Monday, February 7, 2011

novel warna hati- meen zulaikha


novel warna hati-meen zulaikha

novel warna hati~meen zulaikha ni novel kedua dia aku baca selepas novel 'kasih yang suci'. mula2 tengok cover novel dan sinopsis macam tak menarik je. cover betul2 tak menarik kalau nak banding dengan cover novel kasih yang suci. cover novel kasih yang suci tu bagi aku merupakan yang paling cantik dan menariklah setakat ni. tu pandangan akulah, orang lain tak tahulah pula, kan. lain mata lain kata hati...

novel warna hati- meen zulaikha

novel warna hati~meen zulaikha ni mengisahkan zara lisa yang menghadapi masalah untuk mencari pasangan. kerana didesak oleh ibunya, zara mengikut speed dating untuk mencari pasangan. di sana dia berkenalan dengan erman, lelaki idamannya dan harith seorang lelaki budiman yang menjadi kawan baiknya.

zara kemudian kecewa bila erman tidak serius dalam hubungan. malah lelaki itu juga curang terhadapnya. zara kemudian bertunang dengan jefri. tapi kemudian putus bila zara dapat tahu jefri sebenarnya gay. dia saja bertunang dengan zara semata2 mahu menutup kehidupan tidak sihatnya tu.

zara kemudian menerima harith yang sudah lama menaruh hati padanya. tapi hubungan mereka terputus bila rahsia harith pula terbongkar. harith sebenarnya sudah berkahwin dengan nilam, anak ibu angkatnya. itu sebab menghormati permintaan ibu angkatnya. kebetulan harith juga sayangkan nilam. tapi nilam tidak pernah menerima harith sebagai suami sedangkan harith banyak berkorban untuknya. nilam punya anak, haiqal hasil hubungannya dengan erman.

tapi harith tetap sayangkan haiqal yang sudah dianggapnya sebagai anak kandung. lama-kelamaan, cinta harith pudar dan mereka berpisah. nilam sememangnya sudah lama minta dibebaskan. kemudian nilam sedar dan mahu kembali pada harith tapi harith sudah tidak mahu menerimanya lagi. kebetulan harith juga sudah jatuh cinta dengan zara.

selepas semuanya selesai, harith berjaya juga memujuk zara kembali padanya. happy ending lorr...(^_^)....ini kali pertama aku baca novel tentang dilema seorang gadis yang belum berkahwin. ok juga...lagi satu, aku suka novel ni sebab watak tim tu...penulis betul2 menjiwai watak budak2 pengkid ni. bestlah...kena2 lagi dalam novel ni pun banyak babak yang boleh buat pembaca ketawa sendiri.

bagi aku, antara part yang buat aku tersenyum sendiri masa zara menghadiri speed dating tu...CLK cute little kancil. lagi, masa kak jun dan geng pak imam datang serbu rumah zara dan tim. kelakar sangat sebab tak sangka nama tim 'sayangku fatimah'...hahaha...lagi satu, tahi lalat latipah omar tu...hehehe...luculah.
p/s: kenapa ada farid kamil kat sini? sebab aku terbayang harith macam tu, kulit putih tapi jadi gelap sebab banyak berjemur di laut. lepas tu rambut panjang...berjambang...hmmm, lebih kurang macam gambar farid tu la, serabai...

No comments: