Wednesday, July 29, 2009

novel Jauh-Aisya Sofea


novel Jauh-Aisya Sofea

novel Jauh-Aisya Sofea merupakan novel terawal aku beli. masa ni buku2 semua under karangkraf dan masih muka surat pun agak nipis. harga pun masa tu murah. tapi aku dah lupa harga novel Jauh-Aisya Sofea ni sebab....ada cerita sedih ni...hihihi

apa yang sedih tu...novel aku tu orang pinjam lepas tu buat macam harta sendiri. aku nak minta balik pun, tak tahu macam mana lagi! sampai sekarang aku ingat sangat novel tu. cuma jalan cerita aku dah lupa. maklumlah novel lama, sekitar tahun 99 atau 2000.

tapi yang aku ingat sangat heroin ni ada tunang tapi tunang dia tu jahat sikit suka sangat control dia. mereka pun sering gaduh. then, heroin pergi luar negara tempat ibu saudaranya (tak silaplah). masa kat sana dia berkenalan dengan seorang lelaki yang baik.

lelaki tulah yang sering temankan dan dan bawa dia melawat2 tempat yang best kat sana. lelaki tu syok dengan dia. tapi dia tak layan sangat biarpun memang tersentuh dengan kehadirannya. dia kan dah ada tunang...jahat mana pun dia tetap setia dengan tunang dia tu.

bila dia balik malaysia, hubungan dengan tunang dia tak dapat diselamatkan. putuslah...jawapnya. kemudian, dia jumpa balik lelaki yang kat luar negara tu. then, mereka sama2lah juga.

ha, tu je yang aku ingat. siapa nama hero dan heroin pun aku dah lupa...hehehe...apa pun novel Jauh-Aisya Sofea ini memang oklah kalau nak banding dengan novel aisya sofea yang tajuknya 'gelora jiwa' tu. novel tu aku rasa novel aisya sofea yang kurang perasa!

agak2, ada lagi tak novel jauh-aisya sofea ni dijual ye? kalau harga murah2 aku rasa nak beli juga...nak baca semula.

No comments: