengan amir sampai dia balik kg dan tak peduli dengan camelia. tapi sebelum tu hubungan mereka memang tak baik sebab camelia dulu yang asyik2 cemburu dengan rakan sekerja halil. dalam masa tu camelia hamil, barulah mereka berbaik semula. camelia selalu jumpa amir dulu sebab amir punya masalah dengan isterinya (pilihan ibunya) yang curang. halil pun tak cemburu lagi. habis daaa...

komen aku? best...aku suka betul novel ruang rindu-rozita abd wahab ni. ada lawak2 juga...tak rugi aku beli novel ni. aku suka watak halil yang berusaha untuk dapatkan camelia walaupun pada mulanya tak berapa suka dengan pilihan ibunya itu. cuma aku tak suka nama HALIL tu...rasa macam tak hensem orangnya! banyak dialog2 yang aku suka dalam novel ni...

~gambar selebriti sumber google~Hiasan semata2...

novel rindu di awan biru-meen zulaikha

novel rindu di awan biru-meen zulaikha

novel rindu di awan biru-meen zulaikha ni mengisahkan tentang hanan yang mengalami kepahitan hidup masa zaman kanak-kanan. ibunya di madukan dan ayahnya langsung tidak bertanggungjawab terhadap mereka adik beradik. ini mebuat hanan fobia untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

dia yang berkerja di syarikat pelancongan bertemu dengan akmal yang kebetulan bertugas sebagai pilot. dari pertemuan itu, akmal terus jatuh cinta dengan hanan. perhatian akmal membuat hanan menerima akmal dan masa di turki, mereka bernikah di masjid biru berwalikan adiknya adi yang kebetulan bertugas di sana. hubungan mereka sangat bahagia hinggalah satu masa hanan tahu yang akmal sebenarnya sudah berkahwin tapi tidak punya zuriat. hanan kecewa tapi dia tetap sayangkan akmal. akmal pula cuba berterus terang dengan keluarganya dan isteri pertamanya tapi isteri pertama akmal lebih dulu bertindak.

maira (isteri akmal) menfitnah hanan dengan mengupah bahari (lelaki yang tergila2kan hanan dulu) kononnya dia tidur dengan hanan bila akmal fly. akmal salah sangka dan percaya terus menceraikan hanan dengan talak 3. maira sangat berpuas hati dan bahari pun rasa puas sebab dapat balas dendam dengan hanan yang menolak cintanya dulu.

hanan sangat sedih. akmal pula menyesal bila tahu semua itu fitnah yang dibuat oleh maira. lantas dia mengupah teman baiknya shah untuk menjadi cina buta. shah setuju kerana waktu itu dia sangat terdesak bila   perniagaannya lingkup akibat ditipu. hanan mula buka lembaran baru dan dia berkenalan dengan ridz. ridz tertarik dengan hanan dan tak lama lepas tu mereka kahwin. lepas tu pula rahsia pecah bila hanan terjumpa cek akmal yang disimpan oleh ridz. rupa2nya ridz ni shah kawan akmal tu (ridzwan shah). hanan sangat kecewa dan rasa tertipu dia lari dari ridz dan menghilangkan diri.

ridz sangat menyesal tak sempat terangkan hal sebenar pada hanan. sebenarnya memang mulanya dia mahu bantu akmal tapi lepas bertemu dengan hanan, dia jatuh cinta dan ikhlas terhadap hanan. malah cek yang akmal bagi itu pun memang dia mahu pulangkan bila bertemu dengan akmal nanti. sayangnya hanan pula yang jumpa cek itu.
2 tahun kemudian, mereka bertemu di majlis perkahwinan kawan lama hanan. hanan tak peduli pun dengan ridz tapi ridz terus tangkap hanan tak bagi perempuan tu lari lagi. lepas tu ridz terangkanlah apa sebenarnya yang berlaku. ridz juga tak pernah berubah sepanjang 2 tahun ini. akhirnya mereka pun berbaik semula. the end...

komen aku? aku jatuh cinta habis dengan ridz...walaupun wataknya tak banyak dalam ni tapi aku tetap puas hati dia akhirnya dapat juga bersama dengan hanan. mula2 aku teruja juga dengan kapten akmal tapi lama2 makin menyampah pula. lebih2 dengan maira dan bahari...bencinya. cover novel ni aku suka sangat...cute. tapi aku tak suka nama hanan tu, tak cantik langsung. apa2 pun aku memang puas hati dengan novel rindu di awan biru ni.terus teringat kisah cinta ratu rock ella dan kapten azhar

novel saat kau kata cinta-anis ayuni

novel saat kau kata cinta-anis ayuni

kali ni aku buat entry tentang novel saat kau kata cinta-anis ayuni. aku baru je beli novel ni masa ke eaton's hari tu. novel saat kau kata cinta-anis ayuni ini mengisahkan tentang percintaan hijaz dan darwina di zaman peresekolahan. masa pkln, darwina berkawan rapat dengan nuril. beberapa tahun kemudian, darwina bertemu dengan nuril. darwina kecewa bila tahu nuril bercinta dengan hijaz di luar negara. darwina terus menyepi diri dan membuat hijaz tertanya2 kenapa darwina melupakan janji2 mereka dulu.

darwina kemudian bercinta dengan azril. semasa darwina bercuti di uk dia bertemu dengan syafi. syafi sentiasa menemaninya sepanjang dia di uk. banyak kenangan mereka sepanjang dia di uk. syafi memang melayan dia dengan baik. darwina pulang ke malaysia semula dan mahu berkahwin dengan azril tapi dia kecewa bila isteri azril muncul. rupanya azril sudah berkahwin dan punya 2 anak. isteri dan anaknya tinggal di australia sebab isteri azril belajar di sana. itu yang menyebabkan azril sering ke australia. 

hijaz muncul semula. dia mahu menyambung cintanya dengan darwina. sebenarnya dia berkahwin dengan nuril dulu sebab mahu menyakiti hati darwina yang tiba2 menyepi dan tak mahu menemuinya. nuril yang beriya2 dalam hubungan mereka. perkahwinan mereka pub tidak bahagia. tapi darwina tetap menolak hijaz sebab tidak mahu melukakan hati nuril.

dalam masa yang sama syafi pulang ke malaysia. bila dia tahu darwina sudah putus cinta dengan azril, dia pun lamar darwina. darwina terkejut sebab selama ini dia dengan syafi tidak punya apa2 hubungan. dia menganggap syafi seperti abangnya. tapi syafi sukakan darwina sejak kali pertama berkenalan dengan darwina masa di uk dulu. hijaz masih mencuba meraih cinta darwina tapi akhirnya darwina menerima lamaran syafi. hijaz kembali semula dengan nuril dan anak mereka yang baru lahir. the end la...

komen aku? aku suka novel ni sebab watak syafi yang cool. tapi dalam masa yang sama aku macam rasa muak part melancong2 ni...terlalu banyak cerita tentang satu2 tempat tu yang mereka lawat. macam baca rencana pelancongan pun ada. kalau selit sikit2 tu kan lagi cantik novel tu. lagi satu aku tak berkenan dengan nama2 dalam novel ni semua macam pelik dan tak cantik je aku rasa. lebih2 lagi nama hijaz tu... apa2 pun aku tetap suka novel saat kau kata cinta-anis ayuni ni. aku memang baca semua novel kak anis ayuni. rasa serasi dengan style penulisannya. 

novel gerimis rindu-meen zulaikha

novel gerimis rindu-meen zulaikha

novel gerimis rindu ni novel ketiga meen zulaikha selepas warna hati. suka juga tengok cover novel gerimis rindu ni macam cool je. novel gerimis rindu-meen zulaikha ni mengisahkan tentang ailani yang agak liar dan dijaga oleh neneknya. ailani ni juga berkonflik dengan ayah dan ibu batirinya. selepas satu kemalangan yang mengakibatkan neneknya meninggal, ailani terus berubah dan lari dari keluarganya. mak su ailani pula menyalahkan ailani atas kematian neneknya itu. dalam masa yang sama mak su dan suaminya mahu mengambil harta yang ditinggalkan arwah ibunya kepada ailani.

