Hati merupakan organ
paling utama di dalam tubuh manusia dan merupakan nikmat paling
agung.Pada hatilah terletak niat kita. Sabda Rasulullah:
”Sesungguhnya
dalam diri manusia itu ada seketul daging,jika baik daging itu,makan
baiklah seluruh diri manusia itu.Jika buruk daging itu makan buruklah
seluruh diri manusia itu.Ketahuilah ,bahawa ia adalah hati.”
Kita
perlu menjaga hati supaya tidak sakit dan mati.Jika hati sakit maka
terjadilah gejala-gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda
masyarakat kita hari ini.Hati merupakan amanah Tuhan juga seperti
mata,kaki tangan mulut dan lain-lain.Kita wajib menjaganya dari
melakukan dosa dan maksiat.Hadis Rasulullah S.A.W:
Siapa
yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam,
kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya.
Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak
sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (Riwayat Al-Imam Ibnu
Majah)
Titik
hitam jika tidak diikuti taubat dan istirgfar akan menyebabkan hati
menjadi gelap.Kita akan dapat merasai kemanisan beribadat jika hati
kotor.Ia juga menghalang cahaya iman daripada memasuk hati kita.Dalam
surah al-Baqarah Allah berfirman:
Kemudian
sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras
lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir
sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah
lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh
kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai
daripada apa yang kamu kerjakan.[74]
Tengoklah
perumpamaan Allah berikan kepada kita.Batu pun boleh pecah sebab
patuhkan Tuhannya.Ini merupakan satu sindiran kepada kita,adakah hati
kita lagi keras daripada batu?
Hati boleh mati kerana
1)Tidak mengambil iktibar daripada ujian dan didikan oleh Allah.Dalam surah Az Zumar Allah berfirman:
Maka
kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya
daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang
demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
2)Hati mati sebab tidak diberi makanan rohani seperti berzikir,mendengar nasihat,muhasabah diri,membaca dan tadabur al Quran..
Cara-cara untuk mengubat hati adalah
1Baca
Al Quran dengan maknanya-Al Quran adalah mukjizat yang tiada tolok
bandingnya,juga merupakan ubat segala penyaki.Dengan mengistiqamahkan
diri membaca dan mereflekkan isi kandungan kedalam kehidupan seharian
kita akan menjadikan tidak lalai daripada mengingati Allah.
2)Mengosongkan
perut daripada terlalu kenyang atau berpuasa- Kita dapat merehatkan
hati yang penat bekerja jika kerap makan dan menyebabkan kite lebih
senang untuk beribadat.Rasulullah pernah bersabda:
“Barangsiapa
yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya.
Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah
hatinya”.
Sabda
Rasulullah SAW lagi: “janganlah kamu matikan hati kamu dengan
membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama
tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.
3)Sentiasa
bangun malam beribadat kepada Allah S.W.T-Dapat menjauhkan kita
daripada tipu daya syaitan dan dosa.Memperoleh keredhaan Allah.Kita
4Sentiasa bersama orang soleh. Apabila kita bersama orang baik,kita akan cenderung untuk berbuat baik dan sebaliknya.
Selain
itu,ada juga amalan-amalan sunat lain yang boleh dilakukan.Tambah lagi
amalan-amalan yang ringan.Lazimkan bersedekah,solat sunat duha dan
sebagainya.Solat fardhu juga perlu dijaga.Jangan terlalu laju,ikut
sahaja alirannya.kita sebagai orang Islam,tidak harus lupa
yang kita ada senjata yang agung,iaitu doa.Doa lah banyak-banyak mintak
Allah teguhkan hati di samping meminta kejayaan di dunia dan di akhirat
dan memohon yang terbaik untuk orang yang kita sayangi.Sekian,terima
kasih.
# credit http://usrahwihdah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment