Novel Wasilah Cinta Weera Versi 2015 karya Rose Harissa
Assalamulaikum? Hallo, blog!
Tadaa...ini novel terbaru yang saya beli. Novel Wasilah Cinta Weera karya Rose Harissa. Tapi ni bukan novel baru. Novel ini pernah diterbitkan tahun 2010 tak silap. Cuma diberi nafas baru dari segi bahasa mengikut suasana sekarang. Itu yang saya kata novel Wasilah Cinta Weera versi 2015. Jalan cerita masih sama dengan yang lama juga. Ok, kalau nak beli novel ini order dengan Idea Kreatif atau datang beli kat sana, lagi senang. Beli cepat sebab novel Wasilah Cinta Weera versi 2015 karya Rose Harissa ini limited edition.
Novel Wasilah Cinta Weera versi 2015 karya Rose Harissa ini banyak selit petikan2 ayat alQuran dan doa sebab asal novel ini novel islamik. Jadi harus banyak unsur2 keislaman di dalamnya. Korang akan dapat banyak pengajaran dalam novel ini. Watak utama adalah Weera...Tajul Aweera yang berdarah siam yang bercinta dengan Jasnita. Tapi kemudian putus sebab Weera bosan dengan tingkah-laku perempuan itu. Jasnita kemudian kahwin dengan Firdaus, kawan sekampung Weera dan pernah menumpang di rumah Weera. Firdaus ni jahat dari syaitan! Dia cemburukan Weera dan bercita-cita mahu musnahkan hidup Weera yang dia rasa tak layak dapat kesenangan dan kebahagian hidup.
Weera ini, punya kenangan pahit masa budak2. Dia sangat rapat dengan mak dia tapi kemudian mak dia diceraikan dan dihalau dari kampung. Kononnya mak dia tu buat onar dengan peniaga siam dan murtad. Weera tak percaya pun dia. Bapa dia selalu pukul dan dera Weera. Masa Weera masuk sekolah asrama pun, bapa dia tak peduli. Masa kena pukul hampir nak mati, Weera terjumpa Ray. Ray selamatkan dia dan didik dia jadi manusia yang berguna dan baik. Mereka ini rapat sangat dan saling menyayangi sampaikan hubungan mereka disalah ertikan. Mereka dituduh gay tapi sikit pun tak melunturkan rasa persahabatan mereka. Wee kemudian kahwin dengan Ayu, bekas tunang Firdaus. Mula ok tapi Firdaus mula tabur fitnah sana sini sampaikan Ayu pun termakan hasutan percaya Ray dan Wee itu gay! Firdaus juga tabur fitnah di tempat kerja Wee dan di kilang percetakan Ray. Firdaus juga fitnah Wee di kampung sampai semua orang kampung mengata dia. Makin bencilah bapa Wee pada dia. Nasib baik mak bapa Ayu tak termakan hasutan fitnah. Malah mak Ayu yang banyak sedarkan Ayu agar percaya pada Wee.
Ray kemudian sakit, masa itu Wee yang jaga Ray. Ayu sangat memahami dan insaf dengan peristiwa itu. Ray akhirnya meninggal dunia. Atas bantuan Dean (orang Thai yang Ray upah untuk cari mak Wee), Wee jumpa juga mak dia. Ray berhasrat nak buat kejutan tapi sayangnya dia dah meninggal dunia. Wee pula sakit kena sihir. Jasnita bongkar kegiatan buruk Firdaus yang terjumpa barang sihir itu di stor rumah mereka. Jasnita bagitahu pada Wee. Tapi kesudahannya Firdaus pukul Jasnita setengah mati! Jasnita kemudian berjanji datang ke rumah Wee. Tapi kemudian Jasnita ditemui mati kena rogol. Wee kena tangkap sebab Firdaus tuduh dia yang bunuh. Tapi Wee dilepaskan bila takde bukti pun. Masa pergi kubur Jasnita, Firdaus serang Wee dengan 2 pengikutnya. Dia juga hampir rogol Ayu. Tapi Wee dapat kalahkan 2 samseng tu dan Firdaus. Tapi masa bawa Ayu lari, Firdaus tikam dia.
Wee kritikal, mak dan bapa tiri Wee datang jenguk. Malah bapa Wee pun datang. Masa tu bapa Wee kata macam2 pada Wee dan mak kandung Wee. Ayu hilang sabar dan cuci otak bapa mertua dia tu! Dia bongkar semua cerita...bapa Firdaus yang buat onar pada mak Wee. Malah dia juga yang fitnah mak Wee dan hasut bapa Wee. Ayu juga terangkan Firdaus pun buat benda sama pada Ayu, hampir perkosa Ayu, fitnah Wee dan nak bunuh Wee. Masa tu barulah bapa Wee menyesal dan insaf.
Akhirnya, Wee sedar dan Firdaus pun dah kena tangkap. Dia yang buat semua kerja kotor selama ini. Termasuk bakar depan kilang Ray. Paling sadis dia yang upah 2 samseng tu rogol dan bunuh Jasnita depan mata dia! Sabit kesalahan dia akan ke tali gantung. Semuanya kembali aman...Wee dan Ayu bahagia dengan kehadiran Rayyan yang di panggilnya Ray.
Secara jujurnya, saya mengaku ini novel terbaik pernah saya baca sepanjang hidup saya! Novel yang penuh dengan pengajaran. Sepanjang masa Ray sakit tu, saya nangis aje baca betapa kuat dan redhanya dia menerima semua dugaan itu. Saya harap dapat sedut segala kekuatan dan ketabahan itu :( Banyak part yang betul2 menjentik hati saya untuk sedar, insaf disamping pengetahuan tentang beberapa perkara, terutama tentang penyakit Ray. Persahabatan mereka juga begitu tulus. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Pendek kata novel ni meninggalkan kesan mendalam dalam diri saya. Ya, Wasilah Cinta Weera...bukan semata hiburan, bukan sekadar novel biasa tapi sangat luar biasa. Bagi saya, sebaik-baik novel adalah novel yang membawa kegembiraan dan membawa banyak kesedaran pada pembaca.

Wasilah Cinta Weera- Rose Harissa
Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah. Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya. Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera.
K, bye.