hari ni sudah 19 syawal, cepatnya masa berlalu. sudah 2 malam aku tak cukup tidur. malam kelmarin tidur lewat sebab siapkan gubahan hantaran, semua 13 dulang. kebanyakan aku tengok dalam majalah cara2 mengubah tu. oklah juga rasa puas hati semua siap kecuali sireh junjung. aku guna sireh betul jadi tak bolehlah gubah awal2 kan.
semalam pula lewat tidur sebab masak dua jenis kek lapis. wah! punyalah lama proses memasaknya. lepas tu tidur kejap sebelum bangun subuh untuk masak kari ayam dan rendang daging. kerja gila betul...sambil tu aku buat sireh junjung tu. masa ni agak kalang kabut sikit sebab tamu dah datang.
sebelum rombongan bertolak ke rumah pihak perempuan, sempat lagi tambah2 sikit hiasan di hantaran2 tu. dalam perjalanan tu baru teringat kek dalam fridge! alahai...kesiannya kek tertinggal, nak patah balik pun dah tak boleh...teruskan je la perjalanan.
di rumah pihak perempuan, semunya berjalan lancar. segala perbincangan pun dan urusan wang hantaran pun takde masalah...semua ok. sempat juga menjamu selera di sana...ada kuih raya, nasi dan lauk-pauk yang lain.
sampai rumah, rasa sangat2lah penat dan mengantuk. rasa mahu tumbang je masa tu. tapi bila tengok rumah yang agak bertabur (lebih2 dapur) terpaksalah tahan je. kena kemas semuanya barulah rehat puas2. walau penat tapi aku rasa sangat happy sebab dapat buat semua yang dirancang.
No comments:
Post a Comment