Thursday, February 3, 2011

khasiat ubi kentang


gambar sumber : google

RASANYA yang enak menjadikan ubi kentang diterima dan disukai oleh kebanyakan masyarakat dunia. Terdapat beratus-ratus jenis ubi kentang yang tumbuh di serata dunia adalah dari keluarga Solanaceac seperti terung dan tomato.

Tumbuhan yang berasal dari Bolivia dan Peru ini mula ditanam sejak tujuh ribu tahun dahulu. Ia menjadi bahan penting dalam masakan Eropah sejak orang Sepanyol membawa keluar dari negara Amerika Selatan itu.

Ubi kentang kini ditanam secara besar-besaran terutamanya oleh peladang di Amerika syarikat. Ini kerana ianya mempunyai pelbagai khasiat untuk penjagaan kesihatan.

Ubi kentang kaya dengan kandungan potassium, vitamin C, karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah.

Selain itu, ia juga mengandungi protien, zat besi, vitamin B1, B2 dan B3. Ia mempunyai kandungan potassium yang jumlahnya dua kali ganda daripada buah pisang.

Manakala jumlah lemaknya pula di bawah para 25 peratus. Ubi kentang sangat sesuai bagi mereka yang mengalami kekurangan gula dalam darah yang menghidap darah tinggi.

Di dalam pembentukan zat besi di dalam darah, ubi kentang adalah merupakan sumber yang terbaik. Ia juga adalah merupakan sumber yang mampu menjamin sistem ketahan badan kerana kandungan vitamin dan kalsiumnya tinggi.

Kandungannya juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ianya lebih berkesan berbanding kacang soya. Manakala kulit ubi kentang kaya dengan clorogenic polypherol iaitu ianya dapat membantu mengelakkan daripada mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.

Satu kajian yang pernah dijalankan mendapati hirisan ubi kentang mentah dan jusnya boleh membantu seseorang mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Hirisannya juga boleh melegakan kesakitan seperti pada urat atau tergeliat, kebakaran ringan dan luka-luka kecil dengan melekapkannya di atasnya.

Sos ubi kentang dikatakan boleh mengurangkan luka, mengurangkan kesakitan, mengelakkan jangkitan dan pencemaran bakteria. Manakala parutannya yang diletakkan di bahagian mata dikatakan mampu menghilangkan bulatan hitam pada mata (dark circles). Apabila paruatan itu dicampurkan bersama krim putar, ianya mampu untuk melambatkan kedutan pada muka.


credits to http://dmoshimoshi.4.forumer.com/a/khasiat-kentang_post862.html



kentang goreng

perhatian, ini bukan blog masakan ye! saja je aku upload gambar2 ni bagi memeriahkan blog. lagi pun entry dengan gambar lagi menarik berbanding yang tak letak gambar, kan. lagipun, ini salah satu, antara perkara yang aku buat sepanjang hari kemarin.


masa ni tiba2 perut lapar tapi malas nakk makan nasi sebab dah makan mee goreng awal2 pagi tu. rasa nak makan snek...tu yang aku pun gorenglah kentang. nasib baik juga kentang segera yang dibeli sabtu lepas masih berbaki lagi. kalau tak, mesti goreng ubi kayu je.


hahaha...snek ubi kayu! sedap apa, ubi kayu pun banyak khasiat...itulah makanan asasi penduduk malaysia masa zaman jepun dulu. jangan main2..! khasiat kentang goreng apa pula ye? hmm, sebenarnya..aku pun tak tahu (tahu bedal je...) tapi mungkin tak berapa baik sebab berminyakkan. biasalah kalau makanan2 berminyak ni mana ada yang baik untuk kesihatan, kan.

Wednesday, February 2, 2011

Novel Gemersik Kalbu-Anis Ayuni

Novel Gemersik Kalbu-Anis Ayuni

Assalamualaikum? Holla, blog!

Novel Gemersik Kalbu-Anis Ayuni salah satu novel Alaf21 yang saya suka. Cover cantik dan cerita pun best. Boleh dikatakan semua novel Anis Ayuni yang saya baca memang best semuanya. Tak baca sinopsis pun dah tahu best. Novel ini juga antara novel Anis Ayuni yang paling tebal.

Novel Kemersik kalbu-Anis Ayuni ini mengisahkan Raihana seorang guru di kg Layangan. Di sana dia berkenalan dengan cikgu Wan. Kemudian jatuh cinta dan bertunang. Mereka banyak merancang tentang kehidupan mereka termasuk membina rumah impian mereka.

Malangnya, abang Wan meninggal dunia kerana lemas di sungai sewaktu aktiviti dengan pelajar. Raihana kecewa dan sukar untuk melupakan abang Wan. Dia sering ke kubur untuk membacakan yassin. Kemudian, muncul cikgu Syikin yang baru mengajar di sekolah itu. Mereka jadi rapat dan sama2 menyambung pelajaran di IPT.

Raihana kemudian bertemu dengan Sufian anak auntie Zarina yang juga ibu saudara cikgu syikin. Sejak mula2 lagi Sufian sudah jatuh cinta dengan Raihana. Pelbagai cara dia guna untuk cuba memikat hati Raihana tapi Raihana masih setia pada cinta abang Wan.

Demi untuk dapatkan Raihana, Sufian perangkap Raihana. Raihana pun tertipu dan setuju kahwin dengan Sufian. Raihana kemudian cemburu bila Sufian ada hubungan dengan perempuan lain. Masa itu barulah dia sedar dia sayangkan Sufian. Sebenarnya Sufian tu baik dia buat macam tu sebab nak sedarkan Raihana.

Lebih kurang macam tulah ceritanya. Banyak babak2 menarik antara Sufian dan Raihana. Saya paling suka masa Raihana kira berapa cucuk lidi satey yang Sufian letak depan pinggannya, lepas tu dalam hati raihana cakap...'kuatnya dia makan satey' hahaha. Suka sangat part tu. Lagi satu masa Sufian tiba2 datang masa sekolah buat hari terbuka. Semua pelajar suka dengan sufian.

Kalau cakap pasal Sufian dalam novel Gemersik Kalbu, memang tak kan habis2 sebab boleh dikatakan semua tentang sufian saya suka. Cerita abang Wan, saya tak berapa suka. Saya  suka sufian aje. Yang belum baca novel Gemersik Kalbu, cepatlah beli. Tak rugi beli sebab jalan cerita memang best sangat. Ok, bye.

solat

Solat adalah suatu terapi yang baik buat manusia. Sesuatu yang baik tidak terhasil dengan perlaksanaan yang sambil lewa. Kebaikan berbuah daripada kesungguhan dan keikhlasan. Lakukanlah solat wajib tanpa melupakan yang amalan yang sunat sebagai ibadah sampingan. Intipati di dalam ibadah solat sebenarnya sudah mencukupi untuk mengubati perasaan dukacita, resah gelisah dan sebagainya. Hal ini kerana, bacaan dan doa yang terdapat didalamnya sekiranya dihayati, amat-amat menginsafkan diri.

Perlu diingat, bahawa resah gelisah boleh jadi datang daripada dosa kita. Apabila solat kita mampu menginsafkan diri, maka, InsyaAllah, ketenangan pasti hadir. Kebahagiaan pasti berbunga dan kehidupan pasti lagi indah dan mudah.

Lakukanlah qiyamulail dengan melaksanakan solat taubat, tahajjud dan ibadah-ibadah lain. Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam hadis sahih, antara lain maksudnya ialah, bahawasanya, sekiranya seseorang hamba bangun malam, lalu mengingati Allah (samada lisan atau hati), kemudian berwudhuk dan melakukan solat, dengan izin Allah, ia akan menjadi bersemangat dan bersih jiwanya. Kebersihan jiwa mampu menghilangkan gundah di dalam dada. InsyaAllah.


credits to http://nurtaufiq.wordpress.com


Tuesday, February 1, 2011

kembali ke dunia blog

setelah lama bercuti dari blogging, akhirnya aku kembali juga ke dunia yang paling aku minati ni. sebelum ni, di sini...aku punya blog yang cukup aku sayang tapi sebab rasa malas nak update, aku tinggalkan macam tu je...gantung tak bertali...hehehe

sepanjang masa tu, dunia maya ku cuma di fb...aku boleh dikira sebagai fb tegar juga. but lama2 aku sedar, dunia fb tak seindah dunia blog. makin lama aku rasa tak selari dengan jiwa ku yang sedikit sensitif pada semua perkara yang berlaku di sekeliling.

ada rakan2 fb yang menjadikan isu2 semasa atau kejadian2 menyedihkan sebagai bahan perbualan santai yang tidak kemana...dan lebih teruk perkara tersebut dijadikan bahan gurauan semata2. mungkin tidak semua begitu...segelintir sahaja. masih ramai yang mengunakan fb sebagai laman sosial untuk berniaga, ini yang aku suka. disamping mencari kawan lama dan baru, dapat juga mempromosikan perniagaan atau page kebajikan dan sebagainya.

lagi satu sebab kenapa aku kembali ke dunia blog...aku suka meluahkan perasaan suka atau duka berkaitan dengan masalah2, isu semasa dan apa2 saja. dengan blog, aku bebas beri apa saja pendapat (tapi jangan lebih2, nanti kena saman pula). selalu, aku tiada tempat untuk menyalurkan segala pandangan ku. dengan blog....segalanya BOLEH.

biarpun tiada sesiapa yang membacanya, aku tak kisah...asalkan diterbitkan di blog ini, sudah cukup untuk memberi kepuasan. lagi pun aku menulis bukan kerana nama...cuma suka2 untuk diri sendiri...disamping merakamkan apa jua aktiviti seharian...mana tahu, esok2 dah nyanyuk, bolehlah aku baca jurnal ini untuk mengembalikan ingatanku...