Novel Jawapan Yang Pasti-Eka Fahara
Assalamualaikum? Holla, blog!
Novel Jawapan Yang Pasti-Eka Fahara ni saya beli sebab saya suka cara penulisan Eka Fahara. Dulu saya ada baca novel lamanya 'Nilai Cintamu'. Ok juga novel tu. Saya suka cara dia mengelolakan cerita. Ingat nak baca novel Nilai Cintamu semula lepas tu nak buat entry. Saya memang niat nak buat entry semua novel2 yang saya ada..tak kira novel lama atau baru...insyaAllah.
Novel Jawapan Yang Pasti-Eka Fahara ini mengisahkan tentang Kyra Suraya yang bercinta dengan pelakon terkenal Ariff Iskandar. Kyra ni tinggal berjiran dengan rumah makbapa Ariff di Kedah. Mereka dah lama bercinta tapi Ariff tak pernah mengaku pada media yang dia dengan Kyra bercinta. Kyra kecil hati dan mula meragui cinta Ariff. Sedangkan Ariff punya sebab tertentu merahsiakan hubungan mereka.
Pada masa yang sama, Kyra bertemu dengan teman lamanya Putra. masa mereka belajar dulu, Dia dan Putra sangat rapat tapi kemudian renggang bila Kyra tahu Nora teman baiknya cintakan Putra. Hubungan mereka terputus lepas tu. hinggalah Nora ajak mereka bertemu semula. Dr Ezril pula tertarik dengan Kyra dan kebetulan mereka bertemu di KL, masa Kyra bertemu dengan Putra dan Nora. Dr Ezril ni anak saudara bos Kyra. Mereka mula rapat tapi Kyra tetap cintakan Ariff.
Ariff pula ditangkap khalwat dengan Natasya. Kyra sangat kecewa dan terluka. Dia tak mahu jumpa Ariff lagi. Tapi Ariff sangat cintakan Kyra. Dia dan Natasya tiada apa2 hubungan pun, dia tolong Natasya malam kejadian tu sebab perempuan tu sakit. Natasya pun dah ada teman lelaki. Masa Ariff ditemubual dalam TV dia berterus terang tentang hubungannya dengan Kyra Suraya. Lepas tu dia berusaha pujuk Kyra dan melamar gadis itu. Ibubapa Ezril pun melamar Kyra masa tu. Ariff cemburu tapi Kyra tak pernah pun cintakan Ezril.
Ezril cintakan Kyra tapi dia tetap menghormati keputusan Kyra. then, Kyra pun kahwin dengan Ariff. Kyra ke singapura cari mak kandung dia. Tak sangka mak kandung kyra kahwin dengan bapa Putra. Putra kembali cintakan Kyra dan cuba rampas Kyra dari Ariff pada mulanya. Tapi akhirnya mereka berbaik juga. the end..
Komen saya? ok juga la novel Jawapan Yang Pasti-Eka Fahara ni...cuma saya rasa nak nak muntah dengan watak Putra tu. Betul2 tak suka. Part Kyra dengan family kandungnya pun saya malas nak baca. Saya suka part Kyra dengan Ariff dan Ezril aje. Tapi sedih sebab Ezril tak dapat memiliki Kyra sedangkan dalam cerita ni dia memang lelaki baik dan cintakan Kyra dengan tulus. Walaupun kecewa dia tetap baik dengan Kyra dan ariff.
Ok, bye.
No comments:
Post a Comment