Wednesday, February 27, 2013

Novel Sayang Sepenuh Hati-Eka Fahara

Novel Sayang Sepenuh Hati-Eka Fahara

Assalamualaikum? Holla, blog! 

Rasanya ini novel Eka Fahara yang saya paling suka setakat ni. Novel Sayang Sepenuh Hati-Eka Fahara ni, mengisahkan tentang Aira yang belajar di New Zealand. dia ni dah bertunang dengan Fauzien tapi kemudian pertunangan mereka putus bila Fauzien curang dengan rakan baik Aira sendiri. Aira kecewa sangat sebab dia sangat setia dengan Fauzien. Dia cuba mencari apa silapnya.

Masa Aira ke kelab malam, untuk mengubat hatinya yang kecewa dia bertemu dengan Adin. Tapi Aira tak ambil tahu sangat lelaki itu sebab dia masih sedih dengan perbuatan Fauzien. Masa balik ke New Zealand untuk sambung belajar, dia berjumpa dengan Adin lagi dalam Flight. Adin sangat gembira sebab dia memang tertarik untuk rapat dengan Aira. sedangkan Aira tetap dingin dan tak kenal dia pun.

Kebetulan pula, Adin pun sambung belajar di tempat Aira. Kawan baik Aira, Nini pula adik sepupu Adin. Aira dan Nini tinggal menyewa di rumah kak Salwa, rakan baik Adin. Adin dan tunang Salwa, Manan pun tinggal di rumah besar itu bersama orang gaji kak Salwa. Tapi walaupun serumah Aira tak pernah rapat pun dengan Adin, kebetulan mereka masing2 sibuk dengan kuliah. Tapi Adin memang sentiasa cari peluang untuk mendekati Aira.

Lama2 tu mereka jadi rapat juga dan Adin banyak nasihatkan Aira. Bila Aira rapat dengan Jamal, Adin cemburu dan mereka sering bertengkar sebab Aira kadang2 suka keluar ke pesta2 yang di anjurkan rakan2 mereka. Adin tak mahu Aira terlalu bebas dan hanyut dalam keseronokan macam tu. Jadi dia ajak Aira kahwin. Family di Malaysia tak tahu apa2 pun. Cuma kak Salwa, Manan, Nini saja yang tahu Adin dan Aira sudah bernikah.

Lepas tu Suri, adik sepupu Adin mengandung. Untuk menjaga aib keluarga Adin terpaksa bernikah dengan Suri tanpa pengetahuan Aira. Nini sangat marahkan Adin dan bertindak pindah rumah. Aira pula hairan sebab dia tahu Nini sangat rapat dengan Adin. Adin pula buat2 bodoh je bila Nini pindah rumah. Tapi masa tu Adin memang agak berubah dan sentiasa resah. Suri muncul di rumah kak Salwa dan mengaku sebagai isteri Adin. Aira sangat terkejut, lebih2 lagi bila melihat Suri mengandung. Adin cuba terangkan hal sebenarnya tapi bagi Aira, Adin tetap tak jujur padanya. Dia sangat sedih dan tinggal dengan Nini.

Setahun kemudian, Aira dah balik Malaysia dan kerja bersama2 dengan Nini juga. Fauzien datang semula dan cuba dapatkan Aira balik tapi Aira tak layan pun. Mak Aira pula pelik kenapa Aira tak mahu pun fikir tentang kahwin lagi. Ada yang meminang pun semua ditolak. Adin kerja di Jepun, dia pulang malaysia untuk jumpa Aira. Ini pun atas bantuan Nini sebab Aira tak mahu ingat Adin lagi. Tapi Adin tak putus asa dia tetap cuba dapatkan Aira balik. Aia dah bercerai dengan Suri. Dia kahwin pun sebab nak jaga aib Suri dan tak mahu anak Suri tu tak ada bapa. 

Aira tetap tolak Adin walaupun dalam hati dia masih sayangkan Adin. Masa Nini datang ke rumah Aira, dia bawa Adin. Aira terkejut dan takut kalau2 familynya akan tahu kisah mereka di New Zealand dulu. Dalam satu insiden, kaki Adin terseliuh. Kakinya pernah cedera masa main ragbi di U dulu. Jadi mak Aira tolong urutkan, masa tu Adin tak malu2 peluk tangan Aira. Aira pula balik2 tersasul panggil Adin tu 'abang'. Mak Aira dan bapa tiri Aira dah mula syak Aira dengan Adin ada sesuatu. Akhirnya pecah rahsia juga, mereka tu pernah bernikah dan Adin tak pernah ceraikan Aira pun. Aira terkejut, then mereka pun berbaik. 

Apa lagi ya? Oh, mak Adin pun ok jer bila tahu aAra tu isteri Adin. Dia sangat gembira tengok Adin yang bahagia bila dengan Aira berbanding waktu kahwin dengan Suri dulu. 

Komen? Saya suka novel Sayang Sepenuh Hati-Eka Fahara ini. Best sangat. Suka dengan watak Adin yang sangat ambil berat dengan orang2 kelilingnya. Puas hatilah dengan novel ni. Cuma saya tak suka cover novel ni, macam semak aje. Nasib baik juga model tu tak tunjuk muka dia. Kalau tunjuk, memang tambah semaklah sata rasa cover novel ni. Lagi suka cover novel yang simple tapi cantik. Kalau nak letak model pun jangan la besar sangat gambarnya. Lagi satu saya rasa cover novel ni tak berkait dengan cerita. Apa salahnya letak gambar pemandangan di New Zealand? Hero dan heroin kan belajar kat sana. Lagi nampak kaitannya dengan cerita.

Oklah malas nak komen lagi. Kepada peminat novel, saya memang cadangkan korang beli novel ni. Tak rugi sebab ceritanya sangat2 best. K, 

No comments: