Monday, July 20, 2009

the facts of life

1st entry utk blog ku...aku memang dah lama nak ada blog sebab aku rasa blog ni menyeronokkan. boleh publish apa2 yang kita nak tanpa siapa2 pun nak pantau. bukan macam buku, surat khabar yang kena tapis dengan editor dulu.

dalam dunia blog kita sendirilah yang jadi editor. tapi walaupun tiada batasan, aku tak ada niat nak cakap lepas dalam blog. selagi boleh kawal perasaan...kawallah jangan ikut suka hati nak melepaskan geram dalam blog. nak taip apa pun kena hati2 juga jangan komen sembarangan.

kadang2 kita tak tahu ada ayat2 kita yang menyinggung hati orang lain. tahu sajalah. manusia ni darah je sama merah tapi hati lain2. kalau jumpa pembaca yang happy go luck oklah tapi kalau jumpa pembaca yang sentap, sikit2 nak tersinggung...tu yang susah.

jadi lagi baik berhati2 dalam apa saja yang kita nak publish dalam blog. ops, ini nasihat untuk diri aku...bukan untuk siapa2.


No comments: