Sunday, October 9, 2016

Semangat Baru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم/ Bismillahirrahmanirrahim‎. 


 Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog ini. Padahal tiap hari, kerja aku asyik online saja. Tapi nak ke blog ni, rasa macam susah pula.

Aku rasa malas dan terfikir nak delete saja blog ini. Tapi sayanglah pula. Rasa sedih saja bila aku teringat entri2 lama. Aku ni memang jenis yang nostalgia sikit. Jenis yang sayang benda2 lama. Nasib saja tak menyebelahi aku untuk jadi dj radio kat klasik fm tu.

Tadi sempat juga baca 2, 3 entri lama aku. Astaga! punyalah teruk ayat2 aku dulu. Nak kata ayat baku, jauh sekali. Nak kata bahasa pasar pun tak juga. Tapi memang teruklah. Aku macam tak percaya, itu hasil tulisan aku dulu.

Tapi bukan aku kata tulisan aku sekarang ni baik. Rasanya sama saja. Cuma mungkin ayatnya sedikit kemaslah dan betul kalau nak banding yang dulu.

Pada mulanya aku buat blog ni untuk ikut giveaway. Tapi cuma separuh jalan, aku jadi malas nak join sebab tak menang2. Memang muka tak ada luck, aku ni! Lepas tu aku tukar pula jadi macam diary, cerita tentang kisah2 seharian, Terutamanya tentang kisah jalan2, makan2, majlis2 semua tu. Tapi lama2 separuh jalan juga. Aku malas edit gambar. Lama2 blog ni jadi terbiar, kadang2 saja aku update itu pun sebab share info2 yang aku rasa best.

Bila tengok orang datang blog ni sebab baca sinopsis novel, aku jadi semangat pula update tentang novel. Asal ada novel baru beli, aku memang buat sinopsis atau review nya. Tapi sejak tahun lepas aku jadi malas. Novel yang ada pun masih banyak yang aku tak baca lagi.

Tak tahulah banyak sangat perkara yang aku tangguh2 buat. Makin lama makin bertimbun buku yang aku tak baca lagi. Konon nak baca tapi....buku terbiar macam tu saja.

Sekarang ini, aku ingat nak aktif update blog ini semula. Aku juga nak jual novel aku yang bertimbun tu. Aku sebenarnya sayang nak jual. Nak simpan sebagai koleksi tapi fikir semula sampai bila nak simpan? Ada sebahagian buku dah rosak sebab disimpan terlalu lama dalam kotak.


Jadi, lebih baik aku jual saja. Manalah tahu ada yang nak belikan? Aku pun dah buat instagram untuk jual novel2 terpakai. Kalau kau nak follow, silakan. Taip je kata kunci bzthewitch atau jual apa saja. Nanti jumpalah instagram aku. Kalau tak jumpa, tu memang tanda kita tak berjodoh.

Ok sampai sini saja. InsyaALLAH, esok2 aku cuba update lagi.

Assalamualaikum.

No comments: