Tuesday, July 28, 2009

Novel Adam & Hawa-Aisya Sofea

Novel Adam & Hawa-Aisya Sofea

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Novel Adam & Hawa-Aisya Sofea ini antara novel yang best pernah saya baca. Semua kawan2 saya yang baca juga kata best. Tengoklah tepi covel novel saya tu. Dah berlipat2 sebab banyak tangan yang pegang. Biasalah novel best, mesti ramai yang pinjam.

Jalan cerita novel Adam & Hawa-Aisya Sofea ini memang berbeza dengan novel dia sebelum ini cuma saya  perasan Aisya Sofea kalau nak buat novel kebanyakannya hero dengan heroin mesti berpisah lama lepas tu baru jumpa balik. Contoh macam novel 'Kau Untukku' dan 'Sehangat Asmara'. Trade-mark dia agaknya. Tapi oklah, sekurang2nya dapat mengukur kesetian pasangan tersebut.


Saya suka sangat hero novel Adam & Hawa-Aisya Sofea ini. Pilot, macam hero dalam novel 'Manisnya Cinta (Anis Ayuni) terbangkan airbush lagi. Bertuah Ain tu dapat hero macam Am tu. Tapi malang sikit untuk Am sebab dapat Ain yang kepala degil dan mengada2. Nak aje bagi sebijik penampar pada si Ain tu. Mujurlah Am lelaki setia.


Sinopsis novel Adam & Hawa-Aisya Sofea  (belakang novel...nak buat sendiri, malaslah pula. copy paste dari alaf21)

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam pakza dan tanpa rela.


Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?


Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin di simpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.

No comments: