Hai, Salam isnin...pepagi lagi aku dah menghadap blog. Rajinlah kononnya...sebenarnya saja je aku nak aktifkan balik blog aku ni. kalau boleh, biar hari2 nak buat entry baru. Tak kisahlah ada orang baca ke takde. Aku buat blog pun hanya untuk suka2. Untuk aku baca bila bosan melanda. Seronok juga baca catatan lama tu.
Aku dah tengok episod Good Daughter Hana sampai episod 103. Makin genting ceritanya...tak sangka, macam2 rintangan dan bahaya Ha Na hadapi. Lepas episod ni, barulah rasa cerita ni sangat best sebab Ha Na dah layan Han Yoon-Chan dengan baik. Hehe... (◕‿-)
Ni Good Daughter Hana episod 102, masa Ha Na kena buru oleh bapa Ra Hee. Bapa Ra Hee, dapat arahan dari Tuan Sul. Tapi memang Ra Hee pun nak Ha Na mati. Memang muka bapa Ra Hee muka penjenayah! Memang sesuai anak-beranak pun. Ha Na masa ni jumpa Tuan Sul dalam hutan (dia tengah berburu juga). Masa ni aku nak ketuk kepala Ha Na sebab berani tak kena tempat! Tengok, tak pasal2, Do Yun cedera dan Yoon-Chan pula kena tembak masa selamatkan Ha-Na. Nasib baiklah Yoon-Chan tak mati cuma lepas tu dia tak dapat lindungi Ha-Na lagi. Untuk selamatkan diri, Ha Na terjun dari tempat tinggi. Mangkuk hayun betul, masa nak terjun perkara yang dia ingat kenangan dia dengan Do-Yun juga. Malasnya....aku memang tak suka lelaki cenggeng tu! Sebab dialah aku stop tengok Good Daughter Hana di awal2 episod (masa Ha Na duduk hostel). Melepas tak nampak Han Yoon-Can di awal2 kemunculannya.
Ni pula Good Daughter Hana~episod 103, selepas setahun berlalu Ha-Na hilang...semua sedih sebab polis pun tak jumpa dia. Ra Hee dan Ran Gong dah gembira sakan. Hidup macam biasa dah. Yang sedih mak dan kak Ha-Na. Do-Yun dah ganti tempat bapa dia. Masa ni, geramnya sebab takde pula cerita Yoon-Chan. Takkan dia tak sedih Ha-Na hilang? Hujung2 episod ni barulah keluar cerita dia di tempat peram kicap. Senyum aje Yoon-Chan masa kat tempat peram kicap tu...macam tak sedih Ha-Na dah hilang setahun. Lepas tu dia berhenti di belakang perempuan yang tengah periksa tempayan kicap. Eh, Ha-Na rupanya...hehe...suspennya. Patutlah muka Yoon Chan takde sedih. Cantik Ha-Na dalam part ni... Masa ni pun ada tunjuk kakak dan mak Ha-Na baca surat yang dia kirim.
Mak Ha-Na ada cerita dengan pada Do Yun tapi Do yun dah tak mahu dengar tentang Ha-Na lagi. Adalah sebab2nya. Aku malas nak ulas kalau pasal Do Yun. Kak Ha-Na dan mak dia bagitahu Ha-Na pasal Do-Yun. Mereka nak Ha-Na lupakan Do-Yun aje. Eloklah pun...patut dari dulu nasihatkan Ha-Na. Takdelah nyawa Ha-Na dalam bahaya.
Malam ni episod 95 dan 96 Good Daughter Hana tak silap kat ONE, banyak tentang cinta2 Ha-Na dan Do-Yun aje. Sakit jiwa sangat...nak pula Yoon-chan yang tersangatlah baiknya itu. Sampai sanggup tumpangkan Do-Yun yang cedera itu kat rumah dia. Memang melampau2lah niat dia nak lindungi dan tengok Ha-Na bahagia. Sampai hati merana pun takpe...hurmmm... Cinta kadang kala buat orang betul2 bodoh dan tak fikir risiko di kemudian hari. Tapi kadang-kala cinta juga buat orang berubah dari jahat kepada baik. Ada kalanya proses cinta juga mampu mematangakan fikiran. (✿◠‿◠)