sumber : google
Sebahagian orang menganggap berhutang itu adalah perkara biasa, ringan dan mudah sehingga mereka berani berhutang semaksima mungkin tanpa memikirkan dengan sungguh-sungguh mengapa perlu berhutang dan kesan daripadanya tidak mampu untuk membayar pada masa yang ditetapkan.
Dalam hal hutang ini, Rasulullah SAW sangat tidak menyukai orang Islam yang berhutang. Sebab hutang itu adalah merupakan kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari. Justeru itu Rasulullah SAW selalu meminta perlindungan kepada Allah dari berhutang. Doa Baginda itu berbunyi yang maksudnya:
"Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada dilanda hutang dan kekuasaan orang lain." (Hadis riwayat Bukhari).
Apabila Rasulullah SAW ditanya mengapa Baginda banyak meminta perlindungaan daripada berhutang, Baginda menjawab Maksudnya: "Kerana kalau seseorang itu berhutang, apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia mungkir."
Kewajipan membayar hutang itu tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Oleh sebab itu Islam mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap hutang piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.
Berdasarkan hakikat ini, Islam menasihatkan setiap muslim agar menghindarkan diri daripada berhutang kecuali kerana sangat memerlukan. Kalaupun dia terpaksa berhutang, dia hendaklah berniat dan berazam untuk membayar hutang berkenaan. Bukanlah dengan sewenang-wenangnya berhutang. Apatah lagi jika berhutang dengan niat ingin menangguh-nangguhkannya. Akan lebih jahat lagi jika tidak membayar hutang berkenaan.
Rasulullah SAW ada menjelaskan dalam sebuah hadis yang maksudnya : "Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakan dia." (Riwayat Imam Bukhari).
Menurut ajaran Islam, hutang itu wajib dibayar dengan segera. Orang yang berniat tidak akan membayar hutangnya adalah melakukan dosa besar. Ibn Hajar al-Haithami Rahimahullah dalam kitabnya Al-Zawajir menyebutkan bahawa dosa besar yang kedua ratus lima dan dua ratus enam ialah : "Orang yang berhutang dengan niat tidak akan membayarnya atau berhutang dengan tidak ada harapan untuk membayarnya sekira-kira dia tidak terpaksa sangat untuk berhutang dan tidak ada baginya suatu jalan nyata yang membolehkan dia membayar hutangnya dan orang yang memberi hutang pula tidak mengetahui hal orang berhutang itu."
Menurut kenyataan dalam sebuah hadis, orang yang enggan membayar hutang itu dianggap sebagai pencuri. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Sesiapa juga yang berhutang dan dia bercita-cita tidak akan membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai pencuri." (Hadis riwayat Ibn Majah dan Baihaqi).
Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Thabarani dalam Al-Saghir dan Al-Awshat dengan sanat perawi-perawinya yang tsiqah menyatakan bahawa orang yang enggan membayar hutang telah menipu sehingga dia mengambil wang dan harta orang yang menghutanginya. Jika dia mati dalam keadaan dia tidak membayar hutangnya, dia akan menemui Allah sebagai seorang pencuri.
Imam Ahmad, Al-Nasa’i dan Al-Hakim yang mensahihkan riwayat daripada Abu Sa’id Al-Khudriy RA yang maksudnya : "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Aku berlindung dengan Allah daripada kekufuran dan hutang. Lalu berkata seorang lelaki : " Wahai Rasulullah! Adakah setanding hutang itu dengan kufur?" Sabda Rasulullah SAW : "Ya!"
Dari itu, selaku orang-orang yang beriman, jika kita berhutang hendaklah dijelaskan kepada orang yang memberi hutang supaya kita terhindar daripada segala kemurkaan Allah Subhanahu wataala dan balasan buruk kerana menanggung hutang sepertimana yang diterangkan di atas.
credits to http://rosnizarzakaria.blogspot.com

No comments:
Post a Comment