novel cinta MOU ~ nurassyi rashid
salam aidilfitri...
masih dalam mood raya lagi. tapi sebab blog dah lama tak update, aku curi masa untuk menaip entry baru. tapi bukan entry terkini...Gaza atau tentang penceroboh di Semporna tu...atau tentang MH17. malaslah nak buat entry pasal tu sebab semua blog lain pun buat cerita yang sama.
tu dah ada gambar kat atas tu, maknanya aku nak cerita pasal novellah.novel cinta MOU ~ nurassyi rashid ni aku beli sebelum puasa hari tu di pameran buku. masa tu aku tak tahu nak beli novel apa, main capai aje...terus baca sinopsis, macam best. tak fikir banyak aku terus beli.
jujurnya aku tak tahulah nak komen apa novel cinta MOU ~ nurassyi rashid ni. nak kata tak best...macam best la juga. tapi nak kata best pun, macam tak best juga. sederhana la macam tu... aku suka nama watak utama tu Chitra. dia miskin tapi pandai dan punya keinginan yang kuat untuk berjaya dan keluar dari kepompong kemiskinan. chitra dan reza tapi kemudian muncul watak firdaus (digambarkan macam eizlan yusof!) lelaki yang sedikit dah tua. chitra terpaksa kahwin dengan lelaki ni dan terciptalah MOU tu. tapi dihujung cerita firdaus meninggal. kesudahannya chitra kahwin juga dengan reza.
“Bila aku kahwin nanti, aku nak pakai gaun kembang yang meleret sampai ke lantai. Aku nak pegang bunga tangan yang sangat cantik. Kemudian, aku lambung bunga tu ke udara. Siapa yang dapat sambut, orang tu akan bertemu jodoh.” Itulah angan-angan gadis bernama Chitra. Ketika itu, wajah Reza Irfan terbayang di ruang matanya.
Ketika angan-angan hampir menjadi kenyataan, Chitra dipaksa berkahwin dengan orang lain. Jika lelaki itu masih muda, tidak mengapa. Tuan Firdaus itu sudah hendak habis tarikh luputnya.
Hatinya ingin menolak, tapi mulut berkata jangan. Disebabkan hutang lama ayahnya, Chitra rela dalam terpaksa. Ayah menarik nafas lega sebab hutangnya dikira selesai. Emak tirinya paling gembira sebab tanggungjawabnya terlepas. Tapi, mengapa dia tak boleh tersenyum? Saban hari dia menangis menyesali takdir yang menimpa diri.
Ah, kalau lelaki itu boleh bermain politik, dia juga tidak mahu menjadi isteri yang dicucuk hidung! Dalam diam, Chitra merangka satu MOU. MOU yang diharap boleh merubah masa depannya.
No comments:
Post a Comment