Novel Isteri Separuh masa - Suri Ryana
Novel Isteri Separuh masa - Suri Ryana ni aku baca minggu lepas. Ok juga la jalan ceritanya walaupun aku tak suka jenis cerita yang melibatkan adik-beradik angkat yang tinggal serumah lepas tu kahwin. Entah rasa macam geli la sebab kan dah macam adik beradik. Dari kecil sampai besar bersama lepas tu kahwin pula. Uhh, memang tak dapat terima la. Novel Isteri Separuh Masa- Suri Ryana kisahnya macam tu la. Mula aku malas baca tapi sebab boring..aku baca juga akhirnya. Lagi pun aku suka novel yang guna 'aku' sebagai pengerak cerita.
Ok, novel isteri separuh masa~Suri Ryana ni mengisahkan tentang Medina Izwani (nama ni mengingatkan aku pada Chris Medina peserta American Idol's) yang menjadi anak angkat kepada ibubapa Nazrin sejak dia berusia 5 tahun lagi. Sejak dia kecil, Nazrin tak pernah suka pada Medina. Bila dewasa lagilah dia benci sebab Medina bagi tahu pada ibubapa mereka yang bakal tunang Nazrin main kayu 3 dibelakang Nazrin. Family mereka pun tak setujulah Nazrin tunang dengan Zita. Nazrin anggap semua ni berpunca dari Medina yang penyibuk tu.
Medina baru nak spm bila, family cadangkan dia kahwin dengan Nazrin. Nazrin cuba elak tapi sebab nenek dia mendesak, dia terpaksa bertunang juga dengan Medina. Lepas setahun, mereka dikahwinkan. Medina sebenarnya frust juga sebab masa sekolah dia suka dengan Megat Shazril. Nazrin tetap benci dia, dia tak mahu pun jadi suami sebenar Medina. Depan family je mereka jadi suami isteri, belakang masing2 buat hal masing2. Medina ingin berbaik juga dengan Nazrin tapi Nazrin menjauhkan diri, dia belajar di luar negara pun tak mahu bawa Medina. So, Medina sambung belajar di dalam negara saja.
4 tahun berlalu, Medina sudah tahun akhir. Nazrin pula jadi tutorial untuk salah satu subjek yang Medina ambil. Nenek mereka tinggal di rumah Nazrin, terpaksa la Medina tinggal sekali di rumah Nazrin. Mulanya kawan2 Medina tak tahu pun Medina dah kahwin. Medina cuma cakap Nazrin tu abang angkat dia. Macam2 terjadi bila nenek mereka macam sengaja buat Medina dan Nazrin rapat.
Dari hari ke sehari, mereka nampak dah ok. Nazrin pun dah kurang benci pada dia Medina. Zafril pula minat dengan Medina tapi Medina tolak. Zafril selalu hantar bunga pada Medina dalam diam2. Kemudian Zafril bercinta dengan Niza kawan Medina. Nazrin ajak Medina, nenek dan mak Timah ke Bali. Di sana Nazrin jumpa Zita yang ada curang. Sebenarnya selama ni Nazrin tak pernah putus pun dengan Zita. Janji Nazrin, dia akan bercerai dengan Medina dan lepas tu baru kahwin dengan Zita. Tapi Zita curang dengan lelaki lain di Bali. So, Nazrin putuskan hubungan mereka. Masa tu barulah dia menyesal tak percaya kata2 Medina dulu. Nazrin pun berbaik secara rasmi dengan Medina. Mereka pun jadi suami isteri yang sebenar.
Hubungan mereka ok hinggalaha Medina kena culik oleh Zafril. Rupanya Zafril tu adik Megat Shazril. Zafril ni balas dendam dengan Medina. Dia gunakan Niza untuk culi Medina. Sebenarnya Megat shazril dah mati bunuh diri. Dia telan ubat dengan banyak gara2 frust Medina kahwin dengan Nazrin. Masa ibubapa Megat ke hospital, mereka kemalangan. Tinggallah Zafril seorang. Itu yang buat dia salahkan Medina dan nak balas dendam. Nasib baik polis datang, Medina dan Niza selamat. Zafril kena tangkap. Endingnya, Medina dah konvo..dia dan Nazrin pun dah ada anak nama Nawra Mariss. Niza kawan dengan Aliff.
Komen ~ Masa aku baca novel ni asyik terbayang je muka Nomad ( tetap menantimu...). Lagi, aku teringat filem Korea My Little Bride. Terutamanya bab Nazrin jadi tutorial tu. Lepas tu dalam cerita korea tu pun yang paksa kahwin nenek dia juga. Lebih kurang macam dalam novel ni la juga. Tapi novel isteri separuh masa~Suri Ryana ni memang ok la juga, kalau korang nak beli. Agak2nya novel ni akan di buat adaptasi drama tak? Bukan apa, sejak akhir2 ni novel jadi drama semakin menjadi2, kan. Ok juga la kalau novel ni dibuat drama.
credits to http://loseweight-chaiyok.blogspot.
2 comments:
kakak..ada x bt novel sendiri??
assalamualaikum akak , akak beli kat mna tu novel ? :)
Post a Comment