ailani berubah jadi kasar dan berpakaian lelaki. dia bekerja sebagai pemandu teksi limousin airport. masa tu dia bertemu dengan fatimi yang ego (fatimi jadi penumpangnya). kebetulan ailani dapat tawaran kerja dari dato rahim (ayah fatimi). mereka sering bertengkar dan fatimi menyangka ailani ada niat buruk terhadap bapanya. lebih2 lagi bila dato rahim sewenang2nya mengambil ailani dari pemandu peribadi kepada pembantu peribadi. timbul juga gosip kononnya ailani ada affair dengan dato rahim bila ailani diberi pinjam kereta syarikat dan tinggal pula di kondo dato rahim. makin teballah benci fatimi pada ailani. tapi akhirnya mereka berbaik juga, ailani gadis yang baik. kemudian jatuh cinta..kahwin. masalah ailani dengan familynya pun semua selesai. habis la...

komen aku? ok novel gerimis rindu-meen zulaikha ni. tapi kalau nak banding dengan novel warna hati, novel warna hati tu lagi best. novel gerimis rindu ni biasa saja pada aku. tapi biasa2 pun aku habiskan juga baca novel ni. lagipun aku memang minat dengan karya2 meen zulaikha. dalam novel ni juga ada kisah tim dan li. dua watak ni wujud dalam novel warna kasih. lepas tu ada juga watak seth tan dari novel kasih yang suci. 

kalau ikutkan, aku lagi teruja dengan kisah tim dan li berbanding kisah kasih ailani dan fatimi. suka bila part li mengenakan tim di pejabat atau waktu mereka keluar bersama2 dengan ailani dan fatimi. apa2 pun, novel ni memang sesuai dibaca oleh siapa2 yang nak tahu kisah perempuan ala2 tomboy.

novel jawapan yang pasti-eka fahara

novel jawapan yang pasti-eka fahara

novel jawapan yang pasti-eka fahara ni aku beli sebab aku suka cara penulisan eka fahara. dulu aku ada baca novel lamanya 'nilai cintamu'. ok juga...aku suka cara dia mengelolakan cerita. ingat nak baca novel nilai cintamu semula lepas tu nak buat entry. niat aku memang nak buat entry semua novel2 yang aku ada..tak kira novel lama atau baru...insyaAllah.

berbalik tentang novel jawapan yang pasti-eka fahara ni mengisahkan tentang kyra suraya yang bercinta dengan pelakon terkenal ariff iskandar. kyra ni tinggal berjiran dengan rumah makbapa ariff di kedah. mereka dah lama bercinta tapi ariff tak pernah mengaku pada media yang dia dengan kyra bercinta. kyra kecil hati dan mula meragui cinta ariff. sedangkan ariff punya sebab tertentu merahsiakan hubungan mereka.

pada masa yang sama, kyra bertemu dengan teman lamanya putra. masa mereka belajar dulu, dia dan putra sangat rapat tapi kemudian renggang bila kyra tahu nora teman baiknya cintakan putra. hubungan mereka terputus lepas tu. hinggalah nora ajak mereka bertemu semula. dr ezril pula tertarik dengan kyra dan kebetulan mereka bertemu di kl, masa kyra bertemu dengan putra dan nora. dr ezril ni anak saudara bos kyra. mereka mula rapat tapi kyra tetap cintakan ariff. 

ariff pula ditangkap khalwat dengan natasya. kyra sangat kecewa dan terluka. dia tak mahu jumpa ariff lagi. tapi ariff sangat cintakan kyra. dia dan natasya tiada apa2 hubungan pun, dia tolong natasya malam kejadian tu sebab perempuan tu sakit. natasya pun dah ada teman lelaki. masa ariff ditemubual dalam tv dia berterus terang tentang hubungannya dengan kyra suraya. lepas tu dia berusaha pujuk kyra dan melamar gadis itu. ibubapa ezril pun melamar kyra masa tu. ariff cemburu tapi kyra tak pernah pun cintakan ezril.

ezril cintakan kyra tapi dia tetap menghormati keputusan kyra. then, kyra pun kahwin dengan ariff. kyra ke singapura cari mak kandung dia. tak sangka mak kandung kyra kahwin dengan bapa putra. putra kembali cintakan kyra dan cuba rampas kyra dari ariff pada mulanya. tapi akhirnya mereka berbaik juga. the end..

komen aku? ok juga la novel jawapan yang pasti-eka fahara ni...cuma aku rasa nak uweekkk... dengan watak putra tu. betul2 tak suka. part kyra dengan family kandungnya pun aku boring juga nak baca. aku suka part kyra dengan  ariff dan ezril je. tap sedih sebab ezril tak dapat memiliki kyra sedangkan dalam cerita ni dia memang lelaki baik dan cintakan kyra dengan tulus. kecewa pun dia tetap baik dengan kyra dan ariff. sedih la dengan watak ezril tu.

Monday, February 25, 2013

lagu cinta -dewa


Aku jatuh cinta,'tuk kesekian kali
Baru kali ini ku rasakan cinta sesungguhnya,
Tak seperti dulu
Kali ini ada pengorbanan

Cinta bukan sekedar kata-kata indah
Cinta bukan sekedar buaian belaian peraduan

Samudra cinta dari pulung hati
Tak terukur dalamnya
Hingga saat perpisahan tiba
Mengundang air mata
Atau hanya secuil penyesalan

Cinta adalah ruang dan waktu
Datang dan menghilang
Semua karunia sang pencipta

Mungkinkah kau sedang menatap bulan
Bulan sabit yang sedang kupandangi
Mungkinkah kamu menangis
Diatas bintang khayalku

Maafkanlah cinta
Atas kabut jiwa
Yang menutupi pandangan kalbu

novel uda dan dara-aisya sofea

novel uda dan dara-aisya sofea


novel uda dan dara-aisya sofea ni aku baru je habis baca tadi. novel uda dan dara-aisya sofea ni mengisahkan tentang izzat hilman @ abang man dan siti mariam @ mar. abang man ni anak angkat makbapa mar. abang man ni rapat dengan abang omar (salah seorang abang mar). dari zaman sekolah lagi mar memang sukakan abang man. tapi kemudian mereka terpisah bila mak abang man tak suka mar rapat dengan abang man. lagi pun mak abang man mahu jodohkan abang man dengan anak saudaranya yang tinggal di kluang.

pada masa yang sama kawan2 abang man memperlekehkan mar yang masa tu gemuk. abang man pun kutuk mar masa tu dan cakap dengan kawan2nya, mar orang suruhannya. kebetulan mar memang buat apa saja yang abang man suruh dan sentiasa mendampingi abang man. masa tu mar sangat sedih dan kecil hati. abang man kemudian melanjutkan pelajaran dan selepas tu mereka terputus hubungan. 

lepas 17 tahun mereka bertemu semula. masa tu mereka semua berkumpul di rumah makbapa mar. abang man terkejut sebab mar dah tak gemuk dan nampak cantik. rupanya selama ni abang man dah mula berhubung semula dengan abang omar tanpa pengetahuan mar. abang man jatuh hati dengan mar. tapi dalam diam mar marah dan masih dendam tentang hal dulu. abang man bersungguh2 minta maaf dan mereka jadi rapat.

bapa kandung mar terlibat dengan ah long. abang man jual tanah arwah makbapa dia untuk langsaikan hutang bapa kandung mar. lepas tu dia kahwin dengan mar. mula2 mar tak terima abang man. lagipun kak yah (kakak abang man) tak suka mar dan masih nak teruskan wasiat arawah mak mereka yang mahu banag man kahwin dengan sepupunya khalidah. malah kak yah sengaja bawa sepupunya itu di rumah abang man semata2 mahu sakitkan hati mar. 

mar akhirnya dapat terima abang man sebagai suaminya. tapi kak yah masih juga tak suka dia. mar kemudian keguguran. anak kak yah pula masuk hospital dan mar pula dermakan darah. lepas tu barulah kak yah terima mar. akhirnya mar dan abang man bahagia dan dapat anak lelaki. 

oh ye dihujung cerita novel uda dan dara-aisya sofea ni, ada majlis anak mereka tu. tetamu yang datang antaranya bos mar, en lukman dan isterinya farah (watak dr novel jendela hati). ada juga adam mukhriz (sebagai kawan abang man) dan isterinya ain hawani (watak dr novel adam hawa). 

~izzat hilman dan siti mariam~
novel uda dan dara-aisya sofea

komen aku tentang novel uda dan dara-aisya sofea ni, ok la juga. cuma aku boring habis masa baca novel ni sebab banyak sangat dialog hero dan heroin. pula tu asyik cakap hal yang sama je. si heroin tak habis2 nak main tarik tali dengan hero. lagi aku hangin, bila heroin balik2 cakap tak suka hero tp peliknya dia sentiasa berkepit juga dengan hero. lepas tu bagi layan dengan baik sekali dan boleh bergelak ketawa. arrghhh!!! Tak faham betul. Tapi tak faham2 pun aku baca juga novel ni sampai habis...hehe

~gambar selebrit sumber google~Hiasan semata2...

Sunday, February 10, 2013

Menara Kayangan ( Tower Of Heaven ), Lahad datu

aku tahu tempat ni, menara kayangan (tower of heaven) tahun lepas masa google tempat tinggi di sabah. sumpah! aku memang tak tahu ada tempat cantik macam ni di sabah. sekali tengok terus suka dan berangan nak sampai ke menara kayangan (tower of heaven). kebetulan hari tu pergi tawau 3 hari. jadi masa pulang dari tawau tu singgah la kejap di tempat tu. menara kayangan (tower of heaven) tu dekat simpang lembah danum. masuk dalam tu agak jauh juga, jalan pula pusing2 tapi pemandangan tu memang cantik la. tiket masuk rm2 untuk dewasa dan rm1 untuk budak2. murah je kan...

sampai je di sana, aku terus naik atas dan ambil gambar, snap sana..snap sini. masa di atas tu juga ada hujan panas, lepas tu ada pelangi...wah! cantik betul pemandangan masa tu. di sepanjang tangga naik atas tu ada gambar2 binatang yang terdapat di hutan simpan tu. di bawah ni, semua gambar2 aku ambil masa tu.

Pintu gerbang Menara Kayangan ( Tower Of Heaven), ni jalan masuk ke dalam tu. Beli tiket kat pintu nilah.

pemandangan dari tingkat bawah Menara Kayangan (Tower Of Heaven)

Menara Kayangan ( Tower Of Heaven ), Lahad Datu

view dari puncak menara kayangan

Menara Kayangan ( Tower Of Heaven ), Lahad datu


nampak tak laut kat depan sana tu? Cantik betul pemandangan dari atas sini. boleh nampak pulau2 kecil kat laut tu. 

Masa ni hujan, tu awan hitam tu tengah muntahkan hujan...

zoom pulau2 kecil kat bawah tu...

pemandangan yang cukup buat aku bersyukur dan menghargai keindahan alam semulajadi.


di bawah, aku tak dapat ambik gambar sebab battery camera sudah 'kong'. frust aku..hp pun sama. nasib baik my sis punya hp masih ada cas. jadi guna hp dia la untuk ambik gambar di kawasan bawah. tapi tak banyak sebab masa tu kami dah nak pulang. tapi pemandangan di tempat ni memang cantik. petang tu ramai pengunjung yang duduk2 di bangku yang disediakan. ada juga kumpulan yang datang untuk sambut birthday di situ. sayangnya aku tak dapat nak lama2 menghayati susana cantik di situ. hari pun dah petang sangat, terpaksa turun dan teruskan perjalanan pulang ke sandakan.

bahagian bawah menara kayangan (tower of heaven)

depan menara kayangan

gambar penuh menara kayangan ( tower of heaven)

masa turun bawah bateri camera pun dah habis, terpaksa guna hp biasa untuk tangkap gambar. gelap lagi gambarnya hehe...kebetulan masa tu pun dah masuk senja. best lepak2 sini, sambil tengok pemandangan di bawah tu...

 
pemandangan dari bawah menara kayangan (tower of heaven)...

Saturday, February 9, 2013

novel suara hati-anis ayuni

novel suara hati-anis ayuni

novel suara hati ni, novel pertama anis ayuni. mula2 baca dulu aku tak berapa suka hero dia mati, lepas tu heroin pula kahwin dua kali. tapi lama2 tu, aku baca balik rasa best la juga. aku suka watak haris yang setia tu. lepas tu sanggup lagi mengahwini hani yang beranak dua tu. novel suara hati ni mengisahkan tentang hani yang masih belajar di U. dia ni aktif suka dan bercinta dengan haris yang juga aktif dalam sukan. haris ni belajar di singapura. tapi kemudian haris menyepi dan hani mula rapat dengan naim, anak kenalan ibubapa hani.
naim ni pensyarah di U tempat hani belajar tapi fakuliti kejuruteraan. tapi hani tak tahu pun dan naim pun tak pernah bagitahu. family hani sebenarnya pernah pergi umrah bersama2 dengan family naim. naim juga ikut sama. masa di sana family hani tunjuk gambar hani, naim terus jatuh cinta. then kedua2 family pun merancang satukan hani dan naim. naim seorang lelaki yang baik dan ketika hani rasa kehilangan cinta haris, naim la tempat hani berhibur. sebelum mereka berkahwin, haris muncul semula.

haris lama menyepi sebab terpaksa ke us untuk temankan adiknya yang kritikal akibat kemalangan. berbulan2 dia menjaga adiknya di sana. dia ingatkan hani akan faham rupanya dia silap. lagi pun mereka sudah berjanji untuk setia walau apa terjadi. tapi sudah terlewat sebab hani sudah bertunang dan bakal berkahwin. haris sangat sedih tapi dia terpaksa redha. 

hani pun berkahwin dengan naim dan bahagia. tapi masa mengandungkan anak kedua, naim meninggal dunia. mujurlah keluarga hani sentiasa memberi sokongan. lepas 3 tahun, hani terjumpa haris di rumah ibubapa arwah naim. haris sebenarnya kerja satu tempat dengan rozie adik arwah naim. mula2 haris tak tahu yang suami hani sudah meninggal dunia. hani pula ingatkan haris sudah berkahwin. lepas haris tahu hani takde suami, dia pun mula rapat dengan hani dan anak2 hani. haris sebenarnya masih setia pada hani dan cuba mendapatkan hani semula tapi hani sentiasa menggelak.

hani pun tipu haris yang dia sudah ada penganti. hani suruh haris lupakan dia saja tapi haris tak dapat lupakan hani. lagipun dia pernah berjanji untuk setia pada hani sampai bila2. dia sedih juga bila hani tak terima dia lagi. tapi haris tetap baik pada hani dan anak2nya. sampai la satu malam tu, masa ulangtahun perkahwinan ibu bapa hani. auntie fauziah saudara kakak ipar hani datang bersama haris. masa tu barulah hani tahu haris masih bujang. then hani pun terima dia. the end...

Wednesday, February 6, 2013

tips untuk anda sentiasa berfikiran positif

Inginkah anda sentiasa setiap hari merasakan perasaan positif dan menikmati hari-hari yang anda lewati penuh bahagia, bersemangat dan dalam tahap ceria?

Semuanya bermula dari niat anda untuk memilih bagaimana corak kehidupan yang anda mahukan. Pemikiran kita boleh dalam keadaan positif atau negatif. Otak kita tidak boleh berfungsi serentak untuk memilih perasaan positif atau negatif sekaligus.

Jika kita memilih pemikiran negatif maka minda bawah sedar kita akan mencari seribu alasan untuk membenarkan pilihan kita. MIsalnya kita memilih untuk berduka cita.Maka minda bawah sedar kita akan mencari apa sahaja alasan,peristiwa atau mode yang menambahkan lagi penderitaan kita. Semakin lama semakin menebal sehinggakan ianya datang bertalu-talu menjadi kita merasakan perasaan yang tidaka selesa dan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita.Sehingga apabila keadaan ini tidak terkawal akan menyebabkan anda stres serta boleh mengalami kemurungan.

Jadi anda perlu membuat pilihan untuk ceria,positif dan bergembira dengan kehidupan anda. Caranya ialah:-

!) Sentiasa menjangkakan anda mendapat yang terbaik dalam hidup anda

2) Anda benar-benar tahu kehendak anda dan anda pastikan anda akan perolehinya

3) Mulakan hari anda pada malam sebelumnya dengan menanamkan benih pemikiran yang positif apa yang anda akan kerjakan pada esoknya.

4) Pastikan matlamat anda bukan sahaja untuk mengembirakan diri anda tetapi juga orang lain terutama orang yang berada dekat di samping anda kerana kegembiraan anda bergantung kepada sejauhmana anda dapat mengembirakan orang lain.

5) Sentiasa mengambil berat dan mengambil cakna orang lain. Buatkan orang lain tersenyum, nescaya anda akan tersenyum riang.

6) Sentiasa tersenyum dan bertanya khabar pada orang lain.

7) Jangan kedekut Puji dan hargai dengan ikhlas jika mereka layak mendapatkanya.

8) Buat bayangan minda yang diri anda selalu ceria , gembira dan bersikap positif di mana sahaja anda berada.

9) Sentiasa merasakan, memikirkan dan mempercayai bahawa anda adalah orang yang bertuah dan beruntung.

