Sebuah sajak dari pengunjung FB Friends of Captain Zaharie MH370,
Norzuraidah Md Nor
Tanggal 8 Mac 2014
tarikh perkenalan
kutatap wajahmu
di dada berita
cuba aku selami
untuk kukenal dirimu
Kau bukan sesiapa denganku
bukan ayah
bukan abang
bukan adik
bukan juga suami
namun
dirimu dekat di hati
bukan kerana aku cinta
hanya kerana aku mengagumimu
Fitnah datang
bertubi-tubi
dari segenap arah
bagai panah tak bermata
menusuk jiwa
apa dayamu
tak mampu menepis
kerna engkau entah di mana
Kutulikan telinga
tak sanggup mendengar
kubutakan mata
tak sanggup membaca
tuduhan demi tuduhan
yang dilemparkan kepadamu
tidak aku mempercayainya
walau sebesar zarah
Keluargamu terluka
aku juga
pulanglah segera
agar kau bisa bersuara
menyangkal segala cela
yang semakin bermaharajalela
Aku bersama yang lain
yakin dan percaya
kau punya segala jawapan
untuk setiap persoalan
dan segala tindakanmu
berdasarkan akal yang waras
Aku bersama yang lain
yakin dan percaya
nyawamu kau pertaruhkan
demi MH370
Yakinlah
percayalah
Allah sentiasa bersamamu...
No comments:
Post a Comment