NOVEL ATIN, JOM KAHWIN! ~ IFFA ZALIA
Novel kazen ni...aku pinjam je. Baru baca bab 5 hari tu, sampai sekarang belum sambung lagi. memandangkan belum habis baca saya cedok aje sinopsis dari web alaf21. Oh ye, aku tak suka cover novel Atin, jom kahwin ~ Iffa Zalia ni. Tapi model lelaki tu boleh tahan juga...hensem.
Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.
Prinsip Fendi: Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.
Prinsip Fatin: Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.
Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.
Fatin seorang yang ‘happy go lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu?
Edit~21 nov 2014
Aku dah habis baca novel Atin, Jom Kahwin~Iffa Zalia ni. Gila lama betul peram...nasib baik tak basi...hehe. Best juga novel ni, menghiburkan hati dan mengelikan ketiak haha. Fatin tu memang sempoi gila tahap gaban sampai sanggup jadi gila untuk elak dari dikesan ah long. Tapi sebenarnya aku tak suka pun watak Fatin ni sebab sempoi dia macam over sikit. Betul cakap Fendi, Fatin ni normal ke...gila ke...sama aje, perangai tetap gila! Jadi tak perlu berubat pun...hahaha.
Aku suka Fahmi...bagus lelaki ni. Berhati luhur...walaupun cuma anak angkat dan tapi sanggup bayarkan hutang Fatin. Dah tu rahsiakan lagi dari Fendi. Fendi ni yang panas baran...nasib baiklah Fahmi tu jenis pemaaf. Sebenarnya aku penat sangat baca novel ni sebab perangai Fatin yang over sempoi itu. Boring pun ye juga sebab tak ada dialog dia lembut2 dengan Fendi. Apa2 pun, memang terhibur dengan novel Atin, Jom Kahwin~Iffa Zalia ini.
No comments:
Post a Comment