10) Jangan mengutuk diri anda tetapi baikilah kelemahan anda.

11) Menerima kelemahan dan keburukan anda dan berharap serta berusaha untuk menambahbaik.

12) Sentiasa pandang ke hadapan dan jangan mengenangkan hal yang lalu.

13) Nikmatilah saat-saat hidup anda dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

14) Redha terhadap ujian Allah kerana ketahuilah semuanya adalah anugerah yang menjadikan kita insan yang lebih istimewa. Allah tidak menzalimi hambanya, sebaliknya hambalah yang menzalimi diri mereka sendiri

15) Ambil masa setiap hari untuk mengimpikan kebahagiaan anda . Cari langkah-langkah bagaimana untuk memenuhi impian anda dan lakukan dengan penuh ketabahan.

16) Sentiasa berani untuk membuat sasaran yang tinggi. Letakkan standard yang tinggi pada diri anda. Anda dapat mencapainya dengan ilmu dan mempelajari kemahiran tertentu serta yang penting mesti dipraktikkan.

17) Sikap anda adalah segala-galanya.

18) Disiplin diri adalah kuncinya untuk sentiasa bersikap positif

19) Nikmatilah dan hargai nafas segar yang anda hirup dan pancaran mtahari yang masih anda dapat saksikan . Anda beruntung kerana setiap hari adalah hari yang baru maka hargailah hari-hari mendatang anda kurniaan Illahi

20) Terimalah setiap peristiwa dengan mata hati positif, segalanya adalah baik untuk anda jika anda melihat dengan kaca mata positif, Bersyukurlah .

21) Sentiasa HIDUPKAN IMPIAN ANDA dengan memanjatkan doa untuk kebaikkan dunia dan akhirat.


credits to http://mindataqwa.blogspot.com

bagaimana mahu positifkan diri

Bagaimana saya nak positifkan diri dalam semua perkara?

Sikap positif digambarkan sebagai salah satu cara untuk kita berjaya di dalam hidup.
Apa itu sifat positif diri? Sifat ini bermula dengan sifat pra sangka yang baik pada diri sendiri , orang lain dan dengan Allah.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Al-Hujurat :12

Dan janganlah sama sekali kamu berburuk sangka dengan Allah kerana kamu akan termasuk dalam golongan yang rugi.


Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi. Fushilat; 23

Sikap positf bermula di minda seseorang iaitu diterbitkan dari hati yang berkeinginan untuk memperbaiki diri bag mendapat keredhaan Allah

Adapun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan amal yang soleh, semoga dia termasuk orang-orang yang beruntung.

Al-Qashah: 67

Untuk positifkan diri, seseorang perlu bermuhasabah atau menghitungkan diri dari aspek kelemahan yang berlaku sebenarnya adalah kerana perbuatan-perbuatan dosa yang dilakukan samada disedari atau tidak disedari.

Apabila seseorang itu bertaubat, kejahatan mereka akan digantikan dengan kebajikan atau amalan positif.

kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Al-Fuqaan : 70

Sepertimana yang dinyatakan oleh pewaris syurga ,Saidina Omar Alkhatab,

“Hisabkan lah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.”

credits to http://mindataqwa.blogspot.com



hati adalah radar yang ajaib

Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?
senua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia telah dikesan (detect) oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu b aik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati.

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh bdan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu disi dengan sifat mahmudah maka hebatlah seluruh anggota badannya menjadi seorang yang mulia. JIka hati dikotori dengan sifat mazmumah maka rosaklah peribadi akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat mengesan perbuatan manusia samada pekara yang baik dan buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah rasa berdebar-debar dan cemas seterusnya akan menyebabkan kita rasa gelisah(tension)

Isyarat ini menyuruh supaya seseorang kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan tenang semula. Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan? Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.
Zikir, membaca alQuraan dan menuntut ilmu agama islam, zakat, bersedekah dan baik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati , barulah seseorang berhak menperolehi kebahagiaan.

Apakah cara merawat hati yang berpenyakit dan hidupkan hati yang mati. CAranya ialah bertaubat, minta keampunan mengingati kematian dan sentiasa melakukan amalan kebajikan akan memulihkan dan menghidupkan semula hati

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Surah Ar-Ra'd :28

Apabila hati kita mendustaka ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit;

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Al-Baqarah:10

Bila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

Al-Haddid:16


sumber : google



novel sungguh aku cinta (anis ayuni)

novel sungguh aku cinta (anis ayuni)

aku tak ingat ini novel sungguh aku cinta  (anis ayuni) yang keberapa tapi aku suka novel ni sebab ada beberapa babak berlatar belakangkan bandar kk dan gunung kinabalu. biasalah org sabah kan, mesti ada perasaan best kalau tempat kita masuk dalam novel. makin semangat hendak baca dan mudah terbayang2 suasananya.

novel sungguh aku cinta (anis ayuni) ini mengisahkan maira yang meminati aktiviti lasak. sewaktu di gim dia bertemu dengan fajar yang menunjukkan minat kepadanya. beberapa pertemuan yang tak disengajakan berlaku, fajar cuba mendekati maira tapi maira tak layan dan menggelak. fajar kemudian mengikut maira ke lembah royal belum. di sana dia agak rapat dengan maira. maira juga agak senang dengan fajar yang mengambil berat tentangnya. tapi bila balik kl, fajar masih gagal untuk mendapatkan no hp maira. maira.

dalam satu insiden, maira membantu datin yati yang diragut. datin yati merupakan mak fajar. maira ikut trep ke kk dan mendaki gunung kinabalu. fajar seronok sebab dapat tahu maira akan turut serta. maira memang terkejut melihat fajar. dia tak sangka asyik berjumpa lelaki ini. sebenarnya dia baru saja membaca kisah fajar dalam majalah yang ditunjukkan oleh ruhi teman sekerja maira. ruhi ni sepupu fajar. tapi maira tak mengaku pun kenal fajar.

masa mendaki gunung, fajar sangat menjaga maira. dari situlah hubungan mereka rapat dan fajar semakin sayangkan maira. mereka sering bertemu dan lepas tu bercinta. tapi azhan datang semula untuk meraih cinta maira. masa itu baru fajar tahu yang maira sebenarnya pernah berkahwin. tapi atas kecurangan azhan, mereka berpisah. tapi fajar tidak kisah pun tentang status maira.

percintaan mereka terputus bila mak fajar tahu maira tu pernah berkahwin. dia tak mahu fajar berkahwin dengan janda. fajar pula ikut kata ibunya tak kahwin dengan maira tapi dia juga bertekad tak kan kahwin dengan siapa2 pun kecuali dengan maira. adik fajar pula kematian suami dan tak lama kemudian bertemu dengan lelaki baru. keluarga lelaki itu pun dari kalangan org kaya tidak kisah pun tentang status adik fajar yang pernah berkahwin itu. perkara itu menyedarkan mak fajar.

lagipun bermacam cara dia sakitkan hati maira dengan membawa bakal isteri fajar ( berlakon jer agar maira tahu dia tak layak dengan fajar) tapi maira tetap baik melayan mak fajar itu. ending novel sungguh aku cinta (anis ayuni), mak fajar izinkan juga fajar berkahwin dengan maira...^__^

Saturday, February 2, 2013

apa ada pada jenama?

kebanyakan orang ada yang pentingkan brand pada barangan yang dipakai. macam baju, beg tangan, kasut dan sebagainya. tak kurang juga untuk makanan dan kerperluan harian seperti sabun, ubat gigi dan lain2 tu. aku pun lebih kurang macam tu juga tapi kebanyakan barangan untuk keperluan seharian dan makanan. kebanyakan produk yang aku guna lebih kepada keselesaan dan mungkin sebab dah biasa guna produk tu dari kecil, jadi berterusanlah sampai sekarang. contoh macam barangan di bawah ni la...

ini bab makanan dulu la, ini sebahagiannya. kebanyakannya aku dah makan makanan ni sejak kecil lagi jadi sampai sekarang memang setia biarpun sekarang dah macam2 jenama makanan yang serupa macam ni. tapi yang lama juga tetap sedap ditekak ku.




ini pula barang2 keperluan seharian. sama dengan makanan, produk kat bawah ni pun aku dah guna sejak kanak2 sampailah sekarang. kalau guna jenama lain, badan macam tak kena...lagipun kebanyakan barangan ni memang sudah wujud sejak zaman aku membesar sekitar 80an dulu. kiranya jenaman terawal yang aku kenal la...









gambar sumber : google