Monday, November 10, 2014

Firman juara AF2014

Firman juara AF2014

Assalamulaikum? Hola, blog!

Gila. Macam tak percaya aje Firman juara AF2014. Tapi tulah kenyataannya baru sejam tadi dia dinobatkan sebagai juara AF2014. Haha...cayalah Firman. Tak sangka betullah sebab saingan kan kuat dari Ewal. Sejak AF ni mula episod pertama lagi dah nampak kesungguhan Firman dalam nyanyian. Tapi masa tu memang tak jangkalah Firman akan jadi juara. Dari minggu ke minggu dia memang best tapi undian tak berapa nak cantik. 

Tu sebab tak terfikir pun Firman juara AF2014. Persembahan Firman yang pertama tu (kejoraku bersatu) memang meletop habis. Orang asyik bising bersorak. Maklumlah lagu rock...harus semua orang suka dan tahu nyanyi. Masa tu baru terasa dia ada aura juara. Tapi memang masih rasa dia cuma dapat no.2 atau 3. Saya dah jangka Ewal atau Nuha yang jadi juara. Tapi tup2 Ewal pula no.3 dan Nuha no.4.

Masa ni memang yakin habislah Firman juara AF2014. Pandai aje FBI buat lawak...pemenangnya...dua calon ada man di hujung nama. Hehe....akhirnya sebut juga nama Firman. Memang happy walaupun saya tak mengundi. Cayalah sekali lagi Sabahan yang menang AF selepas Stacy dan Faizul. Hidup Sabah! Hehe...

Owh Aman yang tak tersangka boleh je dapat tempat kedua. Pasal tak jadikan juara je? Hehe...sebenarnya dari awal2 muka Aman nilah yang agak corot dan diharap tersingkir. Tiap minggu harap nama dia disebut tersingkir tapi langsung tak. Tunggu dan tunggu sampai konsert 9 pun tak out lagi. Rupanya sampai juga konsert akhir naib juara pula tu. Padahal persembahan dia tadi langsung tak best pun. Tapi mungkin dah rezeki dia tertulis...naib juara. Redha jelah...

Kesian pula dengan Ewal...padahal penyokong paling ramai. Paling kurang pun dapat no.2 belakang Firman. Tak sangka no.3 pula. Patutnya undian tadi tak perlu tunjuk, biar orang undi aje tanpa tahu siapa tempat terbawah. Ikut undian tu Aman yang last. Tapi sebab nampak Aman last, tu yang penyokong dia upkan undian dia sampai hampir2 jadi juara. Nasib baiklah ramai juga yang undi Firman...kalau tak, dah sah Aman juaranya.

Tadi nampak Zarif. Kesian dekat dia. Saya suka Zarif...tapi sayang takde rezeki kat AF. Dia rapat dengan Firman. Tu yang buat saya minat dia selain suara dan muka dia tu. Apa-apa pun Firman dah jadi juara AF2014...cakap banyak dan komplen itu ini pun dah tak guna sebab AF dah habis pun.


No comments: