Novel Uda & Dara- Aisya Sofea
Assalamulaikum? Hallo, blog!
Novel Uda & Dara- Aisya Sofea ini baru aje saya habis baca tadi. Novel Uda & Dara-Aisya Sofea ni mengisahkan tentang Izzat Hilman @ abang Man dan Siti Mariam @ Mar. Abang Man ni anak angkat makbapa Mar. Abang Man ni rapat dengan abang Omar (salah seorang abang Mar). Dari zaman sekolah lagi Mar memang sukakan abang Man. Tapi kemudian mereka terpisah bila mak abang Man tak suka Mar rapat dengan abang Man. Lagi pun mak abang Man mahu jodohkan abang Man dengan anak saudaranya yang tinggal di Kluang.
Novel Uda & Dara- Aisya Sofea ini baru aje saya habis baca tadi. Novel Uda & Dara-Aisya Sofea ni mengisahkan tentang Izzat Hilman @ abang Man dan Siti Mariam @ Mar. Abang Man ni anak angkat makbapa Mar. Abang Man ni rapat dengan abang Omar (salah seorang abang Mar). Dari zaman sekolah lagi Mar memang sukakan abang Man. Tapi kemudian mereka terpisah bila mak abang Man tak suka Mar rapat dengan abang Man. Lagi pun mak abang Man mahu jodohkan abang Man dengan anak saudaranya yang tinggal di Kluang.
Pada masa yang sama kawan2 abang Man memperlekehkan Mar yang masa tu gemuk. Abang Man pun kutuk Mar masa tu dan cakap dengan kawan2nya, Mar orang suruhannya. Kebetulan Mar memang buat apa saja yang abang Man suruh dan sentiasa mendampingi abang Man. Masa tu Mar sangat sedih dan kecil hati. Abang Man kemudian melanjutkan pelajaran dan selepas tu mereka terputus hubungan.
Lepas 17 tahun mereka bertemu semula. Masa tu mereka semua berkumpul di rumah mak bapa Mar. Abang Man terkejut sebab Mar dah tak gemuk dan nampak cantik. Rupanya selama ni Abang Man dah mula berhubung semula dengan abang Omar tanpa pengetahuan Mar. Abang Man jatuh hati dengan Mar. Tapi dalam diam Mar marah dan masih dendam tentang hal dulu. Abang Man bersungguh2 minta maaf dan mereka jadi rapat.
Bapa kandung Mar terlibat dengan ah long. Abang Man jual tanah arwah mak bapa dia untuk langsaikan hutang bapa kandung Mar. Lepas tu dia kahwin dengan Mar. Mula2 Mar tak terima abang Man. Lagipun kak Yah (kakak abang Man) tak suka Mar dan masih nak teruskan wasiat arawah mak mereka yang mahu abang Man kahwin dengan sepupunya Khalidah. Malah kak Yah sengaja bawa sepupunya itu di rumah abang Man semata2 mahu sakitkan hati Mar.
Mar akhirnya dapat terima abang Man sebagai suaminya. Tapi kak Yah masih juga tak suka dia. Mar kemudian keguguran. Anak kak Yah pula masuk hospital dan Mar pula dermakan darah. Lepas tu barulah kak Yah terima Mar. Akhirnya Mar dan abang Man bahagia dan dapat anak lelaki.
Dihujung cerita Novel Uda & Dara-Aisya Sofea ini, ada majlis anak abang Man dan Mar. Tetamu yang datang antaranya bos Mar, En Lukman dan isterinya Farah (watak dalam novel Jendela Hati). Ada juga Adam Mukhriz (sebagai kawan abang Man) dan isterinya Ain Hawani (watak dalam novel Adam Hawa).
Komen ringkas: Novel Uda & Dara-Aisya Sofea ini ok la juga. Saya suka. Cuma sesekali tu rasa bosan juga sebab banyak sangat dialog hero dan heroin. Pula tu asyik cakap hal yang sama aje. Si heroin tak habis2 nak main tarik tali dengan hero. Lagi bosan bila heroin asyik2 kata tak suka hero tapi peliknya dia sentiasa berkepit dengan hero. Lepas tu bagi layan dengan baik sekali dan boleh bergelak ketawa dengan hero lagi. Tak faham saya. Tapi tak faham pun saya baca juga novel ni sampai habis...😺
No comments:
Post a Comment