Sunday, January 15, 2012

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe



ni fu ni fa cafe

semalam, kitaorang keluar makan di luar. mula2 tu cadang makan di McD, tapi punyalah ramai manusia di dalam tu. depan kaunter jangan cakaplah...memang penuh pun. tempat letak kereta pun sama. sebenarnya McD baru je buka hujung tahun lepas. kiranya orang2 kat sini, macam 'kebaru-baruan' lah dengan McD...maklum je la, lama mereka tunggu McD buka di bandar ni.

memandangkan McD penuh, kitaorang pun cari tempat makan lain. pusing2 di bandar prima...kat sini memang banyak tempat makan pun. kedai2 pun masih buka walaupun dah lebih 9 malam. mungkin sebab chinese new year dah dekat kan, semua kedai nampak penuh je dengan pelanggan.

selalunya kalau di bandar prima ni, kitaorang biasa makan di restoran nur'ain atau restoran pinggan besar. tapi semalam memang tempat tu penuh juga. pusing punya pusing, akhirnya kitaorang berhenti depan restoran baru 'ni fu ni fa cafe'...mula2 ingatkan ni kedai cina. tengok dari luar pun macam tak menarik. nampak betul macam kedai kopi dulu2...(kopitiam).

tapi dah masuk, baru tahu ni kedai melayu...dalam pun ada juga hiasan ayat2 suci. mungkin hiasan kedai ni memang sengaja guna latar dan warna ala2 kedai kopi lama...macam retro la lebih kurang. nama restoran ni pun agak pelikkan...ni fu ni fa cafe...tapi suka je aku menyebutnya hehehe.



menu macam2 ada...oklah tu, boleh pilih macam2 kan. tapi semalam aku cuma minta milo sejuk tabur, nasi goreng ayam mayonis dan sup daging. mula2 aku minta nasi je...tapi bila tahu sup dia kononnya kaw-kaw....aku pun cubalah. kalau nak tahu, menu yang di oder agak lama baru sampai sebab tukang masak dia seorang je. mungkin sebab nak makanan tu sedap dan rasa sama setiap masa...tu yang guna seorang tukang masak je. tu aku agak2lah...

tapi memang betullah...makanan semua sedap. sup special dia, memang sedap...terasa bahan2nya...tu yang buat aku selera. cuma nasi, aku tak makan habis. bukan sebab tak sedap tapi kuantiti nasi tu terlalu banyak. aku ni bukan kuat makan nasi pun... lagipun sebelum makan nasi tu, aku makan sup dulu. kira dah kenyanglah.

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe

 ~ milo ais tabur

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe

 ~nasi goreng ayam mayonis

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe

~sup daging dan meehon...memang sedap...

apa2 pun aku memang puas hati dengan makanan kat ni fu ni fa cafe ni...nanti lain kali nak makan situ lagi. semalam sambil makan tu layan juga badminton...yehhh lee chong wei menang! lupa nak bagi tahu ni fu ni fa cafe ni kat bandar Prima, berhadapan dengan bandar Indah. Kalau korang datang sandakan, tak tahu nak makan kat mana...pergi je bandar Prima bt 4, banyak restoran boleh pilih. Kat bandar Indah pun sama...banyak restoran dan ada tempat makan satey juga. Secret Resipi dan Old Town White Coffee pun ada kat situ.

lepas makan di Ni Fu Ni Fa Cafe terus pergi fun fair...enjoy jugalah cuma macam boring je...tak ada permainan yang baru. 12 lebih baru balik rumah tapi singgah kejap di McD...tapau. ingat orang dah tak ramai, rupanya tak surut2 pun orang kat situ.

nak tunggu giliran pesan makanan pun punyalah lama. berbaris kereta tunggu giliran...nasib baiklah kaunter tempat bayar dan ambik makanan tu cepat. masalah lambat cuma bahagian pilih menu je... sampai rumah dah 1 lebih, terus makan burger yang masih panas2 tu. lepas tu baru zzzzzzzzzzzz

No comments: