Monday, May 10, 2010

Novel Sanubari Pujaan-Afni Sari


Assalamualaikum? Holla, blog!

Novel ini salah satu gift dari alaf 21 yang saya terima beberapa hari yang lepas. Baru hari ni ada peluang membacanya, karya penulis baru Afni Sari. Novel ni mengisahkan Kauthar yang menyimpan hati pada Adam Lutfi.

Tapi Adam pula bertunang dengan Nadiha adik kepada teman baik Adam. Selepas berkahwin, Adam mula sedar yang Nadiha bukan seorang yang baik. Kauthar pula mula rapat dengan Karl. Mereka kemudian bertunang tapi kemudian putus gara2 Adam kembali meraih cinta Kauthar selepas bercerai dengan Nadihah. Tapi akhirnya Kauthar sedar Karl yang banyak membantu dia dan adik-beradiknya, mereka akhirnya berbaik semula.


Jalan cerita, biasa2 saja dan kalau nak bandingkan dengan novel2 penulis yang dah lama macam Anis Ayuni atau Aisya Sofea. Tapi untuk penulis yang baru menghasilkan karya, novel ini kira dah cukuplah untuk bersaing dengan novel2 yang sedia ada. Ok, bye.

Sunday, May 2, 2010

Novel Cinta Edis Terhad-Lynn Dayana



Assalamulaikum? Holla, blog!

Saya baru aje habis baca novel ini. Suka sangat cover novel ini sebab berlatar belakangkan gunung kinabalu. Tajuknya pun lain dari yang lain Edisi Cinta Terhad. Tapi Lynn Dayana memang suka letak tajuk yang macam tu. Sebelum ini pun tajuk novelnya Tarikh Luput Cinta. Itu yang saya rasa tertarik baca novel lynn dayana sebab tajuk lain dari yang lain.

Novel ini memuatkan 3 kisah perempuan yang masing2 ada masalah. Zira, Haida dan Julia. Mereka terperangkap dalam runtuhan bangunan dan dari situlah mereka berkawan baik. Zira seorang yang berkerjaya tapi agak kesepian kerana tidak punya keluarga. Haida pula berhadapan masalah dengan tunangnya Fariz. Julia pula sudah bersuami tapi suaminya curang.

Qairil muncul dalam hidup Zira, tapi Zira sedaya upaya menolak kehadiran Qairil. Dalam masa yang sama Qairil sebenarnya sudah punya teman wanita. Masa Zira tahu barulah dia rasa sukakan Qairil. tapi kemudian Qairil memutuskan hubungan dengan teman wanitanya sebab perempuan itu terlalu cemburu. Malah dia hampir mencederakan Zira. Dia juga sanggup menyaman Qairil dan Zira.Qairil kemudian cuba meraih cinta Zira tapi Zira tak layan.

Haida pula sudah berbaik dengan Fariz. Kemudian ada seorang lelaki yang cuba membunuh Fariz. Malah lelaki itu sudah membunuh suami Julia, Hairul. Hairul mati terbakar dengan teman wanitanya. Sebelum hal itu terjadi lelaki misteri itu ada menghubungi Julia. Malah sebelum Fariz diculik, lelaki misteri itu juga menghubungi Haida. Dia juga menghubungi Zira. Atas nasihat Qairil, mereka melaporkan hal itu kepada polis. Fariz selamat biarpun cedera parah.

Akhirnya lelaki misteri itu sudah tertangkap. dia sebenarnya sama2 terperangkap masa runtuhan bangunan dulu. Dia sebenarnya sakit jiwa. Sebelum itu dia juga sudah membunuh seorang jururawat. Zira mula sedar dan menghargai kehidupan. Dia akhirnya menerima Qairil. The End...

Macam tu lah ceritanya. Saya sebenarnya suka kisah Zira dan Qairil aje. Lain2 saya tak layan sangat, sekadar baca aje. Tapi bab Qairil dan Zira, saya memang baca banyak kali terutamanya masa mereka daki gunung kinabalu tu. Lagi pun saya suka cara lynn dayana menulis kisah cinta dalam setiap novel2nya. Ringkas saja tanpa banyak kata2 cinta tapi padat dengan perhatian dan tanggungjawap seorang lelaki terhadap perempuan.

Oh ya, ini novel lynn dayana yang ke3 saya baca. Saya memang mula menyenaraikan lynn dayana sebagai salah seorang penulis yang saya  minat selain Kreisya Reisya, Anis Ayuni, Umi Azrini, Dhiya Zafira dan Meen Zulaikha. Ok, bye.