Showing posts with label sinopsis penuh novel manisnya cinta. Show all posts
Showing posts with label sinopsis penuh novel manisnya cinta. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Novel Manisnya Cinta akan difilemkan

Assalamulaikum? Holla, blog!

Saya baru baca lama Harian Metro tadi. Godek2 berita yg lepas2 terbacalah berita tentang Fazura. Ada cerita tentang Fazura yang bakal buat penggambaran di Turki dengan Shahziey Sam untuk filem Manisnya Cinta. Diulang filem MANISNYA CINTA. Sejak tahun lepas saya ternanti2 siapa yang bakal jadi hero filem ini sebab dari tahun lepas memang dah tahu Fazura yang dapat watak Ifti. Kat bawah ni petikan dari berita Harian Metro tu. Nak baca semua berita tu klik SINI

Selain drama Kisah Cinta, Fazura bakal terbang ke Turki April ini bagi
menjayakan filem Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly di mana dia sekali lagi disatukan bersama Sam. 
"Saya teruja untuk berlakon di bawah arahan Bernard, saya tahu dia seorang yang bagus lagipun sejak tahun lalu lagi dia sudah menawarkan saya watak dalam filem Manisnya Cinta jadi rasanya tidak salah untuk saya mencuba," katanya.

Kalau ikutkan saya tak berapa suka pun Sam jadi Nazmi tapi sebab nak belajar 'berlapang dada' saya okkan aje. Walaupun rasa dia tak ngam berlakon cintan2 tp oklah, muka dia pun memang muka panggungkan. Maksud saya, banyak filem lakonanya yang pecah panggunglah gitu. Jadi haruslah dia terpilih sebab dia dah ada pengikut tersendiri. Biasanya filem dan drama berbeza. Tak semestinya pelakon drama yang meleTOP tu buat filem pun akan meleTOP juga. Pelakon filem dan drama ada kelas tersendiri.
Saya pun ada tengok di fb penulis novel ini, ada gambar meeting tentang filem Manisnya Cinta. Sam dan Fazura pun ada sekali dalam tu. Nak tgok gambar2 di fb penulis novel manisnya cinta, klik SINI 

Kalau siapa belum pernah baca novel manisnya cinta ni, klik SINI untuk baca sinopsis penuh novel Manisnya Cinta-Anis ayuni. Saya suka novel Manisnya Cinta. Harap2 sangat filem Manisnya Cinta pun akan best juga. Biar meleTOP macam Ombak Rindu. Agak2 filem ini ada ost tak macam Ombak Rindu? 

Sunday, July 26, 2009

Novel Manisnya Cinta-Anis Ayuni


Novel Manisnya Cinta-Anis Ayuni

Masa novel ini baru2 keluar, saya sikit pun tak tertarik nak beli sebab sinopsisnya kurang menarik. Lepas tu dengan nama hero dia Alfredo lagi. Terus rasa tak best. Tapi bila my sis kata novel ini best (dia baca novel kawan dia), saya pun terus beli novel ini. Lepas baca saya memang puas hati sangat.

Novel Manisnya Cinta mengisahkan tentang Ifti Liyana yang bercinta dengan Alfredo. Alfredo ni anak kawan baik mak Ifti. mak ifti dan mak alfrredo memang sudah lama berhajat untuk berbesan. tapi dalam diam2 Alfredo curang. Ifti kemudian kawan dengan Nazmi yang dikenalinya  di McDonalds masa bawa anak2 saudaranya.

Izelea adik Ifti bertunang dengan Syahril, mereka nak kenalkan Ifti dengan kawan Syahril tapi Ifti tak mahu. Masa majlis tu juga ada sorang makcik dari rombongan Syahril yang ramah berbual dengan Ifti. Makcik tu tertarik tengok Ifti yang tak berenggang dengan anak2 saudaranya.

Satu hari tu ifti terjumpa Nazmi di pasaraya, Nazmi nampak selekeh dengan tshirt dan jeans lusuhnya. Ifti pelik juga tapi dia tetap layan Nazmi juga. Ifti ikut rakan sekerjanya bercuti di Janda baik. Ifti terkejut bila Nazmi pun datang bercuti di situ. Nazmi join kumpulan Ifti. Ifti mula senang dengan Nazmi.

Bekas abang ipar Ifti, Bakthiar pula bercadang nak kahwin dengan Ifti. Keluarga mereka pun setuju sebab Ifti memang rapat dengan anak2 saudaranya. Bakhtiar tu suami arwah kakak Ifti. Tapi Ifti tak suka. Ifti bercuti di Cairo dan terserempak dengan Nazmi. Ifti hairan tapi malas nak fikir sebab dia nampak Nazmi dengan perempuan2 cantik. Masa di Cairo juga Nazmi sempat luahkan cintanya pada Ifti.

Bagaimana kesudahan kisah ini? Adakah Ifti sudi menerima Nazmi? Dan siapa Nazmi sebenarnya? Korang kenalah cari novel ini. Saya penat nak cerita panjang2. Ok, bye.