NOVEL MENCARI MR.CHARMING ~ ANNA LEE
Ini novel baru dalam koleksi aku novel Mencari Mr.Charming-Anna Lee. Baru je beli. Dapat je terus baca sampai habis...hehe. Aku kalau suka memang takkan berhenti selagi tak habis. Macam novel Mencari Mr. Charming-Ann Lee ni aku start baca tengahari, habis pukul 4.10am...sikit lagi nak masuk subuh kat tempat aku (sandakan). Gila tak?
Bab awal, aku dah baca di blog penulis Anna Lee. Dari situ aku terus suka novel Mencari Mr. Charming~Anna Lee ni. cari kat sini, mana nak jumpa. terpaksa jugalah beli online. susah duduk kat bandar yang takde kedai buku besar ni. bila agaknya popular nak buka kedai buku kat sini? Pelik aku bandar kecil macam beaufort pun ada kedai buku besar macam pts tu. sandakan je takde...hurm :(
Ok balik cerita tentang novel Mencari Mr Charming~Anna Lee, macam biasa aku suka watak hero2 dalam cerita ni...Sam dan Fazrin. masa baca di blog aku berharap sangat sam adalah indah water. Aku suka Sam sangat2...aku tak suka Fazrin...tak tahulah kenapa. mungkin sebab dia pelakon. lagipun diawal cerita dia tak suka langsung pada Lara. Selalu kutuk penampilan Lara. Tapi kemudian mereka jadi kawan baik pula.
Aku suka Sam sebab Sam suka Lara. Lara sangat bertuah dapat kerja dengan Sam. Tania pun suka dia. Tapi bila aku dah baca novel Mencari Mr. Charming~Anna Lee, aku mula suka dengan Fazrin sebab jadi kawan baik Lara. Jadi dua2 hero aku suka. Oh ye, aku pun suka juga si Indah Water tu. Pada asalnya aku ingatkan Indah Water adalah hero ketiga. Jadi aku beli novel ni untuk nak tahu siapa Indah Water, dalam hati mesti Indah Water ni yang akan jadi boyfriend Lara. Rupanya takde pun hero ketiga Indah Water adalah Fazrin.
Seronok baca emel Indah Water yang kutuk kaw2 novel Indah Lara. senyum sendiri aku baca chatting dorang kat fb dan kat wall Indah Lara. Masa ni memang geram dengan Indah Water yang suka hentam Indah Lara. masa ni juga aku dah mula sukakan watak Fazrin tu.
Selalunya aku baca novel nak sangat cepat habis untuk tahu endingnya. Tapi novel Mencari Mr. Charming- Anne Lee, aku tak nak pula ianya habis. makin nak habis makin aku susah hati sebab aku rasa best sangat. Sampai tak nak cerita ni berakhir.
Lepas baca novel Mencari Mr. Charming ~ Anna Lee ni, bertambah lagi novelis yang aku suka. Cover novel ni aku suka sebab tak tunjuk muka orang. Aku kurang suka cover novel yang guna model manusia (selalu novel alaf21) ni. Selalu tak menepati ciri2 hero dan heroin dalam cerita tu. Buat orang hilang mood je nak beli. Kan baik kalau guna guna ilustrasi macam cover novel terbitan lain tu...takde pun guna muka model tapi cover dorang cantik dan menarik biarpun simple aje.
sinopsis novel Mencari Mr. Charming ~ Anna Lee yang aku copy paste dari fajar pakeer
Adakah lelaki romantik hanya wujud dalam dunia khayalan wanita?
Indah Lara aka Lara Alisya ,seorang penulis novel cinta yang tak
popular , tetapi mempunyai 'hater' yang tegar bernama indah water .
kehidupan indah Lara Huru-Hara apabila dia kerap menerima e-mel kritikan daripada indah water yang boleh 'membunuh' semangatnya untuk terus menulis.
Indah water, individu misteri yang mempertikaikan setiap karya indah Lara. Dia menyampah Sungguh dengan watak hero ciptaan indah Lara yang terlampau kacak dan romantik . katanya , indah lara tidak berpijak di bumi yang nyata. Lelaki sebegitu memang tak wujud di dunia. Semuanya hanya khayalan .
indah Lara rasa tercabar. Dia yakin lelaki kacak dan romantik memang wujud . Dia akan terus mencari prince charming dan akan buktikan kepada indah water bahawa dia boleh dapatkan lelaki yang romantik seperti yang digambarkan dalam novelnya. sehingga dia bertemu dengan sam , lelaki
yang cukup sempurna di matanya. Lelaki yang membuatkan dia mengalami penyakit.... jatuh cinta pandang pertama !
Tetapi , benarkan sam itu prince charming yang dicari selama ini ? Apakah krateria prince charming ?
Dapatkah indah Lara menjadi penulis yang Berjaya? Berjayakah dia berdepan dengan pembaca dan pengkritik yang cuba hendak menjatuhkannya ? Dan yang paling penting ... siapakah indah water ? Kenapa indah water membenci indah Lara ? adakah indah water itu prince charming yang dicari ?
P/S~ korang peminat novel...silalah beli novel Mencari Mr. Charming ~ Anna Lee ni ye. Best...tak rugi beli pun.
1 comment:
Karya Anna Lee yang saya pernah beli cuma Diari Mrs. Ben. Tapi karya dia sumpah memang best. Stail story telling dan story line dia tak klisé macam novelis lain.
Post a Comment