Lamanya saya tak buat entry baru. Entry terakhir saya buat pada 9.10.2016. Lamanya... Sejak oktober 2015, saya memang dah mula malas nak update blog. Update oktober 2016 dengan tekad nak aktif berblog semula. Tapi tekad hanya tinggal tekad. Saya kembali dengan perangai malas nak mengupdate. Saya sempat terfikir nak padam blog ini tapi rasa sayang pulak.
Sebenarnya saya rindu nak aktif berblog seperti dulu2. Masa tu saya belum ada smartphone lagi. Bila dah ada smartphone, mulalah masa saya habis dengan mengadap bermacam2 aplikasi yang saya download dan install di smartphone. Facebook, WhatsApp, Wattpad dan Instagram...memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Kebetulan rumah saya pun ada wifi, mudahlah untuk saya melayari semuanya. Dulu zaman berblog, saya guna broadband aje. Laptop pun tak ada. Saya guna PC dengan CPU yang selalu hang. Tapi masa tu, dah cukup bersyukur dan rasa heaven.
Waktu tu saya memang rajin berblog. Rajin cari apa2 peraduan. Tapi bila dah ada smartphone, saya terus malas nak berblog lagi. Cuma akhir2 ini, saya mula rasa rindu nak berblog macam dulu. Sebab itu saya mula buka blog ini semula (sebelum ni saya memang dah tutup blog ini). Kali ini saya bertekad semula untuk update sekerap yang boleh, insyaAllah.
Saya juga nak mengembalikan semangat menulis saya...tulis apa yang ada dalam hati dan fikiran sendiri. Menulis bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri sendiri. Saya juga berniat untuk kongsi sesuatu yang bermanfaat di blog ini. Sebelum ini saya banyak kongsi rencana tentang agama dan motivasi. InsyaAllah selepas ini saya akan kembali share apa2 saja info, tips dan rencana yang menarik dan berguna.