Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang)
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamulaikum? Hola, blog!
Lama saya tak post tentang makanan. Padahal saya rajin juga ambil gambar makanan yang saya masak. Tapi selalu upload kat IG dan FB aje. Kali ni saya rajinkan sikit untuk buat entry di sini pula. Korang tahu tak apa dalam gambar tu? Boleh teka apa dia?
Lama saya tak post tentang makanan. Padahal saya rajin juga ambil gambar makanan yang saya masak. Tapi selalu upload kat IG dan FB aje. Kali ni saya rajinkan sikit untuk buat entry di sini pula. Korang tahu tak apa dalam gambar tu? Boleh teka apa dia?
Tu sebenarnya Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang). Sebenarnya saya tak pasti nama melayunya apa. Memandangkan ianya guna pisang mentah dan tak di masak...jadi saya andaikan sayur ni masuk dalam kategori ulam-ulaman. Tu yang saya memandai-mandai namakan Ulam Pisang Muda. Kalau salah, minta mahap ajelah hehe...
Sayur ni kalau dalam bahasa kaum saya disebut 'tetak pisang'. Kenapa namanya Tetak Pisang? Nanti, korang akan tahu jawapannya lepas baca penerangan saya yang seterusnya. Untuk buat ulam ni kena guna pisang menurung. Pisang menurung ni nama lain dia pisang saba atau pisang sanggar. Cara membuatnya pun ringkas aje...
Ulam Pisang Muda
4 biji pisang mentah (pisang tua tapi belum masak ye)
1 biji bawang merah
3 biji cili padi
Asam secukupnya
Sedikit belacan
Garam
Bahan perasa
Cara membuatnya...
Kupas pisang muda tu, basuh dan mula tetak dari hujung. Dah tetak bolehlah potong2. Nanti jadi potongan kecil2 macam dalam gambar kat atas tu. Dah siap, bolehlah gaul dengan asam, belacan, garam, bahan perasa dan sedikit air. Dah sebati, pecahkan cili padi tu dan gaul bersama ulam tu. Hiris bawang merah halus-halus dan gaulkan juga dalam ulam tu. Ok, dah siap dan sedia untuk dimakan dengan nasi.
Saya memang suka makan tetak pisang @ ulam pisang muda ni...mesti tambah nasi banyak kali. Saya lagi suka makan ulam pisang muda macam ni berbanding sayur pisang yang orang selalu masak lemak tu. Ok, kalau korang nak cuba...silakan. Kalau korang nak campur udang kering pun boleh juga...lagi sedap.
Saya nak bagi tip, kalau nak kupas pisang mentah tu...lap dulu permukaan pisau dengan minyak masak. Nanti takdelah getah pisang tu melekat kat pisau tu. Jari2 korang pun boleh juga oles dengan minyak...senang nak basuh nanti. Lepas je kupas pisang tu terus rendam dalam air. Sementara korang belum tetak...nanti takdelah pisang tu macam lebam. Ok, bye.
No comments:
Post a Comment