Tuesday, April 26, 2011

kad kahwin zed zaidi

hola...lama juga aku tak update blog, malas sebab line internet tempat aku tersangatlah lajunya mengalahkan kelajuan siput merayap! tapi tadi aku tiba2 buka lappy dan terus google 'setelah kau tiada' drama yang aku baru tertengok pagi tadi di tv1. drama tu lakonan intan azura dan zed zaidi. google punya google terjumpa pula kad kahwin zed zaidi ni...kreatif lah juga, kan.



kad kahwin zed zaidi



kad kahwin zed zaidi

ni ala2 facebook sebab mereka jumpa melalui fb juga. ini sebagai mengenang saat mula2 perkenalanlah ni. hmmm, tak sangka pula ada yang bertemu jodoh dalam fb...artis pula tu... agak2 kalau jumpa dalam kapal terbang, bolehlah buat kad kreatif macam kapal terbang juga...hehehe...

gambar sumber : google


Friday, April 22, 2011

bandar lahad datu



sudah lama aku tak jejak kaki di bandar lahad datu. hari ni berpeluanglah jalan2 di sekitar bandar kecil yang kelihatannya padat dengan orang ramai. rasa bandar ni sempit, orang ramai tapi kawasan macam terhad. nampaknya pihak2 berwajib perlu buat bancian semula untuk seimbangkan pembangunan dengan kepadatan penduduk daerah ini.




ini antara rumah2 yang terdapat di sepanjang jalan sebelum sampai bandar lahad datu. banyak rumah cantik2...tapi yang paling menarik minat aku...4 rumah inilah.




ini dah dekat nak masuk bandar. masa ni singgah kat stesen minyak cari toilet sambil cari tempat car was. maklumlah masa dalam perjalanan hujan, lepas tu panas...habuk melekat, nampak kotorlah pula. tak salah2 kereta dari tongod or penangah...hehehe.







banyak jalan yang sedang dalam pembinaan. kawasan perumahan, bangunan pun banyak yang sedang dalam pembinaan. wah, mesti lepas dah siap semua bandar lahad datu akan berubah wajah.




ini di bandar sri perdana. ikut nama macam tempat mewah je...tapi tengok macam biasa lah juga. mungkin sebab belum siap sepenuhnya. kawasan ni banyak restoran, tu sebab kitaorang pusing2 cari tempat makan di bandar ni.




menu nasi ayam....oklah. perut lapar, jadi semua makanan rasa sedap sangat. aku lupa nama restoran ni. tapi bersih dan ok jugalah.










antara kedai2 yang aku masuk. wah, boleh tahan LD sudah ada bookstore...senanglah nak cari buku apa pun. banyak pilihan pula tu.







ini area bandar. masa ni hujan...jadi tak dapat ambil gambar banyak. tengok bandar ni membuat hati rasa sayu dan nostalgia sangat sebab aku dibesarkan di sini. dulu rasa bandar ni cantik dan comel. tapi hari tu aku rasa bandar ni semacam je. dengan orang ramainya yang nampak bukan tempatan dan tepi2 kedai banyak peniaga filipina. lepas tu masa lalu tepi maybank...ramai sangat peniaga haram, sampah pun banyak!




sayang betul bandar ni nampak sangat tak terjaga. sebelum ni aku selalu juga terbaca di fb (page ld) ada orang komplen bandar ni banyak sampah. lagi sadis ada yang gelar bandar sampah! sedih aku bila baca semua tu. tapi lepas tengok bandar ni memang kata2 mereka tak aku nafikan. hopefully, orang2 yang berkenaan tu rajin2 lah buat kerja. cepat2lah tangani semua masalah ni. bersihkan dan indahkan bandar comel ini.





Monday, April 18, 2011

katakan tidak kepada putus asa

Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan.
Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.
Pasti akan disusuli dengan kekecewaan
Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.
Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.
Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.
Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.
Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?
Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.
Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?
Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.
Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.
Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?
Lawan Perasaan Putus Asa
Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.
Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.
Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.
Kesilapan sering terjadi di situ.
Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.
Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.
Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.
Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.
Semuanya bermula daripada putus asa.
Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.
Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.


Saturday, April 16, 2011

tuntutan menyayangi binatang




DALAM Islam, pembunuhan pada asasnya dilarang terutama membabitkan jiwa, bahkan mereka yang melakukan jenayah terbabit dikira melakukan dosa besar.


Jika membunuh itu dilarang, perbuatan jenayah lain seperti melukakan dan mencederakan orang juga satu kesalahan dan dipandang keji dan pelaku patut dihukum.

Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 93, bermaksud: "Sesiapa membunuh orang mukmin dengan sengaja, balasannya neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, Allah murka kepadanya serta dikutuki-Nya dan disediakan-Nya seksa yang berat."

Namun, bagaimana pula hukum membunuh binatang?

Apakah justifikasinya sama dengan membunuh manusia?

Secara umum, Islam bukan saja melarang membunuh dan menganiaya makhluk sama ada manusia atau haiwan malah tumbuhan dan alam sekitar.

Fatwa Jabatan Mufti Brunei menyatakan, membunuh binatang dilarang, melainkan yang ditetapkan atau diharuskan syarak boleh dibunuh atau ada sebab lain yang mengharuskan.

"Jika binatang itu membahayakan atau memudaratkan sama ada tabiat semula jadi seperti binatang buas, singa dan serigala atau memang tabiat semula jadinya tidak membahayakan tetapi kadangkala sesuatu membahayakan dan menjadi ganas seperti anjing pengigit atau anjing gila.

"Dalam hal ini, boleh dicegah bahayanya itu menurut kesesuaian termasuk membunuhnya."

Banyak cerita mengenai balasan Allah terhadap orang menyeksa binatang sehingga mati dalam hadis seperti seorang wanita diseksa pada hari kiamat kerana mengurung seekor kucing sehingga mati.

Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing terbabit tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim).

Imam Muslim juga menceritakan Rasulullah s.a.w melaknat sesiapa yang meyeksa binatang.

Menurutnya, Allah menegur perbuatan seorang nabi yang menyuruh membakar semut, semata-mata kerana seekor semut daripada serangga itu menggigit baginda.

Lalu Allah mewahyukan kepada nabi terbabit: "Hanya disebabkan seekor semut mengigitnya, dia memusnahkan suatu umat yang selalu bertasbih." (Hadis diriwayatkan Imam Muslim).

Imam Muslim juga menceritakan mengenai seorang yang memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan. Bagi menghargai jasa orang itu, Allah mengucapkan syukur dan mengampunkan dosanya.

Bahkan apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah." (Riwayat al-Bukhaari)

Fatwa terbabit menyatakan, ada juga hadis yang menunjukkan boleh membunuh binatang seperti cicak, bahkan membunuhnya pula mendapat pahala. Binatang terbabit boleh dibunuh di tanah halal dan haram.

Menurut ulama, sebab syarak menyuruh membunuh cicak kerana ia antara binatang yang meniupkan api untuk membakar Nabi Ibrahim a.s.

Sementara itu dalam hadis lain, Nabi Muhammad s.a.w menyuruh membunuh ular, burung gagak, rajawali, kala jengking dan anjing pengigit. Binatang ini boleh dibunuh di tanah haram.

Kesimpulannya, Islam mengharuskan sesetengah binatang dibunuh jika haiwan itu mendatangkan bahaya yang tidak boleh dielak kecuali membunuhnya.

gambar & info sumber : google