Monday, March 5, 2012

tamu papar

tamu papar

sabah memang terkenal dengan tamunya. antara tamu yang popular tamu di jalan gaya kk tapi tempat aku jalan ni bukan di gaya street tapi ini tamu di papar. aku suka di sini sebab boleh beli kuih2 kering. harga kira mahal juga la tapi berbaloi sebab semua sedap2 dan produk pun hasil orang tempatan.

sayur2 dan buah pun murah agak murah di sini. selain terkenal dengan kuih2 keringnya papar juga terkenal dengan belacannya. bagi aku belacan sama je tapi ramai pula kata belacan papar ni sedap dan antara yang terbaik di sabah. no komen la sebab aku bukan pengemar belacan hehehe. tapi apa yang aku tahu belacan biasa dibuat dari udang, kan. belacan papar pula dibuat dari udang halus. kalau kat tempat aku dipanggil berubuk. tak pastilah nama lainnya.

antara kuih kering yang paling popular di sini ialah kuih cincin. semua gerai pun ada jual kuih ini. ada pek kecil, pek besar pun ada juga. pilih je mana2 yang kita suka. kalau beli banyak biasa peniaga bagi lagi 1 atau 2 pek free.

tamu papar ~ kuih lidah dan sarang semut

tamu papar ~ inilah kuih cincin. memang terkenal di daerah papar. kuih cincin juga sangat sinonim dengan suku kaum brunei di sini

tamu papar ~ kuih lidah, ni pun top di sabah...

tamu papar ~ satu gerai ke satu gerai

tamu papar ~ jom pilih2 kuih

tamu papar ~ kuih2 kering yang di pek dalam plastik

ini juga antara kuih yang banyak dijual di sini. kuih gelang atau donut urang putih bilang...hehehe. tapi aku tak berapa suka makan kuih gelang sebab jemu. tapi aku suka makan kuih keria. kuih keria di gerai ni memang sedap...menyesal aku tak beli banyak2

tamu papar ~ antara kuih-muih yang banyak terdapat di tamu, papar.

Saturday, March 3, 2012

Pasar Filipina di kota kinabalu (handicraft market)

Pasar Filipina di kota kinabalu (handicraft market)

handicraft market di kk atau lebih dikenali sebagai pasar filipina memang cukup terkenal bagi siapa2 yang suka barang2 kraft. pasar filipina ni juga banyak jual mutiara. aku memang suka jalan2 di pasar filipina ni sebab boleh tengok pelbagai kraf sabah yang cantik2.

kalau ada yang berkenan dihati, bolehlah beli tapi kena hati2 la, terutamanya pelancong luar sebab harga di sini agak mahal. kalau pandai tawar2 memang tiada masalah, boleh dapat murah. pasar filipina ni dekat dengan pasar ikan masin dan pasar besar kk. dekat kk plaza dan center point la juga, area sinsuran.

ada lagi yang best di pasar filipina, ada tempat repair seluar jeans...jahit dan potong seluar jeans. memang tempat ni terkenal dengan jahit2 jeans...hehehe. selalunya tukang repair seluar ni duduk2 depan (luar pasar) dengan mesin jahit dorang. Kebanyakan tukang jahit tu memang orang suluk atau bajau filipina. tapi aku lupa pula snap gambar dorg.

pasar filipina ni kalau malam terkenal juga sebab banyak gerai ikan bakar dan seafood. kebanyakan pengunjung pelancong dari luar...macam dari west. Mungkin sebab di semenanjung makan laut agak mahal jadi bila datang sabah, dorang ambil kesempatan makan seafood puas2.

cuma aku nak cakaplah, bagi orang tempatan pasar filipina tak termasuk pun dalam senarai tempat makan yang sedap atau murah. banyak lagi tempat dan restoran2 di sekitar bandar kk yang menyajikan seafood dan ikan bakar yang SEDAP, MURAH dan paling penting BERSIH. BERSIH maksudnya terjamin kebersihan semua makanan dan minuman kat tempat tu. bukan aku kata pasar filipina tu semua gerainya tak jaga kebersihan tapi...biasa tempat macam tu memang selalu ada masalah kebersihan. kalau korang dari west, apa kata pergi aje makan di sempelang...ada restoran ikan bakar kat sana. tempat ni memang popular bagi orang tempatan. tak pun makan saja di anjung senja atau di anjung selera (tanjung aru).

Pasar Filipina di kota kinabalu (handicraft market)

jalan-jalan di pasar filipina (handicraft market), kota kinabalu

Pasar Filipina di kota kinabalu (handicraft market) ~ antara barang kraf hasil penduduk tempatan di sabah.

Pasar Filipina di kota kinabalu (handicraft market)

Pasar Filipina di kota kinabalu (handicraft market) ~ aku memang suka tengok barang kraf yang macam2 bentuk dan rupa. Kebanyakan dibuat dari buluh, rotan, siput, kerang dan sumber alam yang lain. sesuai sangat dijadikan cenderahati.

Pasar Filipina di kota kinabalu (handicraft market)

gelang mutiara...pilihan yang banyak di sini

Thursday, March 1, 2012

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo )

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo )

dah lama aku nak pergi sini, akhirnya tercapai juga niat tu. tanjung simpang mengayau yang terletak di kudat juga dikenali sebagai tip of borneo ni memang cukup terkenal dikalangan pelancong asing dan tempatan. tempat ni selalu keluar kat tv. istimewanya tempat ini, ianya penghujung benua borneo (utara). lagi satu tanjung ini merupakan pertemuan laut china selatan dan laut sulu. bestkan? memang teruja la bila sampai walaupun masa tu sangat penat. perjalanan berjam2 dari beaufort memang berbaloi bila melihat keindahan tempat ini.

tengok ombak2 yang menghempas batu2 besar dibawah tu, memang mengasyikkan. cantik sangat la pemandangan kat sini. sebenarnya frust jugalah sebab gambar yang aku ambil semuanya kabur. maklumlah ambil gambar cuma guna hp murahan saja. camera tak ada.

tapi takpe la, tak clear pun takpe...janji ada gambar sebagai kenangan. sebelum balik sempat singgah di pantainya. cantik ombaknya sangat putih dengan air laut yang bersih ala2 kehijauan aku tengok. memang cantiklah. patut ramai pelancong luar tinggal di resort yang banyak terdapat di situ.

ini bukan kereta kita ye...kereta pengantin yang buat pengambaran kat sini, masa tu kami dah nak balik pun. best juga mengabadikan pemandangan cantik kat sini dalam potret perkahwinan. tanjung simpang mengayau (tip of borneo) ni memang selalu jadi pilihan untuk pengantin mengabadikan gambar perkahwinan. Jurugambar pun selalu juga berkampung di sini. biasalah pemandangan di tanjung simpang mengayau ni memang cukup cantik dan menarik.

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo )

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo )

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo )

kalau nak tahun lebih lanjut tentang tanjung simpang mengayau atau tempat menginap klik laman kat bawah ni..

http://www.sabahtravelguide.com/mapguide/default.asp?page=kudat
http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/destination/76-the-tip-of-borneo-tanjung-simpang-mengayau/
http://tipofborneoresort.com/