NOVEL JODOH SEBELAH PINTU ~ DEKNA LEE
Hai, novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee ni aku beli minggu lepas. Tak kenal pun siapa penulisnya...syarikat penerbitan pun nampak baru. Tapi sebab sinopsis belakang novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee ni, macam menarik je, aku terus je beli tanpa fikir banyak. Masuk je dalam kereta, terus koyak plastik pembalutnya dan baca sikit bab depan. Wah! terus rasa best dan tak sabar nak baca. Penulis ni (Dekna Lee) nampak masih muda remaja tapi sangat2 berbakat.
Kira berbaloilah aku beli novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee ni, cerita pun menarik. aku suka Mona dan Bad yang asyik gaduh tu...kelakar betul. Aku sengih sorang-sorang baca part yang mencuit hati melibatkan Bad dan Mona ni. Tapi lepas mereka kahwin, aku kurang sikit teruja sebab takde babak2 kelakar dan gaduh2 lagi. Boring sikitlah... (sorry penulis yang comel). Apa pun aku suka novel ni sebab sangat2 menghiburkan.
sinopsis belakang novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee:
Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang yang tidak pernah dilihat dengan mata kasarnya. Hubungan mereka hanya berlangsung melalui telefon, hanya suara tanpa rupa!
“Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi.
Namun begitu pertemuan pertama yang diatur terpaksa dibatalkan gara-gara terserempak dengan dua orang jirannya yang berperangai seperti hantu, Irfan dan Badrul. Dalam pada berperangai seperti hantu., Mona dikejutkan pula dengan sebuah kenyataan. Bakal tunangnya tidak jauh, terlalu dekat, malahan hanya sebelah pintu! Tapi siapa? Adakah si Badrul Syah yang suka mencari fasal?
“Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Badrul Syah
“Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona.
Atau si Amirul Irfan yang tidak kurang celoparnya?
“Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” ~Amirul Irfan
Pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia.
“Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Airawani
Setelah identiti misteri si tunang terbongkar, hati Mona Airawani mula dibelit perasaan bersalah kerana sering bersikap buruk terhadap lelaki itu. Apatah lagi benih cinta dan sayang cuba disemai sebaiknya demi kebahagiaan mereka berdua di masa hadapan. Namun ada resah kian berbelit dengan kehadiran orang ketiga yang datang mengganggu.
Mampukah Mona dan si tunang dari sebelah pintu melalui cabaran-cabaran yang mendatang? Dan, siapa sebenarnya tunangan Mona Airawani?
P/S~nama Dekna Lee ni mengingatkan aku pada Dekna AF5
No comments:
Post a Comment