Monday, January 9, 2012

Kenapa Mak Raihana Tak Suka Dia


Aqasha Dan Ayu Raudhah

Assalamualaikum? Holla, blog!

Bagi yang minat novel Gemersik Kalbu atau tengok dramanya kat TV3, memang tak hairan dengan tajuk entry saya ini. Tapi bagi yang tak tahu, mesti pelik sikitkan. Actually entry ini saya buat lepas tengok carian di blog saya, keyword yang masuk kebanyakannya berkenaan mak raihana dan drama Gemersik Kalbu.

So, saya pun buatlah entry tentang ini. Saya tahu ramai yang tertanya2 kenapa mak Raihana benci dengan dia? Apa lagi lepas tengok adegan2 yang membabitkan mak Raihana dan Raihana dalam Gemersik Kalbu-slot Akasia di TV3. Kalau tak, takkanlah keyword berkaitan tu muncul kat blog sayakan.

Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa mak Raihan (yang dalam drama) tak suka dengan Raihan. Kalau dalam novel, Raihana memang anak kandung. Kebetulan adik Raihana sakit masa tu dan Raihana dijaga oleh datuk dan nenek dia. Hinggalah Raihana sekolah menengah, mak dia nak datang ambik tapi kebetulan tok abah dah meninggal jadi tok mak tak bagi Raihana. Raihana pun tak mahu tinggalkan tok mak sendirian di kg. Dalam novel, setiap kali mak dia pulang, mesti dia ajak Raihana pulang KL dan tinggal semula dengan mereka. Tapi Raihana sendiri tak mahu sebab berjauh hati. Dia rasa mak dia tak ikhlas nak ajak dia pulang. Lepas tu hubungan mereka dingin.

Apa lagi lepas Raihana dengar mak dia mengadu yang tak senang bila Raihana datang ke rumah mereka di KL. Mak dia kata serba tak kena. Dia tak tahu apa yang Raihana mahu. Pandangan mata Raihana menunjukkan dia berdendam dengan mak dia tu. Bila Raihana dengar, dia semakin berjauh hati dan tak mahu datang ke rumah mak dia.



Mak dia pun jauh hati juga sebab dia dah cuba nak berbaik dengan Raihana tapi Raihana dingin dan menjauhkan diri. Lama2 dah jadi macam musuh pula, mak dia dah tak boleh nak berhadapan dengan Raihana. Ok, lebih kurang macam tulah yang saya baca dalam novel Gemersik Kalbu-Anis Ayuni ini.

Pada pendapat saya dan apa yang saya faham...dorang berdua ni pendam perasaan dan salah faham. Sebab salah faham Raihana masih kecil lagi, tak terlerai2 hinggalah dibawa ke alam dewasa. Masalah kecil kalau biar lama2, akan mendatangkan kesan yang besar dikemudian hari kalau tak diselesaikan dengan cepat. Itu yang terjadi pada hubungan Raihana dan emak dia.

Tapi di hujung novel tu, mak dia sakit dan Raihana yang jaga dia kat hospital. Masa raihana jaga tu, ada juga dia mengeluh sebab mak dia cerewet. Tapi atas nasihat umi (mak arwah abang Wan) Raihana sedar dan lepas tu layan mak dia dengan sabar. Lama2 mak dia pun baik dan cakap dalam hati, anak dia dah balik. Lepas tu mak dia cakap ''Mak rindu anak mak."

Ok, dalam drama tu...saya tak pastilah kenapa mak raihana tak suka dia sebab banyak sangat cerita dalam drama tu tak sama dengan dalam novel. Contoh Raihana dalam drama cuma kerja sebagai warden di sekolah anak yatim. Sedangkan dalam novel, Raihana guru sekolah menengah dengan Wan Ariffin. Tapi part yang Raihana kata dia kerani tu, memang ada kat novel wokey...

Lepas tu umi, mak Wan Ariffin tu bukan tauke kantin tapi bekas guru di Layangan. Ada lagi tak sama, Wan Ariffin mati lemas masa aktiviti di sungai dengan pelajar dorang. Tapi dalam drama Wan Ariffin mati kena tikam (rompak). Banyak tak sama, harap2 sangat babak2 yang berkaitan dengan Raihana dan Sufian tak banyak yang diubah.

Tapi sebenarnya, saya tak kisah pun cerita ini tak sama dengan dalam novel. Sebabnya saya tetap puas hati dengan drama ini. Pelakon2nya semua hebat biarpun saya tak berapa suka dengan Ayu Raudhah (aku rasa dia sangat gemuk untuk jadi heroin untuk aqasha...hihihihi)...tapi memang oklah. sesuai sangatlah tu.

Lagi satu saya nak cakap sini, ramai yang kata (saya tengok dalam fan page fb drama ni) pertemuan pertama sufian dengan raihana, masa dia mabuk tu. Tapi sebenarnya tak...Sufian dah pernah tengok Raihana 2 kali, masa kat layangan. Cuba korang baca balik novel tu betul2. Tengok m/s 131-perbualan antara kak Syikin dengan Raihana. Satu lagi tengok m/s 526-Raihana baca diary Sufian. Dah baca? Sufian dah lama nampak raihana kan? Kan? Tapi raihana yang tak perasan masa tu kan dia baru kehilangan abang Wan. Jadi, part mabuk tu kali pertama dia berhadapan dengan sufian. Tapi Sufian, kira pertemuan kali ketiga.

Rasa tak sabar nak pula nak tunggu 7pm, selepas 3 hari tak tengok drama tu. Saya nak stop kat sini dulu, entry sampah saya ini pun dah panjang sangat. Chow dulu.

gambar sumber : google

No comments: