Saturday, December 25, 2010

belajar bahasa jepun

perbualan dalam bahasa jepun

Ohayou gozaimasu-selamat pagi
Konnchiwa-selamat tgh hari
Konbanwa-selamat malam
Oyasuminasai-selamat mlm(diucapkan sblom tido)
Tadaima-sy dh balik
Okaerinasai-slmt pulang
Itadakimasu-diucapkan sblom makan
Gochisousamadeshita-diucapkan slps makan
Irasshaimase-slmt dtg
Ittekimasu-sy pegi dulu dan akan pulang
Wakarimasu-sy faham
Wakarimasen-sy x faham

nombor dalam bahasa jepun

ichi = satu
ni = dua
san = tiga
yon/si = empat
go = lima
roku = enama
shichi/nana = tujuh
hachi = lapan
ku/kyuu = sembilan
juu = sepuluh

juu-ichi = sebelas
juu-yon = empat belas
juu-roku = enam belas

nii-juu = dua puluh
hachi-juu = lapan puluh

hyaku = seratus
ni hyaku = dua ratus
san-byaku = tiga ratus
roppyaku = enam ratus
happyaku = lapan ratus

p/s: lepas ni bolehlah selit 2,3 perkataan dalam bahasa jepun bila nak cakap dengan kawan2...hahahah


sumber : google

Friday, December 24, 2010

kisah nabi sulaiman dengan seekor semut


gambar sumber : google
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut:
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


credits to http://tazkirahs.blogspot.com


Thursday, December 23, 2010

belajar bahasa korea

ini sebab tengok drama2 korea lah punya pasal sampai aku pun berminat nak belajar bahasa korea. alaa, belajar dua tiga patah perkataan je. kira ok la tu...dari sepatah haram tak faham kan..hihihi. aku google2 terjumpa juga web yang ada ajar bahasa korea ni.

네.(예.)
[ Ne.(ye.)]
Ya.

아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.)

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo.

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar.

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal.

안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan.

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang.

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih.

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.)

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.)

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa.

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Pergi Dulu.


sumber : google