Friday, November 21, 2014

Novel Saya Rindu Awak ~ Kay Erin

Novel Saya Rindu Awak ~ Kay Erin

Assalamualaikum...baru2 ni aku baca novel Saya Rindu Awak ~ Kay Erin ( aku pinjam novel kazen sebelah rumah ). Masa mula2 tengok novel Saya Rindu Awak ~ kay Erin ni aku dah rasa novel ni mesti tak best...mesti boring... maklumlah penulis baru. Aku ada masalah sikit dengan penulis baru ni...susah nak suka. Mungkin sebab dah biasa baca novel2 karya penulis lama macam Anis Ayuni, Dhiya Zafira, Rose Harissa...tu yang dah serasi sampai karya penulis baru, agak lambat untuk masuk dalam hati aku.

Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta... Haha...tulah yang terjadi, Aku jatuh cinta dengan novel ni...Saya Rindu Awak ~ Kay Erin. Sebenarnya bab awal2 lagi, waktu Khairil kali pertama jumpa Dib lagi...aku dah rasa best dan teruja nak baca sampai bab akhir. Banyak dialog yang mencuit hati...monolog yang buat aku gelak sorang2 pun banyak juga. Terutama monolog khairil yang kemaruk habis dengan si Dib tu. Lagi satu aku suka novel Saya Rindu Awak ~ Kay Erinni sebab nama penulis ni cantik KAY ERIN. Aku suka nama KAY, ringkas saja sebutan dan ERIN...mengingatkan aku kumpulan RES2. Sebab tu aku suka nama penulis ni.

Ok, novel Saya Rindu Awak ~ Kay Erin ni mengisahkan tentang Adibah Anis Sofea yang cantik, comel dan manja. Dia ni anak manja jadi kurang tahu buat kerja rumah. Masak pun tak tahu. Tapi bila duduk dengan nenek saudaranya, dia mula belajar buat kerja rumah. Dia duduk rumah Hajah Bie untuk temankan orang tua tu. Khairil cucu Hajah Bie, kali pertama jumpa Adibah, dia terus jauh cinta. Lepas tu rajinlah dia jenguk nenek dia tu. Lama-lama duduk balik di rumah nenek dia tu. Sebelum ni dia dah pindah rumah sendiri. Hajah Bie suka aje kalau Khairil berjodoh dengan Adibah.

Hajah Mona pula nak jodohkan Adibah dengan Zackwan sedangkan Zackwan dah ada Syazira. Adibah tolak mentah2. Zackwan pun sebab dia dah anggap Adibah tu macam adik dia. Merekakan sepupu, rapat lagi. Zackwan kemudia bertunang juga dengan Syazira tapi lepas tu Syzira terbunuh dalam kemalangan. Hajah Mona dan ibu Zackwan tetap nak kahwinkan Zackwan dengan Adibah.

Dalam masa yang sama, Khairil dah bercinta dengan Adibah. Adibah dah dapat kerja di Langkawi. Maisarah kawan sekerja Khairil pula kacau daun. Sampai datang Langkawi untuk minta Adibah lupakan Khairil. Tapi endingnya, Khairil dapat bersama juga dengan Adibah. Macam tulah lebih kurang ceritanya...korang yang suka novel, silalah dapatkan Novel Saya Rindu Awak ~ Kay Erin  ni.

No comments: