Sunday, February 26, 2012

blueberry cafe



mula2 tengok memang rasa best sebab pelakonnya intan ladyana dan aqasha. tak lama2 aku rasa macam tak best pula ceritanya. ending pun entah apa2.. story tentang Ben yang terlalu dikongkong oleh ibubapanya walaupun sudah 26tahun. dia kemudian jatuh cinta dengan melati seorang yang bermaruah tapi kemudian jadi lemah, bapa dikena caci maki pun dia tetap nak kawan dengan Ben juga. makbapa ben kaya, dan terlalu pandang hina pada orang lain.






then, ben dan melati pun lari. ini part yang aku fikir sangat2 'bengong'. lepas tu tiba2 insaf, memang la bagus tp macam tak lojik jer. aku rasa nak ketawa dengar dialog ben-melati masa di rumah api itu. patut makbapa ben yang 'kureng' tu yang insaf. aku memang rasa buang masa betul follow cerita ni dari awal.

lagi satu, tajuk blueberry cafe tu macam tak sesuai jer dengan jalan cerita ini. mati2 aku ingatkan melati akan buka cafe besar dan makbapa ben terkejut beruk melihat melati yang dihina2 tu berjaya jadi usahawan. tapi hampeh...nasib baiklah lokasi telefilem ini sangat cantik.

homestay di melaka...memang cantik...dekat pantai, rumah tu pula kawasannya memang mendamaikan. seronok betul kalau dapat buat rumah dekat pantai macam tu. maklumat lanjut tentang homestay tu klik je http://www.facebook.com/pages/HOMESTAY-KUALA-SG-BARU-MELAKA-SEA-FRONTAGE
credit utk gmbr http://www.budiey.com

No comments: