Friday, September 23, 2011

selsema


Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.

Gejala-gejala

v Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
v Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
v Bersin.
v Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
v Sakit kepala.
v Adakalanya, demam yang ringan.
v Sakit badan.
v Mata berair.

Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku :-
v Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
v Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
v Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
kanak-kanak.

v Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
v Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
v Jangkitan bakteria sekunder.
v Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya
lelah.


Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -
Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.


Ingat untuk berunding dengan doktor jika

v Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
atau demam ringan yang berpanjangan.

v Berlakunya sakit dada.
v Terdapat kesusahan bernafas.
v Terdapat kahak berwarna kuning.

Penjagaan kendiri

Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.
Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah :-
v Berehat
v Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
v Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
v Inhalasi (sedutan).

Elakkan

v Merokok.
v Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
v Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.

v Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
v Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.

Tabiat-tabiat yang baik

v Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan
dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.

v Tidur secukupnya.
v Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
v Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan
makanan.

v Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
v Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
v Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.

Pencegahan

v Amalkan gaya hidup yang sihat.
v Makan makanan yang seimbang.
v Senam selalu.


gambar & info sumber : google

Wednesday, September 21, 2011

pink

aku tiada motif tertentu memuat naik gambar2 yang berlatarkan warna pink. saja suka2...hilangkan tekanan. lagipun aku suka warna pink ni sebab lembut.

kereta mini pink




kopi dalam cawan pink..




handbag pink




camera pink


ini pula bunga2 pink



antara bilik2 tidur berlatarkan pink





ini pula rumah pink yang sangat2 cantik...idaman aku ni...pink semua



gambar sumber : google

Saturday, September 17, 2011

majlis berhantaran

hari ni sudah 19 syawal, cepatnya masa berlalu. sudah 2 malam aku tak cukup tidur. malam kelmarin tidur lewat sebab siapkan gubahan hantaran, semua 13 dulang. kebanyakan aku tengok dalam majalah cara2 mengubah tu. oklah juga rasa puas hati semua siap kecuali sireh junjung. aku guna sireh betul jadi tak bolehlah gubah awal2 kan.

semalam pula lewat tidur sebab masak dua jenis kek lapis. wah! punyalah lama proses memasaknya. lepas tu tidur kejap sebelum bangun subuh untuk masak kari ayam dan rendang daging. kerja gila betul...sambil tu aku buat sireh junjung tu. masa ni agak kalang kabut sikit sebab tamu dah datang.







sebelum rombongan bertolak ke rumah pihak perempuan, sempat lagi tambah2 sikit hiasan di hantaran2 tu. dalam perjalanan tu baru teringat kek dalam fridge! alahai...kesiannya kek tertinggal, nak patah balik pun dah tak boleh...teruskan je la perjalanan.









di rumah pihak perempuan, semunya berjalan lancar. segala perbincangan pun dan urusan wang hantaran pun takde masalah...semua ok. sempat juga menjamu selera di sana...ada kuih raya, nasi dan lauk-pauk yang lain.









sampai rumah, rasa sangat2lah penat dan mengantuk. rasa mahu tumbang je masa tu. tapi bila tengok rumah yang agak bertabur (lebih2 dapur) terpaksalah tahan je. kena kemas semuanya barulah rehat puas2. walau penat tapi aku rasa sangat happy sebab dapat buat semua yang dirancang.

Wednesday, September 14, 2011

wajah baru!





wajah baru? ya, blog ku bertukar wajah lagi selepas hampir 2 bulan berlatarkan warna hitam. kali ni aku pilih warna lembut pula. pink colour...kebetulan memang aku suka warna ini. untuk kali ni, aku dah lupa kali keberapa blog aku bertukar rupa.









pasti bukan 5 kali aje...tapi lebih. biasa sebelum tukar aku akan save dulu gambar blog aku yang SS ini. saja, buat kenangan. tapi ada juga yang aku lupa ambil gmbrnya. ini sebahagian je yang aku simpan. aku cepat bosan dengan sesuatu. tu pasal asyik2 tukar wajah blog aje.


\




tapi yang masalahnya lepas tukar, kenalah pasang semula iklan nuff di bahagian atas dan tengah blog. malas lagi...nanti2 lah.

Sunday, September 11, 2011

Perjalanan Pulang ~KK Ke Sandakan

hari ni raya ke 13...masih mood raya dengan mendengar lagu2 raya sambil makan kuih raya buatan sendiri. hari ni bangun awal juga sebab dah nak balik sandakan. sedih sebab kali ni jalan ke kk tak sempat pusing2 di semua kompleks. tak apalah next time, jangan kan round, siap tidur lagi di cp,1brneo dan lain2 tu..hihihi.




pemandangan dari tepi jalan...yang putih tu air terjun


kinabalu park kundasang 

awal lagi dari rumah dalam jam 7 lebih gitu. singgah di likas dan terus bertolak pulang...singgah kejap di kundasang beli sayur dan bunga untuk tasha. mahalnya bunga...dah naik rm15...cekek darah punya peniaga! sayur pun tak banyak aku beli...mana2 yang aku makan je. tapi macam biasalah aku tersalah beli sayur yang tak berapa fresh.


salah satu cabin di tepi jalan kundasang

gerai sayur di kundasang


gerai sayur di kundasang



gerai sayur di kundasang

ni lah sebab kesian tengok muka om penjaga sayur tu! rupanya di kencing om aku hari tu, jual sayur yang tak bagus! tetei asu punya om...! lepas tu, singgah kejap di pekan telupid. aduiii naaa...punya kotor tu pekan...geli betul. nasib kejap jak kami singgah sana.

sampai rumah jam 4 lebih sudah terus makan tapau dari kk...nasib tak basi juga. malamnya belum jam 9, sudah zzz.. rekodlah tu tidur paling awal.


Saturday, September 10, 2011

saat berpisah

hari ni masuk raya yang ke 12, bangun awal...terus mandi sebab hari ni turun kk. my bro dengan familynya balik sarawak hari ni. flight jam 3pm tapi sengaja keluar awal sebab nak beli barang2 lagi. jam 10 bergerak dari rumah. singgah pekan papar. sabtu kan ada tamu di sana. sempatlah beli kuih2 kering dan ada satu yang sedap makanannya di sana.

kuih gelang tapi dibuat dari ubi merah. sedaplah pula rasanya. menyesal tak beli banyak2. sampai kk terus pergi airpot untuk check-in. lepas tu baru pusing2 kk, makan di sembulan. sedap jugalah makanannya tapi aku salah kaut lauk yang tak sedap!


 tanjung aru 2nd beach

sebelum balik ke KKIA, sempat pergi di tanjung aru 2nd beach. cantik pemandangan, air laut masa tu bergelora sangat...tapi ramai juga pengunjung yang mandi-manda. kalaulah lepak lama di situ, mau juga turun ke pantai main air... ni sekadar tengok2, jalan2 dp pantai kejap. lepas tu terpaksalah beredar dari situ. takut lambat sampai di airport.


KKIA

sampai KKIA, my dad sudah ada sana...habis bergambar2, my bro dengan familynya pun dah nak masuk balai berlepas. sedih tapi aku tahan je, bawa2 happy...cuma dalam hati tu, Allah swt je yang tahu. hope, panjang umur...murah rezeki...raya tahun depan jumpa lagi, insyaAllah.


KKIA

dah lewat petang baru balik...cuma singgah di karamunsing, beli barang komputer. lepas tu singgah di putatan, ada satu supermarket murah tapi aku lupa namanya!

lepas dari situ terus takda singgah2, terus jalan pulang rumah. sampai rumah masak dan makan. sempat lagi tengok gambar2 masa siang tadi.



Friday, September 9, 2011

11 syawal 2011 ~Esplanade Sipitang ~ Pekan Sipitang

masih dengan mood raya tapi hari ni duduk rumah saja. plan nak ke tanjang aru 2nd beach tapi malas pula nak keluar ke kk sebab esok pun nak turun kk juga. jadi lepak di rumah saja sambil tengok tv, masak dan makan lemang dengan kuah sate yang sedap tu. lepas makan tengah hari nak jalan2 di pekan beaufort cari sayur. tapi tak jadi terus pergi sipitang pula!


Esplanade Sipitang ~ Pekan Sipitang 

beli2 sayur, ikan, udang...lepas tu jalan2 di jeti dan ambil gambar. lewat petang baru pulang rumah. masa tu angin kuat sangat. hujan pun bukan main lebat lagi. sampai rumah my dad pun sudah sampai dari sandakan. malamnya nak keluar pergi pekan tapi sebab siap masak dah lewat, tak jadilah. lagipun masa tu hujan juga di luar.


pekan sipitang


pekan sipitang


Esplanade Sipitang ~ Pekan Sipitang 

jam 10 lebih, hampir semua orang sudah tidur. aku yang tiba2 rajin ni cuba2 lah nak basuh baju. tekan itu ini di mesin basuh. lepas tu melepaklah depan pc dgn adik sementara proses mencuci habis. tapi tak lama lepas tu, aku jadi kalang-kabut sebab hos untuk buang air dari mesin aku tak bagi keluar dari pintu belakang. jadi hos tu dalam rumahlah. apa lagi mengalirlah air sabun tu dalam rumah!

kerja gilak! malam2 aku mop lantai...punyalah susah air bertakung macam tu, guna mop pun tak membantu. hujung2 terpaksa guna tuala dan lap dan perah air2 bertakung tu. tak pasal2 berkilat lantai rumah! memang kerja bodoh malam tu! habis kerja, mengadap lappy...tengok2 fb orang, gambar2 raya kawan2 lama. sambil2 tu layan yutube...tengok video2 velvet masa di af4 dulu.