Friday, July 24, 2009

Novel Jika Benar Cinta-Lynn Dayana


Novel Jika Benar Cinta

Assalamualaikum? Holla, blog!

Saya suka novel ni. Plus cover pun sgt2 cantik. Saya suka cara Lynn Dayana buat cerita...santai, banyak gurau2, cinta pun macam imbas2 aje...tak nampak jiwang tapi tetap ada romantiknya.

Ok, novel Jika Benar Cinta ini, mengisahkan tentang Nur Fatin Lisa yang mula berkenalan dengan Aiman, bakal suami Maisara. Maisara merupakan anak auntie zarina, kawan baik ibu Lisa. Lisa mula tertarik pada Aiman sayangnya Aiman bakal berkahwin dengan Maisara. pada masa yang sama Lisa berkenalan dengan Hazriq. membuat dia lupa tentang Aiman.

Aiman pula berkahwin dengan Maisara biarpun Maisara tak menyukainya lagi. Maisara mengandung anak orang lain. tapi Aiman tetap cintakan perempuan itu. Malangnya Maisara meninggal dunia dan anaknya tetap dibela oleh Aiman. Lisa jatuh hati pada Hazriq dan mereka merancang untuk berkahwin tetapi Hazriq terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Masa tu, baru Lisa tahu Hazriq sebenarnya suami orang. Hendak melihat wajah terakhir Hazriq pun tak dapat. Lisa sangat2 kecewa, lebih2 lagi bila isteri Hazriq menyalahkan dia atas perubahan Hazriq selama ini. Dia tuduh Lisa perampas. Lisa sangat sedih kerana semua kawan2 Hazriq dan keluarganya menyalahkan dia. Sedangkan dia tidak tahu langsung status Hazriq selama ini.

Walaupun Hazriq dah meninggal dunia, tapi Lisa tak pun menyalahkan arwah. Dia rajin ziarah kubur Hazriq. Keluarga Aiman dan keluarga Lisa merancang untuk menjodohkan mereka. Aiman tak setuju dan menganggap Lisa sengaja ambil kesempatan menjaga Alini untuk menarik perhatian Aiman. Lisa sangat sakit hati dituduh macam itu.

Secara tak sengaja, Lisa berkenalan dengan Airy. Sebenarnya, mereka sering bertemu di kawasan perkuburan. Tapi cuma memandang dari jauh saja. Tapi Airy memang jatuh cinta pandang pertama dengan Lisa. Aiman pula mula sukakan Lisa, dan melamar Lisa. Secara tak sengaja Lisa pun beritahu pada Airy tentang masalahnya. Kemudian Airy pun lamar dia untuk selamatkan Lisa dari kemelut itu. Akhirnya, Lisa menolak lamaran Aiman dan menerima Airy.

Macam tu lah ceritanya. Kalau nak tahu lebih lanjut carilah novel ini. Saya suka novel ni terutamanya yang melibatkan Lisa dan Airy diawal perkenalan. Mereka cuma kenal dengan gelaran cik Satria dengan encik Perdana. Hahaha...bergeliga betul otak penulis ni, boleh fikir idea macam tu....apa2 pun saya memang suka novel ni. Ok, bye.

No comments: