Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

salam aidiladha

sumber : google

salam aidiladha untuk semua...kali ni rasa tak meriah pula kalau nak banding raya puasa. maklumlah kali ni family yang jauh2 tak pulang. apa2 pun moga kita semua gembira dan mendapat rahmat dariNYA yang maha esa. salam aidiladha sekali lagi. kalau dah menjamu selera tu, janganlah lupa untuk menghayati erti korban sebenar..ok, hihihi


Friday, March 11, 2011

aku rindu aidilfitri

kalau ada orang terbaca entry 'aku rindu aidilfitri' ni, mesti orang tu fikir aku ni sot! ya lah kan, sekarang ni baru masuk march, puasa pun jauh lagi. tapi aku sudah buat entri raya! tadi pun aku dengar lagu raya pulanglah nyanyian aishah.



hahaha, tapi betul aku rindu sama aidilfitri...rindu mau makan ketupat, nasi impit dan lemang. makan dengan kuah satey, kari ayam atau rendang daging.


sumber : google


cepatlah masuk bulan ramadhan, tak sabar mahu puasa...mahu buat kuih raya, hias rumah, pasang lampu kelap-kelip. lepas tu jahit baju raya, pasang langsir baru dan sapu laman rumah.



lepas tu...dengar dengar lagu wajib ku tiap kali raya 'kepulangan dinanti-aman shah' dan anuar & elina 'suasana hari raya. sambil2 tu boleh jalan2 ziarah rumah saudara-mara dan kawan2.

memang tak sabar2 mahu tunggu ketibaan hari yang cukup mulia dan menggembirakan tu. lepas ni mahu sambung dengar lagu raya lagi...hahahah, memang sot!